Eat Travel Write Putrajaya - Putrajaya Food Trail Day 1

Etw 3 day 1 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Alhamdulillah kali ini kita berjumpa lagi untuk Program Eat Travel Write kali ketiga dan kali ini berlangsung sepenuhnya di Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Dengan tema ‘Putrajaya Food Trail’ apakah agaknya cabaran yang akan kami tempuhi sepanjang 3 hari hari program. Tengok intenary pada dengan aktiviti dan task yang akan diberi. Jeng-jeng hehe. Ku sendiri tidak sampai untuk mengharunginya bersama isteri tersayang. Terima Kasih Gaya Travel !

Aktiviti pertama apabila sampai adalah harus ke meeting point untuk berkumpul dengan kesemua peserta dan media-media yang terlibat. Berkumpul di Putrajaya Sentral Presint 9. Nasib baiklah ku tahu Putrajaya Sentral itu dimana, almaklumlah dahulu buat kursus kahwin bersama Puan Isteri pun disitu dan tidak jadi masalah untuk kami terus drive ke sana hehe.


Etw 3 day 1


Dapat berjumpa kembali dengan mereka yang menyertai Eat Travel Write ini dan ada juga yang tidak dapat join karena waktu bekerjakan time tu hehe. Short briefing oleh Gaya Travel dan VIP dari Perbadanan Putrajaya tentang apa yang akan berlaku sepanjang 3 hari program ini. Terima Kasih juga dari Perbadanan Putrajaya untuk aktiviti kali ini serta Gaya Travel Magazine.


Task 1

Task


Okay baiklah, selepas aje briefing dan ucapan pembuka kata dari mereka. Task 1 pun telah bermula, Task diberikan dalam bentuk Whatsapp Group supaya senang semua peserta dapat mengetahui. Almaklumlah zaman sekarang semuanya dihujung jari hehe. Task 1 ialah sila berada dan berkumpul di Putrajaya Sentral pada pukul 9:45am 16 Disember 2015. Okay Done da sampai sebelum pada waktunya hehe. Almaklumlah tinggal dekat KL kena keluar awal untuk elak jammed.


Etw 3 day 1
Done


Task 2

Task


Task 2 ini mengenai Hotel Quickly iaitu satu apps yang perlu dimuat turun bagi memudahkan anda untuk describe dan review tentang apps tersebut dan berpeluang memenangi hotel baucer bernilai RM150. Apps ini sangat berguna bagi traveller yang suka booking hotel pada last minute ! Hotel Quickly apps ini menawarkan masa dan harga deal yang terbaik untuk hotel yang terbaik di mana sahaja anda berada. 

 Adalah ku buat cara-cara untuk menggunakan apps Hotel Quickly ini di dalam Instagram dan caranya sangat mudah dari memuat turun apps, pilih negara, pilih hotel, waktu untuk check in sehingga pembayaran kepada hotel dengan menggunakan apps Hotel Quickly ini. Simple hehe. Dan Task 2 ini Alhamdulillah rezeki ku menang baucer RM150 tersebut. Terima Kasih !


Etw 3 day 1
Done


Task 3

Task


Task 3 berada di Putrajaya Sentral. What can I get for breakafast with the amount of RM 10 !? Agak mudah bukan? Tetapi sebenarnya agak mencabar karena perlu cari breakfast korang dalam RM10 aje. Di Putrajaya Sentral terlalu banyak kedai atau kiosk-kiosk makanan dibuka. Semuanya sedap-sedap belaka. Tak percaya ? meh datang sendiri ke Putrajaya Sentral hehe. Sambil menunggu bas atau ERL korang boleh la melepak kejap di kiosk-kiosk makanan di Putrajaya Sentral.


Etw 3 day 1 


Etw 3 day 1


Etw 3 day 1
Done

Opps terlebih pulak. Okay baiklah. Apa yang ku boleh dapat breakfast dengan hanya RM10? Jalan-jalan sana sini di dalam Putrajaya Sentral ini dank u berkenan dengan satu kedai dan agak terkenal juga iaitu kedai D NoodleesMy ada set Spicy Grill Noodle bersama dengan Ice Lemon Tea hanya RM7.50 sahaja. Lagi RM2.50 nak belanja kat mana? Hehe. Kebetulan disitu ada kiosk Muffin sangat sedap fresh dari Oven Mmmm Ovenfresh Muffin hanya RM2.50 seketul. Wallah cukup lah tu semua total RM10 hehe.

Apabila kami nak berangkat ke Hotel. Sempat merasa pizza Enakkk yang terletak di tingkat bawah Putrajaya Sentral. Rasanya sungguh Enak ! Macam-macam menu anda boleh rasa termasuk dari pelbagai jenis pizza sehingga ke roti yang sungguh enak. A taste to remember lah katakan hehe. 


Untitled

Berangkatnya kami ke The Everly Hotel Putrajaya dengan menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan. Nak tahu pengangkutan apa ? sangat popular dan sering digunakan oleh penduduk mahupun orang yang bekerja di Putrajaya hehe. Nadi Putrajaya lah. Satu bas khas disediakan untuk kami sepanjang 3 hari pengembaran Eat Travel Write kami di sini. Terima Kasih !


Etw 3 day 1


Task 4

Task


Setelah tiba di The Everly Hotel Putrajaya. Hanya berkesempatan tinggal luggage disitu dan terus ke pengemberaan seterusnya. Ke Putrajaya International Convention Centre PICC untuk task seterusnya kemudian baru merasa lunch di situ. Lunch disitu sedap okay, Almaklumlah sebelum ini ku pernah review disitu. Tau dah mana satu menu kegemaran hehe.

Dikesempatan itu Chef menunjukkan demo memasak Lala Berlada. Sampai terbuka lah lala tu menunggu ketibaan kami hehe. Dibantu oleh Marini dalam masak Lala Berlada. Sedap Okay hehe.


Untitled


Task 4 pun bermula. The cooking challenge best group will receive RM 300! Memandangkan pada masa itu semua sangat eksited untuk menyertai. Hadiah dibahagikan kepada 6 pemenang dan seorang pemenang akan mendapat RM50 hehe. Tasknya ialah roti jala dengan pencicah manis menggunakan vanilla, strawberry jem. Ini karena PICC Café ingin mencuba kelainan selain roti jala dengan kari mahupun dengan kuah durian.


Etw 3 day 1


Etw 3 day 1


Etw 3 day 1
Done

Tadaaa aksi kami dengan roti jala kami serta jemnya. Ku pakai hentam sajalah buat. Wife pun cuba-cuba buat dan kami tawakal siapa yang akan menang hehe. Oh jangan lupa setiap task harus dipost online melalui Instagram dan letak hashtag. Senang nak detect hehe. Bila pemenang diumumkan, ku tak dapat tapi rezki berpihak pada isteri dan memang ! tahniah hehe.

Kemudian kami dibawa tour disekeliling PICC. Terdapat banyak bilik untuk diadakan Event, Convocation, meeting room, conference room dan sebagainya. Paling menarik ke Plenary Hall, disitu lah dewan utama terbesar. Kemudian di Head of State Hall, katanya disini sangat eksklusif dan tidak perlukan pembesar suara apa bila bercakap tapi kena berdiri di tengah-tengah. Sangat mengagumkan.


Etw 3 day 1


Etw 3 day 1


Etw 3 day 1 


Etw 3 day 1


Task 5

Task


Balik ke The Everly Hotel Putrajaya berehat sebentar mandi segarkan diri kemudian bersiap sedia untuk makan malam do Food Court Presint 9 Putrajaya. Dengar kata Food Court Presint 9 antara terbesar dan meriah banyak pilihan makanan boleh dipilih untuk dimakan. Ku pernah sekali ke sini memang meriah dan popular.


Etw 3 day 1


Okay baiklah task 5 ialah dengan amount RM 15, buatkan satu video berdurasi 15 saat untuk promote local food and place di Medan Selera Presint 9 di rangkaian social media anda. Kami disana membahagikan makanan yang boleh dirasa dan dapat merasa hampir kesemua menu makanan yang berada disitu. Sedap, murah dan berbaloi okeh hehe. Berakhirnya hari pertama.


    Etw 3 day 1


Etw 3 day 1
Done


Etw 3 day 1
-Day One End-

2 comments:

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Huishhh bestnyaaa!! Byk makanan boleh cuba try test kat sanaaa.. Huaaaa.. Padahal ena ni selalu ulang alik sana tapi still buntu nak makan kat mana..

Yun Sing said...

Nampak macam best :D