Eat Travel Write 2.0 Journey 3 & 4

Etw 3 

Journey 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Herbs Camp

Etw 3


Hari ketiga Eat Travel Write 2.0 ini aktiviti dimulakan dengan checkout di Hotel Palm Garden Putrajaya dan terus ke Hulu Langat Selangor untuk ke Sungai Congkak. Kami tiba di Kem Herba Sungai Congkat untuk mengetahui dan belajar tumbuhan herba bersama dengan pakar pokok Herba kita Dr Mohd Noor Shamsuddin.

Kebanyakkan diantara kita tidak mengetahui khasiat-khasiat yang ada dalam tumbuh-tumbuhan ini terutamanya tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat penyakit sehingga boleh dijadikan makanan harian untuk tampak awet muda gitu hehe. Dr Mohd Noor Shamsuddin menerangkan beberapa tumbuhan herba yang jarang kita ketahui dan dijumpai. 


Etw 3


Etw 3


Etw 3


Melalui penerangan beliau, herba merupakan tarikan utama pelanggan dan para tetamu yang berkunjung di Kem Herba. Pelbagai pokok herba yang menjadi khazanah negara tumbuh segar di sini. Disini dapat juga ku merasai Buah Ajaib, melihat Daun Menari, menimbang Kayu Teringan, menghidu Pokok Busuk dan memakan Daun Manis serta dapat melihat pokok menari.


Orchard Santika Homestay

Etw 3


Etw 3


Seterusnya ketibaan di Orchard Santika Homestay dimana terletak di Hulu Langat Selangor. Kali pertama sampai di sini hatiku telah jatuh cinta dengan pemandangan, rumah-rumah dan terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Ketibaan kami disambut oleh dengan bunyi kompang dialun serta persembahan dari adik2 kompang Semungkis dengan tarian formasi mereka.

Meriah suasana di sini sempena adanya pelancaran Mini Craft Carnival. di Orchard Santika Homestay ini jika kalian bermalam di sini. Pelbagai aktiviti boleh dibuat seperti melihat rumah tradisional, bermain permainan tradisional, aktiviti berkumpulan dan lain-lain. Seperti bermalam di sini tanpa kosong aktiviti anda tapi dipenuhi dengan aktiviti berfaedah mengisi masa lapang. Almaklumlah kalian mesti dah lama tak bermain permainan tradisional ini hehe.


Etw 3


Etw 3


Etw 33


Kemudahan seperti Dewan Santika yang sesuai untuk buat majlis perkahwinan atau keraian untuk berkumpul sanak saudara. Tapi ku tak berkesempatan untuk meneruskan aktiviti seterusnya karena ada hal kecemasan yang tak dapat di elakkan. Alfatihah. Tetapi ku ceritakan serba sedikit apa aktiviti yang berlangsung sehingga habis program Eat Travel Write 2.0 ini.


Etw 3


Etw 33


Etw 33 


Etw 33


Aktiviti seterusnya ialah Mini Scavenger Hunt seperti Kueh Master, Spices Master dan Folks Games. Dan agak terharu tak dapat join Final Presentation untuk Sate Master Finale. Alhamdulillah kumpulan telah melakukan yang terbaik dalam presentation itu hehe. Dan agak terlepas untuk membuat Nasi Ambeng yang sebelum ini ku pernah merasa semasa ETW yang pertama. Majlis penutupan pula mengadakan majlis cukur jambul serta majlis penyampaian hadiah. Tahniah !


Journey 4

Gunung Nuang

Etw 33


Gunung Nuang terletak di Malaysia dengan ketinggian 1,493 meter ( 4,898 kaki). Kemuncaknya bersempadan dengan Pahang dan Selangor negeri dan berhampiran dengan Pahang -Selangor - Negeri sempadan tripoint Sembilan. Gunung itu sendiri adalah puncak tertinggi di Selangor dan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa.

Terdapat tiga laluan mendaki ke puncak dan kesemua mereka telah dibina oleh Jabatan Malaysia Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Dua daripada mereka bermula di Selangor; satu di Kuala Pangsoon di Hulu Langat dan satu lagi di Kampung Kemensah di Gombak. Laluan ketiga berasal dari Bukit Tinggi, Bentong , Pahang.

Genting Highlands boleh dilihat pada waktu malam dari puncak. Mengenai kekalahan Kuala Pangsoon , pendakian melibatkan kenaikan dua jam di jalan raya yang sangat curam, kemudian berhenti bebas di "Kem Lolo ", dan selepas itu terdapat dorongan enam jam ke puncak dan perjalanan selama empat jam ke tanah.

Bagaimana mereka dapat naik ke Gunung Nuang kan ? Kalau ku dah lama semput tapi masih boleh mendaki dengan kekuatan yang diberikan hehe. Alhamdulillah tamat sudah Eat Travel Write 2.0 kali yang kebanyakkan berlangsung di sekitar Hulu Langat Selangor dan Putrajaya. Nantikan Eat Travel Write ke 3 ! Kali ini kesemunya berada di Putrajaya hehe.

LAYANS
(>_<)

No comments: