Followers

Monday, December 21, 2015

Eat Travel Write 2.0 Journey 2



Jouney 2

Eat Travel Write 2.0 Journey 2 

Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Hari kedua Eat Trave Write Selangor Culinary Adventure 2.0. Pendaftaran peserta di Palm Garden Hotel untuk bermulanya cabaran kali ini. Program dimulakan dengan briefing apa yang kita akan menjalankan aktiviti pada hari tersebut dan gimmick dan Flag off pagi itu adalah sangat menarik. Dimulakan oleh VIP kita membuat teh Tarik !


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Teh Tarik panjang-panjang seperti yang dibuat di kedai tu. Gimmick dan Flag off oleh Managing Director Gaya Travel Magazine En Nuar, Timbalan Pengarah UPEN Cik Mas Saadah, En Nazmi dari UPEN. Almaklumlah semuanya ada gaya dan skill masing-masing untuk membuat teh Tarik. Ku turut serta mencuba membuat gaya teh Tarik ini . Nampak macam senang tapi nak kena masukkan di dalam cawan bawah tu agak sukar ea. Sampai tertumpah-tumpah hehe.

Selepas aje dari Gimmick dan Flag off. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan telah diberi baju dan mengikut warna kumpulan masing-masing. Almaklumlah senang sikit nak susun atur peserta. Ye dak ? hehe. Nama kumpulan ku ialah Karipap Sardin ! dan kali ini ada tetamu khas dari Mister Planet Malaysia 2015. Dalam Kumpulan ku salah seorang dari mereka ialah dari Mister Selangor dan Mister Pahang.



Sate Gallery

Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Setibanya di Sate Gallery yang terletak di Kajang ini dan untuk pengetahuan kalian. Ini kali pertama ku jejakkan kaki ke Sate Gallery Kajang ini dan baru tahu kewujudan Gallery ini di Kajang. Punya lama tinggal di Selangor dan tahu makan sate aje tapi tak tahu Gallery ini haha. Gallery Sate Kajang yang terletak di Kajang ini sentiasa dibuka kepada orang ramai.


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Etw 33 

Cuma kebanyakkan kita tidak tahu wujudnya Sate Gallery Kajang ini. Ianya betul-betul terletak di sebelah Medan Sate Kajang sebelah Sate Hj Sahmuri. Okay baiklah. Sate ini seasalnya dari Kajang berkurun lama dahulu. Kalian akan mendapati bahawa pada hari yang dahulu, sate dijual oleh membawa atau menggunakan kereta sorong . Populariti makanan istimewa ini telah menyebabkan bandar yang dikenali juga sebagai " Satay Town" .

Untuk masuk ke galeri adalah percuma dan merancang untuk menghabiskan masa kira-kira setengah jam hingga satu jam di sini. Waktu operasi Isnin hingga Sabtu: 9:00-5:00. Pada hari Sabtu , galeri itu hanya dibuka pada 1 dan 3 hari Sabtu bulan ini. Galeri ini ditutup 01:00-2:00 dan tempoh yang lebih lama 12:00-02:00 pada hari Jumaat.



Sate Master

Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Melihat sejarah kedatangan Sate Kajang ke Kajang dan sedikit informasi tentang wujudnya nama ‘Kajang’ ini telah pun ku ketahui sedikit demi sedikit. Almaklumlah kesemuanya tahu makan aje kan. Kenalah ambil sedikit informasi mana lah tahu berguna untuk Sate Master Finale Final Presentation nanti dalam kumpulan hehe.

Selepas aje sesi melawat Sate Gallery Kajang dekat hampir setengah jam. Kami keluar Gallery dimana tersedianya ramuan-ramuan resipi untuk membuat Sate ini. Semestinya ramuan utama untuk membuat sate harus ada daging ayam dan daging lembu. Semua ramuan tersedia kecuali ramuan rahsia yang digunakan untuk menyedapkan sate tersebut hehe.


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Demonstrasi dibuat oleh pakar pembuat sate dan peniaga sate terkemuka Pak Akob menunjukkan cara membuat sate dari permulaan sehingga habis dimasak dan ku rasa salah satu sate yang telah dimasak sangat sedap ye. Pak Akob membakar sate secara tradisional dengan menggunakan kipas nipah dan sangat memerlukan kesabaran ya untuk membakar sate.

Tak boleh hangit paling daging sate yang dilitupi dengan serbuk kunyit panggang pada arang sehingga ia masak sepenuhnya , ada yang terbakar sehingga kulit gelap dan di mana rasa smokey datang dari! Sampai harini Pak Akob tak bagi tahu ramuan rahsia beliau hehe. Almaklumlah masing-masing ada ramuan rahsia tersendiri untuk menjaga kualiti makanan yang dimasak. Betul ? hehe.


Marriot Hotel

Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Habis kekenyangan makan sate Pak Akob. Tak sempat nak merasa lapar kami makan tengah hari di Marriot Hotel Putrajaya. Suasana hotel terasa seperti di Mahligai Istana dengan kawasan yang luas dan selesa. Itu baru sahaja masuk dalam lobby hotel dan belum lagi ke tempat makan.

Tempat makan tengahari kami di Marriot Hotel yang terdapat pelbagai section makanan. Di sini mereka kata adalah ‘Syurga Makanan’ ramai tetamu dari luar datang kerap walaupun tidak menginap di Marriot Hotel karena mereka suka dengan menu-menu yang dihidangkan dan tidak jemu untuk merasanya.


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2 


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Etw 33 

Chef disini menunjukkan beberapa demonstrasi masakan makanan secara live dihadapan mata kami. Serius banyak pilihan makanan disini dan rambang mata untuk memilih makanan disini.


MasterChef

Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan ialah pertandingan memasak mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dibahagikan untuk memasak dua menu berasingan. Menu pertama main dish ialah Ikan Talapia dan perlu masak kari mengikut kreativiti masing-masing dan menu kedua ialah ‘baking’ membuat kek atau hiasa kek dan juga mengikut kreativiti masing-masing.

Almaklumlah bab masak memasak ni ku kurang sedikit dan apa salahnya mencuba kan mana tahu boleh memasak sendiri nanti. Masa yang diperuntukkan lebih kurang dalam 40 minit sahaja. 40 minit ? boleh ke dapat siapkan dua menu yang berbeza ini hehe. Agak berasa cuak disitu.


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Alhamdulillah. Dengan semangat team work kami Karipap Sardin dapat juga menyiap bukan 2 tapi 3 menu yang berbeza dengan menggunakan ‘main dish’ ikan talapia. Dup dap dup dap mendengar komen daripada chef-chef yang handal tentang masakan kumpulan kami ni. Komen chef ok la lain daripada yang lain dan sedap Cuma ada sedikit masin hehe. Walaupun team kami tidak menang dalam pertandingan ini tapi kami puas dapat merasa pengalaman memasak hehe seperti berada di rancangan Master Chef hehe.



Willy Satay.

Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Makan malam pula apabila program berkaitan dengan sate dan bagaimana cara untuk promosi makanan tradisi masyarakat di negeri Selangor. Kami dibawa ke salah satu tempat popular dengan Sate iaitu Willy Satay. Siapa yang menetap di Kajang mesti tahu Willay Satay itu apa dan dimana. Willy Satay yang terletak di Ramal Food Junction Sg Ramal Kajang.

Boleh dikatakan pertama kali menjejaki di sini dan baru tahu tentang Willy Satay ni. Dan mereka kata satay sini sedap dan ku sendiri excited nak mencubanya. Bila order telah sampai dan ku baru rasa satu lidi satay sangat sedap Ya Allah tak tahu nak bayangkan macam mana dengan panas, rasa dan kuahnya. Tersangat berbaloi makan satay di Willy Satay Kajang ini walaupun nak menunggu order sampai agak lama tapi berbaloi.


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2 


Eat Travel Write 2.0 Journey 2


Eat Travel Write 2.0 Journey 2

 Terdapat empat jenis satay yang kalian boleh order di Willy Satay ini termasuk ayam, daging lembu, perut hanya RM0.80 sebatang dan kambing RM1 sebatang. Tambahan untuk nasi imit pula hanya RM1 satu.

Comments (1)

On December 21, 2015 at 10:37 AM , Jueliza Jamani said... [Reply to comment]

gambar2 yang eazy ambik semua cantik2 lah.. lagi nampak sedap gambar makanan tu..