Followers

Wednesday, December 16, 2015

Eat Travel Write 2.0 Journey 1

ETW 2.0 Journey 1


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Journery 1

Baru-baru ini berlangsungnya Program Eat Travel Write Selangor Culinary Adventure 2.0 yang dianjurkan oleh pihak Majalah Gaya Travel bersama dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) di sekitar Putrajaya dan Hulu Langat Selangor. Program ini berlangsung selama 4 hari dari 27hb November 2015 sehingga 30 November 2015 untuk mempromosikan makanan-makanan di Selangor.

Program Eat Travel Write berikutan atas kejayaan program pertama yang berlangsung pada bulan June 2015 lalu di Kuala Selangor. Kali ini program lebih meriah dan hebat dan pelbagai aktiviti padat berlangsung seperti memasak dan social media contest serta hadiah menarik bernilai RM5, 000 untuk dimenangi.


ETW 2.0 Journey 1


Hari pertama macam biasa kesemua Media peserta berkumpul di Matic Jalan Ampang Kuala Lumpur. Program dimulakan dengan aktiviti pertama ke Diuluhati Hulu Langat Selangor untuk aktiviti “Bamboo Rafting” ataupun rakit buluh. Pengalaman pertama kami untuk mencuba aktiviti Bamboo Rafting.

Bamboo Rafting.

ETW 2.0 Journey 1


Bamboo Rafting ataupun Rakit Buluh ini diperbuat daripada batang pokok buluh yang diambil dari hutan dan dipotong serta diikat sehingga buluh tersebut menjadi seperti rakit yang membolehkan kita duduk selesa di rakit buluh ini. Biasalah akan basah apabila naik rakit buluh ini dan bersedia dengan baju, seluar dan kasut yang sesuai.

Aktiviti Bamboo Rafting ini sesuai untuk pelbagai jenis peringkat yang ingin mencuba menerokai sungai di sekeliling Sungai di Hulu Langat ini. Terletak di Ulu Hati recreation Kampung Padang Hulu Langat Selangor dan mengambil masa hamper satu jam dengan perjalanan rakit buluh di sungai sejauh 8km.


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


Menurut pengusaha setempat, pengunjung yang datang ke sini untuk merasai pengalaman menaiki rakit buluh ini boleh mencuba dengan hanya RM145 seorang. Nampak mahal bukan? Tapi pengalaman berakit bukan selalu. Ini kerana rakit buluh ini akan dibuat oleh hasil kerja tangan orang kampung dan digunakan sekali sahaja untuk setiap pengunjung yang mencubanya.

Aroi Dee Thai Restaurant @Palm Garden Hotel

   ETW 2.0 Journey 1ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


Selepas sahaja aktiviti Bamboo Rafting di Ulu Hati Hulu Langat, bergerak ke Palm Garden Hotel untuk ‘check-in’ dan terus menikmati makan tengah hari yang enak disediakan oleh pihak Hotel di Aroi Dee That Restaurant. Suasana yang selesa dan cantic serta makanannya pelbagai pilihan untuk dinikmati.


District 21

ETW 2.0 Journey 1


Seterusnya selepas kesemua media dan peserta makanan tengah hari di Aroi Dee That Restaurant. Kami bergerak ke IOI City Mall untuk aktiviti petang iaitu masuk ke District 21. District 21 merupakan sebuah apocalypse themed adventure park yang terletak di dalam IOI City Mall dan menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak yang sesuai untuk semua peringkat umur.


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


Terdapat lebih dari 10 rides ataupun jenis aktiviti yang boleh anda mencuba dan kami mencuba salah satu aktiviti disini. Aktiviti ini memerlukan semangat kerjasama dari rakan sekumpulan iaitu tidak menjatuhkan boleh ditengah-tengah padang trampoline yang besar ini. Dengan hanya melompat-lompat di atas padang trampoline yang besar ini, ianya seperti anda sedang berjogging.


Palm Garden Golf Club, Putrajaya

ETW 2.0 Journey 1


Selepas semua kepenatan menyertai aktiviti di District 21, kami ke Palm Garden Golf Club Putrajaya yang terletak berdekatan sahaja untuk Hi-tea dan media tour on golf. Hi-tea dengan makanan minum petangnya sangat sedap dan kami bersedia untuk tour di sekitar Palm Garden Golf Club di Putrajaya ini.


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


Ia terletak dalam jarak 20 minit pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 30 minit dari KLIA- Sepang sepanjang Lebuhraya ELITE. Terdapat akses yang sangat baik melalui Damansara- Puchong ( LDP) dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan.

Kelab telah memulakan usaha utama pada tahun 2009 yang menyaksikan kemunculan 18 lubang baru yang kini dibuka untuk bermain. Palm Garden Golf Club sebelum ini telah menerima Anugerah Perkhidmatan Pelanggan pada tahun 2001 dan 2007 dan kami adalah antara Kursus Top Golf di Malaysia diputuskan oleh Kursus Poll pada tahun 2007/2008. Dengan 18 lubang baru di tempat sebagai tambahan kepada kemudahan rumah kelab yang sangat baik.

Kalau untuk aktiviti beriadah bersama keluarga seperti menggunakan kemudahan seperti kolam, dewan majlis mahupun gym, boleh didapati dengan harga istimewa dan mampu di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.


Grill & Such


ETW 2.0 Journey 1


Waktu makan malam yang dinanti-nantikan kerana kami akan makan malam di suatu tempat yang rasanya masih baru lagi dibuka di Sri Kembangan Selangor. Grill & Such ini dibuka untuk pelanggan yang sukakan makanan laut atau BBQ yang boleh dimasak sendiri di meja makan. Kelainannya di sini selalunya kita membakar atau BBQ akan disertakan sekali dengan pilihan kuah atau sup. Tapi disini tiada pilihan itu kerana untuk pelanggan merasakkan kenikmatan apabila ‘Grill’ makanan tersebut.


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


ETW 2.0 Journey 1


Kalian boleh mencuba dari 13 grill set menu dari sayur-sayuran sehingga lamb chop dan hanya dari hari RM59.90 sahaja. Boleh bawa keluarga dan kawan-kawan kesini untuk menikmati hidangan dari Grill & Such ini dan rasai kelainannya. Selain itu terdapat juga Grill & Such ini terdapat ruangan khas dibuat untuk event dan sebagainya.

Grill & Such 
 E-6-G & E-7-G Putrawalk 
Jalan PP 25,
 Taman Pinggiran Putra, 
43300 Seri Kembangan Selangor.

Dibuka setiap hari pada 8:00 am sehingga 11:30 am dan dari 3:00 pm sehingga 12:00 am

  ETW 2.0 Journey 1 

 -End Journey 1-

Comments (1)

On December 17, 2015 at 9:05 AM , luqman zakaria said... [Reply to comment]

Wah ..best kot.dari siang sampai ke malam..penuh aktiviti.