Coffee Terrace Bufet Terbaik Di Genting Highlands

Coffee terrace 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah beberapa lama dapat ke Genting Highland lagi dan kali ini dapat merasa buffet lunch di Coffee Terrace dimana salah satu restoran yang dapat menarik pelanggan ramai datang untuk makan tengah hari mahupun makan malam dan menonton persembahan Comedian Magician by ‘Misfit Magician’ Ed Alonzo serta lawatan ke salah satu tempat tarikan pelancong di Genting Highlands iaitu Chin Swee Temple.

Tunggu di entry seterusnya ye kalian hehe. Okay baiklah, Coffee Terrace adalah salah satu tempat kegemaran ku untuk makan secara buffet semenjak datang ke Genting Highland sebelum ini. Sebelum menyaksikan persembahan dan melawat di Chin Swee Temple haruslah mengisi perut yang kosong ini, Sesungguhnya tidak sabar untuk terjah makanan-makanan yang terdapat di Coffee Terrace ini.


Coffee terrace


Coffee terrace


Coffee Terrace adalah salah satu restoran makanan paling luas di resort. Mempunyai empat bahagian - Bilik Persendirian , Lanai Bar, Nyonya Baba Corner dan Alfresco Terrace. Coffee Terrace ini boleh memuatkan sehingga 600 pengunjung pada satu-satu masa. Amat selesa dan tidak perlu beratur dan berebut tempat untuk makan. Coffee Terrace terletak di Lobby Floor Genting Grand. Jangan sesat pula ye hehe.


Coffee terrace


Coffee terrace


Coffee terrace


Coffee terrace


Apabila masuk ke dalam Coffee Terrace untuk buffet lunch. Terdapat 4 bahagian makanan utama mengikut citarasa dan pengunjung boleh memilih makanan pilihan kalian dan nikmati hidangan dari konsep bufet dapur terbuka seperti Appetizers & Desserts , Flavors of Malaysia, Chinese food dan Western.

 Terdapat pelbagai pastri berwarna-warni , gula-gula & gula-gula , seperti penganan kecil, cookies nanas, Orea , cip coklat, tartlets buatan sendiri, kek pelbagai, jeli & puding , puding yang baru dimasak, mousse pelbagai, coklat fountain untuk marshmallow [ bentuk hati, twist, bunga ] , jeli kacang, smarty mini , kiwi jelly pelangi twist, kiwi jeli twist, kiwi jeli kiub, bergetah cincin epal, bergetah cincin currant hitam, bergetah cola, bergetah cincin pic , warna meringue dan sebagainya.


DSC_0017


DSC_0037


DSC_0044


DSC_0003


DSC_0004


Coffee terrace


Terlalu banyak pilihan, sedap dan tidak tahu pilih mana satu. Nak ambil gambar pun tak best sebab kalian tengok aje kan? hehe. Kalau nak rasa betul-betul kena datang sendiri di Coffee Terrace Genting Highland. Cuti Sekolah kan sekarang? Jom ramai-ramai bawa satu family datang Genting Highland hehe.

Waktu Operasi  Waktu : 12.00 nn hingga 2.30 petang - 
Bufet Makan tengah hari 17:00-9:30 - Bufet makan malam 

 Harga jualan

Bufet Makan tengah hari : 
 RM 55.00 nett [ dewasa ] 
RM 20.00 nett [ kanak-kanak ]

 Makan Malam Bufet
RM 88.00 nett [ dewasa ]
RM 35.00 [ kanak-kanak ]

Coffee terrace


DSC_0077

No comments: