Followers

Friday, December 4, 2015

Chin Swee Caves Temple Genting Highland

Chin Swee Temple 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ramai yang tidak tahu bila naik ke Genting akan melalui Chin Swee Temple baru lah sampai ke puncak Genting Highland. Sebenarnya Genting telah menyatakan Chin Swee Temple ini sebagai salah satu tempat tarikan pelancong di Genting Highland. Kalau mahu rasa suasana seperti di Negara China bolehlah ke Chin Swee Caves Temple yang terletak 4,600 kaki dari aras laut dan pemandangan yang cantik di tepi bukit.


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Bagi siapa yang ingin mencari suasana tenang dan sedap mata memandang dengan tumbuhan tumbuhan hijau serta sejuk boleh melawat ke Chin Swee Temple. Tak kira dari agama mana, masing-masing ada kepercayaan sendiri. Cuma niat kita ke sana untuk melihat tempat-tempat dan pemandangan cantik di sana bukan ? hehe. Chin Swee Temple ini dibuka dan diderma oleh Mendiang Tan Sri Dato' Seri Lim Goh Tong pada Tahun 1994.

Apabila masuk di dalam Chin Swee Temple ini. Tempat menarik yang anda boleh kunjungi adalah seperti Sky Terrace yang meliputi seluruh 35,00 square feet dan dibina untuk pengunjung yang datang berkunjung disitu seperti 'walk among the'clouds in heaven' menurut kepercayaan masyarakat Cina. Di tengah terdapat patung Mendiang Tan Sri Dato' Sri Lim Goh Tong didirikan sebagai tanda perhormatan kepada beliau. 


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Di sebelah kanan pintu masuk pula terdapat ukiran Nine-Colour Dragon Wall of Luck seolah-olah menyambut tetamu yang datang ke Chin Swee Temple ini. Semestinya terdapat patung Buddha & Kuan-Yin yang terbesar ku lihat mungkin. Katanya semua ini diimport dari Negara China dan ku berfikir macam mana boleh bawa naik sampai ke Genting Highland sebesar itu hehe.

Ada satu bahagian yang menarik ialah 9 tingkat bangunan Pagoda dan sangat halus dan cantik binaannya. Jarang kita nampak bangunan Pagoda di tempat lain. Kalau ada pun sedikit. Di dalam Pagoda pengunjung boleh nampak lebih kurang 10,000 blessing lamps. 


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple


Chin Swee Temple

Ini satu perjalanan yang menarik mengikut dan menurut kepercayaan masyarakat Cina , Journey to Enlightenment that depicts the Ten Chambers of Hell. Perjalanan dari mati seseorang itu sehingga di hitung dosa dan pahala, hukuman apa yang diperlukan sehingga mereka melalui proses kelahiran semula sama ada di zaman kelahiran semula itu meraka bertuah atau tidak. Itulah yang diperkatakan masing-masing ada kepercayaan masing-masing okay. hehe

Selain dari tempat yang menarik. Chin Swee Temple ini juga menyediakan kemudahan seperti hampir 110 bilik, 93 triple room dan 17 double room bagi masyarakat Cina datang untuk menyembuh, sembahyang dan sebagainya.  Terdapat juga Hall Meditation yang dibina untuk kemudahan. 

Untuk maklumat lanjut boleh call direct line 03-27181113 dan ke website http://www.csc.org.my 

Comments (0)