Followers

Wednesday, December 2, 2015

Cantik & Sihat Bersama Mika Series

Mika Series 

 Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Kadang-kadang kita lalui kehidupan harian dengan penuh cabaran dan dugaan. Terutamanya apabila memerlukan tenaga dan disamping kelihatan segar dan cantik secara natural. Baru-baru ini ku berpeluang untuk review produk kesihatan dan kecantikan oleh Mika Series duta produknya sendiri menerangkan bagaimana menggunakan produk dan hasil yang dapat sebagai manfaat kita bersama.

Nak tahu siapa Duta Produk Mika Series ni ? Ramai peminat kot hehe iaitu Zoey Rahman. Mika Series ini rasanya masih lagi baru dipasaran dan mendapat sambutan hangat daripada pengguna sehinggakan repeat order apabila produk habis. Ianya tiada jual di luar mahupun di kedai, tetapi boleh didapati secara online sama ada di Facebook, Instagram @MikaSeries, website http://www.mikaseries.com dan pengedar-pengedar yang sah.

Okay baiklah, ku dapat mencuba beberapa produk yang dikeluarkan oleh Mika Series ini seperti Mika Lipz, Mika Black Mask dan Mika Bright. Terdapat lagi satu produk yang tidak berkesempatan mencuba iaitu Mika Whitening. Dengar macam menarik bukan ? hehe. Okay ku akan cerita satu persatu produk yang telah ku pakai dan apakah kebaikkan apabila memakainya.


Mika Series


Mika Series


Produk yang pertama ialah Mika Lipz. Mika Lipz ini merupakan pelembab bibir dan sesuai untuk lelaki & perempuan yang diperkaya oleh bahan-bahan semulajadi seperti Argan Oil, Sweet Almond Oil, Avocado Oil, Mint Oil, Mini ha, Bees Wax dan Natural Tech Vaseline. Ku sendiri mencubanya setiap hari dan lihat bibir sentiasa lembab dan nampak seakan - akan kemerahan.

Katanya apabila memakai Mika Lipz ini bibir akan mengikut warna darah masing-masing. Mika Lipz ini sesuai untuk bibir sensitif, perokok, membaik tekstur bibir, merawat bibir kering dan merekah serta dapat mencerahkan bibir kalian secara semula jadi. Dengan hari satu Mika Lipz ini hanya RM35.00 .


Mika Series


Mika Series


Produk yang kedua ialah Mika Black Mask. Suka sangat apabila dapat pakai black mask ini karena dapat menanggalkan white heads dan black heads. Apabila pakai rasa muka sangat fresh dan sejuk. Biarkan sehingga kering black mask ini dan tanggalkannya perlahan-lahan. Hasilnya terdapat white head yang kecil-kecil itu keluar.

Mika Black Mask ini mampu membuka liang pori dan membuang sel-sel kulit mati. Menjadikan kulit kalian licin dan bersih. Ianya juga mempunyai ciri-ciri penghidratan yang membuat kulit kalian sihat secara semula jadi dan berseri. Mika Black Mask ini hanya boleh digunakan at least 2 kali seminggu dan jangan tiap hari ya. Harga satu ialah RM39.90.


Mika Series


Mika Series


Ini mungkin produk utama Mika Series ini ialah Mika Bright. Mika Bright ini merupakan black grape juice yang diadun daripada 100% bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan terdiri daripada makanan sunnah seperti kurma, madu, habbatus sauda dan delima selain mengandungi anggur hitam, acai berry, guarana, green tea serta pati sarang burung.

Cara pemakanan hanya perlu koyak dan minum dalam satu hari hanya 1-2 sachet sahaja. Waktu yang terbaik ialah 1 sachet di waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sachet di waktu malam sebelum tidur. Rasa mika bright ini seperti minum air jus anggur yang sangat pekat dan sedap. Kebaikkan Mika Bright ini membantu membina sistem ketahanan tubuh secara maksima dan meningkatkan menambah tenaga.

Mika Bright juga turut mengimbangi dan menangani masalah berat badan serta memberi tenaga dan rasa mudah kenyang. Mika Bright kaya dengan stem cell dan collagen untuk membantu mengekalkan keremajaan dari dalam serta membantu memelihara dan memperbaharui sel kulit serta menangani masalah jerawat, jeragat dan memudarkan kesan parut. Wow! begitu banyak khasiat dan kebaikkan Mika Bright ini dengan hanya RM170 sekotak.


Mika Series


Alhamdulillah terdapat lah juga kesan-kesan positif apabila memakai produk Mika Series ini. Mika Series created for perfection. gituh. Layans.

Comments (0)