This Song's Killing Me ! Mok Cun

Theaters Muzikal Mak Cun


Theaters Muzikal Mak Cun 



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. 

Mok cun Mok cun Mok cun la ! Bedak Mok cun lah berkesan, Nok Cantik kamu jangan, biar merlip dan menyerlah sempoi satu badan. Okay ! dok terngiang-giang lagu bedak sejuk mok cun ni weyh. Penangan dari drama bersiri di TV3 terbawa sampai sehingga ke Pentas Teater. Tahniah buat pengarah Eirma Fatima dan para pelakon dalam Teater Muzikal Mak Cun yang sekarang di pentas teater Panggung Sari Istana Budaya Kuala Lumpur. 

Teater Muzikal Mak Cun sekarang tengah hangat berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya bermula dari 14 November 2015 sehingga 22 November 2015. Wow ! masih ada masa lagi kalian untuk menonton Teater Muzikal Mak Cun lakonan Erma Fatima, Umie Aida, Dato Rahim Razali, Nora Danish, Balkisyh, Ungku Ismail Aziz, Dafi dan Betty Ahmad. Hah dan malam itu ada penampilan Istimewa oleh Kak Ogy Dato Ahmad Daud. 


Theaters Muzikal Mak Cun


Theaters Muzikal Mak Cun


Theaters Muzikal Mak Cun


Theaters Muzikal Mak Cun


Theaters Muzikal Mak Cun


Teater Muzikal Mak Cun ini berkesinambungan dari Drama bersiri Mak Cun yang pernah ditayangkan di TV3 dahulu. Semua pelakon tambahan diambil dari pelakon yang sama dalam Drama Mak Cun. Barulah feel yang sama ada semasa menonton Teater Muzikal Mak Cun ini hehe. Sepanjang hampir 3 jam Teater Mak Cun berlangsung ini gelak tawa tidak terhenti-henti. Serius sangat menghiburkan okay. 

Ketawa sudah dan tidak dilupakan diselitkan beberapa scene sedih dan beberapa pengajaran yang kita dapat dari Teater Muzikal Mak Cun ini. Pengarah Erma Fatima berani mengambil cabaran memasuk Istana Budaya sehari sebelum Teater ini dilangsungkan dan dipertontonkan di hadapan khalayak ramai. Katanya dengan mendapat team work yang begitu dedikasi dan komited dalam menjayakan Teater Muzikal Mak Cun ini. Alhamdulillah berjaya. Dengar kata tiket pun sudah habis dijual untuk tontonan weekend yang lalu. 


Theaters Muzikal Mak Cun


Theaters Muzikal Mak Cun


Theaters Muzikal Mak Cun



Almaklumlah semua pelakon profesional dan ada kesilapan sedikit itu dapat di cover semula dengan jayanya dan kami sendiri yang menonton malam media sehari awal sebelum dipertontontan kepada khalayak umum tiada sikit cacat cela walaupun Erma Fatima berkata sangat nervous untuk melakukan pementasan ini. Alhamdulillah sukses dan terhibur. 

Bagi yang sangat berminat untuk menonton Teater Muzikal Mak Cun ini boleh dapatkan tiket di http://www.airasiaredtix.com dengan harga tiket dari RM 36, RM 76, RM 86, RM106, RM156, RM256. Persembahan pada puku 8:30pm

LAYANS
(>_<)

Theaters Muzikal Mak Cun


Theaters Muzikal Mak Cun


Theaters Muzikal Mak Cun


1 comment:

nUR_rOsALiNdA said...

Alaaaaaaaaaaaaaa nak tgk!!!!!!!!!!