Followers

Wednesday, November 4, 2015

Pelayaran Di Luar Imaginasi Anda

Cruise at Tasik Putrajaya


Cruise at Tasik Putrajaya 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. 

Pada minggu lalu ku berkesempatan ke Putrajaya untuk merasa menaiki Cruise di Tasik Putrajaya sambil menikmati makan malam yang disediakan. Terima kasih kepada Gaya Travel dan rakan karena menjemput untuk makan malam eksklusif ini sempena Program Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia @ Putrajaya. Cruise di Tasik Putrajaya ini merupakan satu tarikan terbaik di Putrajaya di kalian mahu jalan-jalan pusing di Tasik Putrajaya ini.

Tasik Putrajaya yang mempunyai kawasan yang seluas 650 hectares bersama Tasik dan Bandar Putrajaya menjadi satu gabungan yang menarik untuk dilawati. Cruise Tasik Putrajaya ini diuruskan oleh Anak Syarikat Perbadanan Putrajaya yang sering kali dalam proses penambah baikkan untuk keselesaan dan kepuasan para pengunjung yang berkunjung di Putrajaya. 


Cruise at Tasik Putrajaya


Cruise at Tasik Putrajaya


Cruise at Tasik Putrajaya


Malam itu ku berpeluang merasa dan menikmati Dinner on Cruise di Tasik Putrajaya. Menikmati makanan yang dihidangkan di dalam Cruise adalah sangat sedap. Hidangan Western dan Makanan Melayu disediakan secara buffet supaya senang untuk menambah sendiri. Almaklumlah makanan sedap hehe. Sambil menikmati makan malam di atas cruise, ditambah pula dengan band-band musik membuat persembahan secara live.

Turut hadir bersama ialah Y.Bhg Datuk Haji Hasim Bin Haji Ismail, the President of Perbadanan Putrajaya serta Chief Executive Officer Marina Putrajaya Sdn Bhd. Dato’ Zaharah Salamat merupakan orang yang tidak asing lagi di Putrajaya karena telah bersama dengan Perbadanan Putrajaya sejak Tahun 1997 lagi. Alhamdulillah ku berpeluang berjumpa dan makan malam bersama mereka di atas Cruise Tasik Putrajaya.


Untitled


Cruise at Tasik Putrajaya


Cruise at Tasik Putrajaya


Cruise yang sebesar 65 kaki ini dapat memuatkan seramai 76 orang penumpang dengan selesan dalam satu-satu masa dan semestinya ada penyaman udara yang sungguh segar. Keistimewaan Cruse di Tasik Putrajaya ini dikelilingi dengan tingkap kaca supaya penumpang dapat menikmati suasana sekeliling Tasik Putrajaya di dalam Cruise Boat itu sendiri tanpa perlu keluar. Ada life jacket jangan risau jika ada berlaku kecemasan.

Perjalanan Normal untuk Package Dinner at Cruise mengambil masa 1 jam 30 minit sehingga 2 jam. Harga bermula dari RM88.00 hingga RM 98.00 nett untuk kanak-kanak dan RM130nett hingga RM150 untuk dewasa dengan minimum of pax seramai 15 orang. Selain itu kalau anda mahukan aktiviti sight seeing sahaja hanya RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak dan akan mengambil masa lebih dalam 45minit untuk mengelilingi tasik Putrajaya. Pastikan bawa MYKAD ya hehe.


Cruise at Tasik Putrajaya


Cruise at Tasik Putrajaya


Cruise at Tasik Putrajaya


Cruise at Tasik Putrajaya


Untuk maklumat lanjut korang boleh terjah ke website www.marinaputrajaya.com atau www.cruisetasikputrajaya.com. Cadangan ku memang sangat sesuai bawa keluar naik Cruise di Tasik Putrajaya khasnya pada waktu malam. Pemandangannya sungguh cantik dan menakjubkan dengan bangunan moden pejabat kerajaan di Putrajaya ini.

LAYANS
(>_<)


Cruise

Senarai Harga Cruise Tasik Putrajaya. 

Comments (0)