Followers

Friday, November 20, 2015

BBQ Buffet Dinner Steamboat di Kontiki

Kontiki Bbq Dinner Steamboats

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Jika kalian mahu memilih makan malam pada hari minggu di tepi kolam, Kontiki ialah jawapannya. Kali ini Food Review bertempat di Kontiki Restoran The Federal Hotel Kuala Lumpur. Kontiki Restoran menyediakan bufet makan malam yang lazat yang terdiri daripada pelbagai pilihan pembuka selera, kegemaran antarabangsa dan tempatan panas dan lazat.

Selalunya apabila kita menghadiri ke BBQ Buffet dinner yang dihidangkan seperti biasa daging kambing, lembu dan ayam yang dipanggang enak untuk pengunjung restoran. Kali ini tambahan menu yang disediakan oleh Kontiki Restoran didatangi dengan Steamboat.


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Pasti ramai dikalangan pembaca yang sangat gemarkan makan steamboat ini karena ianya makanan seafood  dan sayuran fresh iaitu menyajian mentah di atas meja komplit dengan dapur gas mininya sehingga kita lah sebagai pelanggan yang memasak hidangan mengikut citarasa masing-masing mahukan kuah tomyam mahupun sup dan sebagainya.

Kalian boleh pilih makan segar seafood, shellfish, meat balls, fish balls, squid, noodles, sayur kang kong, soup dumpling atau fried dumpling, white bean curd, enoki mushroom, abalone, mushroom dan sebagainya. Itu baru di bahagian Steamboat. Kalau di bahagian BBQ pula?


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Di bahagian BBQ pula semestinya ada beef steak, lamb cutlet atau beef churrasco, juicy sausages, yummy BBQ chicken wings yang rasanya mesti hingga menjilat jari okay hehe. BBQ Seafood agak menarik karena ada makanan yang jarang ada seperti tiram besar, sotong besar, udang segar, yabbies, udang harimau dan ketam !

Bufet lazat ini menawarkan pelbagai jenis kuih-muih tempatan dan Eropah untuk membangkitkan rasa dipinggan anda. Ini termasuk sushi dan shashimi, fresh oyster, satay dengan kuahnya, ayam roasted mahupun steamed dan itik panggang.


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Chef di Kontiki Restoran ini telah menyediakan beberapa menu menyediakan hidangan utama untuk memenuhi citarasa yang berbeza seperti ayam tumis dengan sos tiram, brokoli dengan sos telur, linguine napolitaine, fillet ikan dengan brown butter, Thai green curry dan tom yam seafood.

Akhir sekali tidak lupa pencuci mulut assorted mini Frenchy pastry, puding mangga, honey dew puding, assorted nyonya kuih, agar-agar, chocolate eclair, cream caramel, assorted mini slice cake apple tum quern, kuish tradisional Melayu dan banyak lagi dessert yang sangat sedap anda boleh rasa.

Untuk booking dinner di Kontiki KL ini boleh terus call no 03-21489166 . Buka hari Jumaat dan Sabtu sahaja dari 6:30pm hingga 10:00pm. Harga Rm128 seorang, RM78 untuk kanak-kanak/senior citizen.

Kontiki Bbq Dinner Steamboats


Kontiki Bbq Dinner Steamboats

Comments (0)