Followers

Tuesday, October 27, 2015

Ku Mohon Konsert "Tuhan Berikan Aku Cinta"

Ku Mohon 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Ini cerita seminggu yang lalu ku sempat ke Studio Akim untuk sesi beramah mesra eksklusif bersama Akim & The Majistret bersama-sama dengan rakan blogger dekat Kajang melihat mereka membuat persediaan untuk Konsert Amal Ku Mohon (Tuhan Berikan Aku Cinta) yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2015 ini.

 Disini dapat melihat Akim & The Majistret melakukan live perform di studio mereka. Okay terasa sangat eksklusif sangat hehe. Ramai lagi artis-artis popular bakal membuat persembahan termasuk beberapa artis popular dari luar negara. Antara barisan penyanyi lain yang terlibat dengan konsert Ku Mohon termasuklah Anuar Zain, Erra Fazira, Raihan, Ebiet G Ade, Opick, Humood Al Khudeer dan Zain Bikha.


Ku Mohon


Ku Mohon


Kesemua hasil dari duit penjualan tiket ini akan disalurkan sepenuhnya kepada Islamic Relief untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara. Konsert ‘Ku Mohon’ ini akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sebanyak 18 buah lagu akan dipersembahkan sepanjang konsert ini diselang-selikan dengan lakonan, motivasi dan kata-kata semangat yang mengajak masyarakat menzahirkan rasa cinta mereka kepada perkara dan perbuatan baik.

Tiket boleh dibeli di http://www.tiketpro.com.my dengan harga RM383, RM253, RM153 dan RM103. Diharapkan dengan hasil usaha mereka mengadakan Konsert 'Ku Mohon' ini dapat menarik anak muda datang berhibur sambil menderma.



Ku Mohon


Ku Mohon

Comments (0)