Sehati Sejiwa Bersama Schawal

Sehati Sejiwa Schawal


Sehati Sejiwa Schawal 

 Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur, 10 Septermber 2015 - Ku mendapat jemputan ke Program Sehati Sejiwa #SehatiSejiwa bersama Schawal Party di Rooftop G Tower Kuala Lumpur. Ia merupakan malam yang penuh dengan kegembiraan dan keseronokkan apabila KFC meraikan lebih 100 orang peminat mereka pada majlis yang bertemakan 'Merdeka'. Ku sangat beruntung dapat menghadirkan diri ke event yang penuh dengan semangat kemerdekaan dan bertemu dengan rakan blogger lain sambil beriadah bersuka ria. 

Antara tetamu yang hadir termasuk 30 orang peserta yang terpilih melalui pertandingan foto KFC Sehati Sejiwa Bersama Schawal. Turut hadir pada malam tersebut ialah Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing, Angelina Villanueva, Timbalan Pengurus  Besar, KFC Marketing, John Warkey, serta pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Lara ? ala tak dibawa pula baby cute tu hehe. 

Pertandingan Sehati Sejiwa ini yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 3 September 2015 ini telah menerima jumlah penyertaan yang begitu menggalakkan. Melalui peraduan ini, peserta dikehendaki mengambil gambar secara bersendirian atau berkumpulan beserta pesanan makanan yang dibeli melalui KFC Delivery (hotline: 1300-222-888 atau laman web; www.kfcdelivery.com.my) mengikut kreativiti mereka. Gambar-gambar tersebut juga perlu membawa pengertian "Sehati Sejiwa" dan bagaimana mereka menghayatinya. 


Sehati Sejiwa Schawal


Sehati Sejiwa Schawal


Peserta kemudiannya dikehendaki untuk memuat naik gambar tersebut di akaun instagram atau facebook mereka atau di lama Facebook KFC Malaysia dengan hashtag #KFCDelivery dan #SehatiSejiwa. Pemenang kemudiannya dipilih berdasarkan kreativiti dan keaslian dalam mempamerkan produk di dalam gambar beserta dengan slogan-slogan yang menarik barulah mereka terpilih untuk memenangi hadiah daripada KFC Malaysia. 

"Kami amat teruja dengan sambutan yang diterima terhadap pertandingan ini. Pelanggan-pelanggan KFC sememangnya kreatif, bersahaja dan benar-benar bersemangat patriotik," kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing. "Sebagai sebuah jenama yang sentiasa meraikan kebersamaan, kami berasa amat bertuah karena dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat, " tambah beliau lagi . 


Sehati Sejiwa Schawal


Sehati Sejiwa Schawal


Sehati Sejiwa Schawal


Tiga pemenang utama masing-masing memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.00 (Johan), RM1,300.00 (Naib Johan) dan RM1,000.00 (Tempat Ketiga). Manakala tujuh lagi peserta berjaya membawa pulang saguhati berupa wang tunai sebanyak RM 200.00 setiap seorang. Kesemua para pemenang telah diumumkan di majlis tersebut. Tahniah buat pemenang !

Ia semestinya menjadi malam untuk diingati bukan sahaja untuk para pemenang tetapi juga kepada semua tetamu yang hadir. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan termasuk lucky draw (Alhamdulillah rezki ku mengena semalam dapat lah satu hihi, face painting, permainan game charade bersama dengan selebriti jemputan Scha Alyahya dan Awal Ashaari, sesi beramah mesra dengan selebriti jemputan dan sempat juga selfie bersama mereka hehe. 


Sehati Sejiwa Schawal


Sehati Sejiwa Schawal


Sehati Sejiwa Schawal


Tak lupa juga di setiap event mesti ada photo booth dan semestinya, hidangan ayam goreng lazat dari KFC ! Dengan pelbagai hadiah, beg cenderahati serta cabutan bertuah yang diberikan, semua yang hadir gembira dan tiada yang pulang dengan tangan kosong. Terima Kasih KFC dan QSR Brands. Korang jangan lupa sekarang KFC sudah ada KFC Delivery yang bermatlamat untuk menghantar Ayam Goreng KFC kepada mereka yang ingin menikmatinya di dalam keselesaan rumah atau tempat kerja. 

p/s; (hotline: 1300-222-888 atau laman web; www.kfcdelivery.com.my)
LAYANS
(>_<)

No comments: