Followers

5a469-ariflabur-slider 

Assalamualaikum WBT & Salam 

Ternyata zaman sekarang ramai manusia sedang berusaha mencari kekayaan untuk keselesaan di masa hadapan walaupun sangat sibuk pada masa sekarang dan mungkin akan berehat menikmati usaha yang selama ini berbaloi apabila berjaya InsyaAllah. Di sini ku ingin war-war kan kepada kalian suatu program yang sangat menarik ini.  Program #ArifLabur. Program #ArifLabur adalah sebuah program persediaan masa depan kewangan yang lebih stabil. #ArifLabur membawa mesej, "Elak Sengsara Selepas Bersara"

Program #ArifLabur ini adalah anjuran PMB Investment yang merupakan sebuah syarikat dibawah Pelaburan MARA Berhad yang merupakan salah satu syarikat pelopor pengurusan saham amanah di Malaysia dengan pengalaman hampir lima dekad dalam pengurusan saham amanah dan pengurusan portfolio. Sebagai sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC), PMB Investment sentiasa merangka pelbagai startegi transformasi agar dapat menarik lebih ramai pelabur.

Antara objektif #ArifLabur ialah:
  • Menggalakkan pelaburan unit amanah sebagai salah satu persediaan sebelum bersara.
  • Mendidik masyarakat berkaitan unit amanah.
  • Mendidik masyarakat berkaitan dana unit amanah patuh Syariah.
  • Memberi kefahaman mengenai senario ekonomi dan pasaran saham semasa.
  • Menggabungkan unsur-unsur keusahawanan dengan menawarkan peluang menjadi Perunding Unit Amanah (PUA) PMB Investment. 
Hmm menarik bukan, okay baiklah. Topik Program #ArifLabur untuk Fasa Kedua kali ini adalah "Membina Kekayaan Melalui Pelaburan". Pelaburan bermaksud menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan atau pendapatan yang bertambah nilai pada masa depan. Unit Amanadh (Unit Trust) adalah satu cara untuk menambah pendapatan di mana individu boleh melabur wang mereka secara kolektif atau terpilih. Dalam erti kata lain, ia bermaksud pengumpulan dana dari orang ramai dan institusi dan juga menggunakan wang terkumpul untuk melabur. 

pelaburpertama


launch


Okay apa yang kalian akan ada ketahui dari Program #ArifLabur ini ialah :-
  • Segalanya tentang pelaburan Unit Amanah
  • Kefahaman berkaitan propektus dan laporan tahunan 
  • Kelebihan melabur dalam dana ekuiti
  • Pemantauan pelaburan & Risiko
Banyak juga informasi-informasi yang akan kalian dapat untuk melaksanakan pelaburan anda sendiri. Mana tahu selepas menyertai program ini anda akan lebih tahu dan lebih bijak dalam hal pelaburan ini untuk waktu setelah pencen dan masa hadapan. Program #ArifLabur Fasa Kedua ini akan menampilkan selebriti jemputan, Fizo Omar yang juga merupakan seorang usahawan. Program #ArifLabur akan ke lima lokasi berlainan seperti berikut :-
  • 2 September 2015: Permata Ballroom, Puteri Pacific, Johor Bharu, Johor 
  • 3 Oktober 2015 : Weil Hotel, Ipoh, Perak 
  • 24 Oktober 2015: TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah 
  • 26 Oktober 2015: Hotel Imperial, Kuching, Sarawak 
  • 29 Oktober 2015: Dewan MARA, Kota Bharu, Kelantan
Dan terakhir sekali Yuran penyertaan: RM 10 sahaja! Daftar sekarang di www.ariflabur.my atau hubungi 03-27859900. Tempat adalah terhad!  boleh klik Youtube link: https://youtu.be/JhdMKJjUIlY

Comments (0)