Keenakkan rasa di Chuckle's TTDI

Chuckle's 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

TTDI Kuala Lumpur, 5 September 2015, ku berkesempatan ke satu restoran atau cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur atau dalam singkatannya TTDI. Chuckle's TTDI yang beralamat di 135, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail tidak susah untuk mencari dan berdekatan di One Utama Shopping Centre. Semasa mendapat jemputan food review ini nak tahu apa keunikkan dan keistimewaan makanan di Chuckle's TTDI ini. 

Sampai sahaja di Chuckle's TTDI ruang adalah sangat cantik dan tenang dan sesuai bagi membawa keluarga dan kawan-kawan lepak di sini sambil menikmati makanan yang dihidangkan. Kata salah seorang co-founder Jiji Suwito target Chuckle's TTDI ini fokus kepada restoran dan konsepnya hipster not to hipster konsep dan simple. Sepertinya lepak di warung, cozy dan ada environment cafe dan mungkin ada penambahbaikkan dekorasi di dalam restoran di masa akan datang


Chucklesd


Chucklesd


Chucklesd


Chucklesd


Untitled


Untitled


Untitled


Sempat lagi bergambar dalam Chuckle's TTDI karena suasana di dalam dan diluar begitu menenangkan dan sedap mata memandang. Ok baiklah, menu makanan yang menjadi Signature dish di Chuckle's TTDI ni ialah Ayam Percik. Ayam Percik yang dihidangkan dengan nasi goreng kelapa. Tetapi rezeki tidak menyebelahi kami karena menu Ayam Percik ini telah habis. InsyaAllah next time akan datang lagi untuk merasa Ayam Percik Chuckle's TTDI katanya memang sedap.

Pembuka kami mencuba minuman yang dicadangkan oleh saudari Jiji Suwito ialah With Love Chocolate. Rasanya memang sedap ditambah dengan chocolate chip  memang akan love feeling lah bila minum. Menu makan pula yang dicadangkan dan ada antara pilihan kami untuk merasa antaranya ialah Sea Bass Fiorentina, Creme Curry Carbonara, Asian Pesto, Chicken Basil dan Beef Kuey Teow. Keseluruhan apabila merasa makanan di Chuckle's TTDI adalah sangat sedap dan enak bila di makan. Harga pun berkemampuan.


Chuckle's

With Love, Chocolate
Dare to feel the love again & again ? here the's feeling.



Chuckle's

Orange Smiley
The healthy licious mixture of orange, carrot and apple.


Chuckle's

Sea Bass Fiorentina
Pan seared seabass with pilaf rice served with spicy marinara sauce


Chuckle's

Creamy Curry Carbonara
Chuckle's TTDI very own signature dish with soy bean sprout, deep fried curry leave and fresh mint


Chuckle's

Beef Kuey Teow
Wok fried rice noodles, bean sprouts, chives and beef slices


Chuckle's

Basil Chicken
Pan seared chicken breast with roasted potatoes on a bed of fresh spinach and creamy basil sauce


Chuckle's

Asian Pesto
Spicy basil pesto with an asian twist 


Chuckle's

Hot Mocha Choca
A latte with chocolate


Kebanyakkan menu makanan Chuckle's TTDI ialah Fushion food yang menarik dan enak. Ada special menu apabila anda order Ayam Percik dan popia cempedak anda akan dapat satu percuma air jus tembikai. Bagus juga karena ini adalah salah satu ekonomi menu makanan bagi yang mahu jimat dan kenyang hehe.

Bagi kepada pembaca yang excited nak merasa sendiri makanan di Chuckle's TTDI boleh datang di alamat yang ku nyatakan diatas. Buka setiap hari dari 11.00am hingga 11.00pm dan akan tutup setiap ISNIN. Bagiku sendiri sangat berbaloi makan di Chuckle's ini dan tidak lupa Chuckle's ini telah pun di terjah oleh Jalan-Jalan Cari Makan TV3 hehe.

p/s : Instagram Chuckle's = @ChucklesTTDI 
LAYANS
(>_<)

No comments: