Followers

Tuesday, September 29, 2015

EAT. TRAVEL. WRITE. Part 2

EAT. TRAVEL. WRITE

BAHAGIAN 2

Untitled 


 KAMPUNG KUANTAN KELIP-KELIP


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Pengembaraan kami ke Kampung Kuantan untuk melihat Kelip-Kelip sejenis kumpulan kumbang yang boleh mengeluarkan kelipan cahaya pada ekornya. Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor. Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini.

Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung. Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia. Satu bot hanya RM53 sahaja dan boleh memuatkan 4 penumpang.



SEKINCHAN


Untitled


Hari kedua, bergerak ke tempat seterusnya di Sekinchan Selangor, perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Bandar Kuala Selangor akan melalui Tanjung Karang dahulu baru tiba di Sekinchan. Di sini kami menjalani tugasan yang seterusnya ialah Pertandingan membuat kuih rempeyek di Homestay Sungai Sireh. Kuih Rempeyek ? mesti ramai yang tidak tahu ni.


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Rempeyek adalah sejenis kuih tradisional yang popular dikalangan masyarakat Malaysia khususnya dikalangan masyarakat Jawa. Kuih rempeyek yang berasaskan kepada tepong beras, kacang tanah, ikan bilis, daun cekur dan beberapa kombinasi rempah disediakan melibatkan kemahiran dan resepi yang khusus.

Kami berpeluang membuat sendiri kuih rempeyek ini dengan mengikut gaya masing-masing. Resipi sudah di demonstrasi oleh makcik-makcik sudah pakar dalam membuat kuih rempeyek tradisi ini. Kombinasi campuran rempah, telur dan bahan-bahan lain adalah perlu dititik beratkan supaya rasa dan adunannya baik. Memasak pun ada juga caranya, lain kuali lainlah caranya. Suatu pengalaman baru buat ku untuk membuat kuih rempeyek dan rasanya boleh tahan sedap.



THE HOUSE OF AH MA


Eat travel write part 2


The House of Ah Ma yang terletak di Jalan Tali Air 5 Kampung Sekinchan betul-betul di tengah sawah padi. Sangat menenangkan fikiran apabila tiba dikawasan sawah padi dengan angin sepoi-sepoi bahasa. The House of Ah Ma ini merupakan satu kedai yang di dalamnya terdapat pelbagai barangan antic zaman dahulu ketika atuk-nenek muda seperti perabot tradisional, kipas, mesin jahit antic dan sebagainya.


Eat travel write part 2


Eat travel write part 2


The House of Ah Ma ini khusus dalam penjualan atau pembuatan kek dan biskut di Sekinchan. produk utama keluaran Ah Ma ialah kek, beberapa biskut tradisional seperti tart nenas, kuih bangkit, kuih kapit dan tidak lupa makanan atau minuman kesihatan yang berada di House of Ah Ma ialah minuman sarang burung.


Eat travel write part 2


Eat travel write part 2


Eat travel write part 2


Disini juga menyediakan servis kereta pelancong kepada pelancong yang dating ke House of Ah Ma dan akan di bawa mengelilingi kawasan kampong sawah padi Sekinchan. Tidak lupa turut serta YB Sekinchan YB Ng Suee Lim membawa kami jalan-jalan menaiki kereta pelancong yang sangat antic dan menarik.


PANTAI REDANG


Eat travel write part 2


Eat travel write part 2


Selepas di The House of Ah Ma, kami bergerak ke Pantai Redang Sekinchan untuk tugasa seterusnya. Pantai Redang sangat terkenal di Sekinchan sebagai tempat beriadah dan sesuai sekali untuk dari golongan tua hingga muda untuk beriada di Pantai Redang. Tugasan kami yang seterusnya di Pantai Redang perlu menaikkan layang-layang dalam masa hanya 10 minit sahaja, kalau tak naik tu dikira kalah.

Perlukan sedikit kudrat untuk berlari dan yang paling penting ialah angin yang kuat untuk menaikkan layang-layang. Percubaan beberapa tidak berjaya kerana kawasan ada kala tidak berangin walaupun berada di tepi pantai. Masa hampir tamat, Alhamdulillah kami dapat menaikkan layang ini kerana mencari tempat yang strategik dan mempunyai angin yang kuat untuk menaikkannya.


A+ BOUTIQUE HOTEL


Eat travel write part 2


A + Boutique Hotel terletak betul-betul di Sekinchan di mana ia berfungsi sebagai titik permulaan yang baik untuk memulakan pengembaraan anda bersiar-siar di Sekinchan kerana ia adalah berhampiran tempat-tempat pelancongan seperti Pantai Redang, Sawah Padi, The House of Ah Ma dan lain-lain serta hanya mengambil beberapa minit sahaja memandu ke kawasan pelancongan di sekitar Sekinchan ini.


Eat travel write part 2


Eat travel write part 2


Eat travel write part 2


Eat travel write part 2


Eat travel write part 2


Eat travel write part 2


A + Boutique Hotel adalah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan seperti bilik mandi, penghawa dingin dan merupakan hotel perintis pertama di Sekinchan yang menyediakan kelajuan WIFI tinggi. Jangan lupa bagi meluangkan masa melihat mural 3D terletak di A + Boutique Hotel Rooftop Garden yang dilukis oleh artis Malaysia tempatan.


SABAK BERNAM

Eat travel write


Hari ketiga kami bergerak ke Sabak Bernam Selangor, Sabak Bernam merupakan daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor. Dari segi sejarah Sabak Bernam ini dikatakn dibuka oleh enam orang yang bersahabat dan dari situ munculnya 'Sabak Bernam' iaitu 'Sahabat Berenam'. Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman padi, kelapa dan kelapa sawit. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang terpenting di Selangor dan tertumpu di sekitar Sungai Besar.

Okay baiklah, bercakap tentang penanaman padi, kali ini kami berada di salah satu Homestay yang terkenal di daerah Sabak Bernam ini iaitu Homestay Haji Dorani. Disini bermulanya Mini Scavenger Hunt dimana ianya diadakan sempena Pesta Bendang yang telah tiba. Kami disambut dengan meriahnya bunyi alunan kompang seperti pengantin baru telah tiba.


Eat travel write

Membuat 'Tengwey' seruling

Eat travel write

Membuat 'Orang-Orang'

Eat travel write


Eat travel write

Gagau ikan keli 

Seharian di Homestay Haji Dorani ini pelbagai aktiviti kampung telah dijalankan seperti membuat Tengwey iaitu sejenis rokok yang diperbuat dari daun nipah, membuat orang-orang ataupun scarecrow untuk menakutkan binatang yang datang ke sawah padi, memancing belut dan aktiviti yang dinantikan ialah gogoh ikan atau nama lainnya gagau ikan keli di lumpur. Jangan risau ikan keli semua dibuang bisanya dahulu sebelum dimasukkan dalam lumpur untuk ditangkap. Dan tidak lupa juga cara preparation membuat nasi ambeng. sedap okay hehe


Eat travel write


Eat travel write


Eat travel write

Nasi Ambeng


Begitu meriah dan tenangnya berada di Homestay Haji Dorani dengan kawasan sawah padi menghijau yang terbentang luas ditambah dengan angin petang yang begitu mengasyikkan. Homestay Sungai Haji Dorani ini ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan destinasi agro-pelancongan dan eko-pelancongan yang memaparkan kebudayaan, adat resam orang Melayu secara semulajadi dan menggalakkan budaya melancong ke destinasi Balik Kampung.

Penutup dengan penyampai hadiah kepada pemenang Mini Scavenger Hunt untuk beberapa aktiviti yang kami sertai. Perjalanan balik semula ke Kuala Lumpur buat kami terasa teruja kerana salah seorang daripada team projek travel memenangi instagram contest dan acara berkumpulan. Terima Kasih kepada Gaya Travel kerana menjemput untuk jelajah kali ini.

  Eat travel write

Comments (0)