EAT. TRAVEL. WRITE Part 1

Untitled 


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Kali ini ku ke area Negeri Selangor untuk mengikuti program FAM Trip ‘Eat. Travel. Write-Selangor Culinary Adventure bersama dengan Gaya Travel dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

Objektif program ini adalah untuk mempromosikan keistimewaan, keunikan dan keharmonian adat, budaya serta masyarakat di Malaysia melalui acara masakan dan kulinari kepada para pelancong yang dating bercuti di Selangor, khususnya di Kuala Selangor, Sekinchan dan Sabak Bernam.


 FLAG OFF


Eat travel write part 1


Eat travel write


Permulaan aktiviti kami bermula di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dengan ada sedikit sidang akhbar bersama YB Puan Gan Pei Nei, Exco Assistant for Tourism, Environment, Green Technology and Consumer Affairs dan Encik Ahmad Nazmi dari Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN) dan merasmikan Program Eat. Travel. Write – Selangor Culinary Adventure. Pemberian simbolik ‘Apron’ sebagai bermulanya perjalanan kami.



KUALA SELANGOR


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Permulaan kembara kami ke Bukit Malawati yang terletak di Kuala Selangor. Bukit Malawati Kuala Selangor ini merupakan satu kawasan bersejarah dan terpenting di Negeri Selangor kerana ianya kawasan permulaan pemerintahan Raja atau Sultan Selangor terdahulu. Bukit Malawati terdapat pelbagai tarikan seperti Muzium, Rumah Api, Perigi Beracun, Menara Tinjau, Makam Diraja dan lain-lain.



Eat travel write part 1

Bahulu Kemboja

Eat travel write part 1

Makanan Banjar

Eat travel write part 1

Makanan Cina

Eat travel write part 1

Makanan India 

Keistimewaan makanan disini ialah dari segi pelbagai makanan yang boleh dirasa mengikut kaum atau etnik disini. Berkesempatan merasa makanan seperti makanan orang Banjar, makanan orang Jawa, makanan Cina, makanan India dan tidak lupa yang paling sedap dan enak dicuba disini ialah Bahulu Kemboja. Melihat demonstrasi pembuatan bahulu kemboja yang sangat memerlukan kepekaan dan kesabaran dalam pembuatannya. Barulah terasa sedap dan enak dinikmati.




THE KABIN & PERTANDINGAN MEMASAK


Eat travel write


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Malam pertama bermalam di The Kabin yang terletak tidak jauh dari Bandar Kuala Selangor dan betul-betul berdekatan di Pantai Remis. The Kabin boleh memuatkan dalam 78 orang pengunjung dalam satu-satu masa dan amat sesuai bagi mereka yang mahu membuat majlis kenduri kahwin, teambuilding, hari keluarga, events dan sebagainya. Terdapat 18 Kabin yang tersedia disini dengan pelbagai nama dan bentuk bilik mengikut kemahuan anda.



Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Eat travel write part 1


Sudah namanya program Eat. Travel. Write semestinya harus memasak. Demo masak dan pertandingan memasak di The Kabin amat mencabar kerana ada diantara kurang mahir dalam masakan tapi apa salahnya mencuba. Menu dan peralatan masakan sudah berada di mata dan menu yang perlu kami masak ialah ‘ Spicy Pineapple Oyster’. Sedap tak ? tapi sebelum itu harus cari bahan masakan seperti mencari harta karun di sekeliling The Kabin hehe. 

Nantikan sambung Eat. Travel. Write. Bahagian kedua untuk aktiviti kami yang seterusnya.