Followers

Friday, September 18, 2015

Beramah Mesra Bersama Duta Ephyra

Ephyra Event 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur, 12 September 2015. Ku berpeluang ke Pejabat Utama atau Headquaters Ephyra yang terletak di Platinum Walk Setapak betul-betul bersebelahan dengan KL Festival City. Alhamdulillah dekat dan tidak beberapa jauh dari rumah. Objektif utama kami kesini adalah untuk mengenali lebih dekat dan beramah mesra dengan Duta Ephyra Memey Suhaiza dan Norman Hakim serta tidak lupa juga pengasas Ephyra Puan Amiza Amiruddin.

Boleh dikatakan pada hari tersebut merupakan hari Ephyra Bersama Blogger. Ku pun pernah dengan dan melihat tentang Ephyra ini, selalu nampak blogger lain memuat naik gambar tentang kebaikkan Ephyra dan yang lebih menarik lagi BillBoard tepi highway nampak muka Memey Suhaiza bersama Ephyra. Ku pun tertanya-tanya dan Alhamdulillah terjawab juga persoalan apabila dijemput untuk mengenali dan beramah mesra bersama blogger dan keluarga Ephyra ini. 

Kalau kalian juga tertanya-tanya tentang Ephyra ini , ku serta serba sedikit latar belakang Ephyra. Oceanlife Marketing Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar produk kesihata dan kecantian telah mula bertapak dalam industri perniagaan sejak tiga tahun yang lalu. Untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi jenama produk di bawah label"Ephyra", Oceanlife Marketing Sdn Bhd mengaplikasikan media sosial dalam strategi pemasaran. 

Oh mestilah kalau untuk membuat strategi pemasaran dari media sosial blogger akan menjadi pilihan karena penulisan dan pandangan dari seorang amat penting dalam meluaskan pemasaran produk Ephyra itu sendiri kepada masyarakat. Sebab memang betul Ephyra adalah produk yang senantiasa menjadi buah mulut dan mendapat perhatian. Ephyra adalah cetusan dari dua beradik yang sangat berdedikasi iaitu Puan Amiza Amiruddin dan En. Zafry Idzwan Amiruddin yang merupakan teraju utama syarikat. 


Ephyra Event

Perkongsian dari pada CEO/Pengasas Ephyra Puan Amiza Amiruddin


Ephyra Event

Duta Ephyra Memey Suhaiza & Norman Hakim


Di dalam hari beramah mesra tersebut sempat Puan Amiza Amiruddin serta Duta Rasmi Produk Ephyra Memey Suhaiza dan Norman Hakim menceritakan sedikit sebanyak latar belakang daripada terbitnya produk Ephyra dan testimoni penggunaan produk tersebut itu sendiri. Ku sendiri apabila mendengar mereka bercerita terasa sungguh teruja untuk menggunakan produk Ephyra ini. Almaklumlah, selama ini rasa teringin itu ada tapi belum kesampaian lagi. Tapi Alhamdulillah ku dapat merasa sendiri hehe

Bagi yang tidak beberapa tahu apa produk dari Ephyra keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Antara produk utama keluaran Ephyra ialah Minuman tambahan Ephyra yang diformulasikan melalui teknologi dari Perancis dan menggabungkan Kolagen ikan laut dalam sebagai formula utama bersama dengan ramuan bahan semula jadi yang lain seperti Acai Berry, Acacia Gum, Salmon Ovary Peptide, Asthaxanthin, Tomato Powder, Acerolla Cherry, Marigold Flower Extract dan Superberry. Kesemua bahan ini terbukti secara klinikal mampu memberikan impak maksimum dalam mengekalkan kejelitaan secara semulajadi. 


Ephyra Event


Ephyra Event


Disamping mencerah, dan memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat jerawat dan pigmentasi. Minuman ini juga memberi khasiat yang besar untuk kesihatan seperti anti penuaan, anti bakteria, anti kanser dan menguatkan sistem anti-oksida badan kita yang melindungi sel-sel daripada radikal. Puan Amiza sendiri mengajar kami demo untuk membancuh minuman tambahan Ephyra ini. Memang rasanya sedap dan hanya perlu minum dua kali sehari. Sewaktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. 




Ephyra Event

Ephyra Skin Bar

Itu baru satu hehe, selain minuman tambahan Ephyra, Oceanlife Marketing Sdn Bhd juga melancarkan tiga lagi produk terbaru iaitu Ephyra Skin Bar, Inteemor dan M2Flex. Produk kecantikan muka dan badan Ephyra Skin Bar yang diformulasi 100% dari bahan asli semulajadi. Dapat memberikan kebaikan untuk merawat kulit berjerawat dan menghilangkan parut jerawat serta jeragat. Dengan menggunakan Ephyra Skin Bar, kulit bukan sekadar lembut malah lebih anjal dan tegang bebas dari kotoran dan minyak. Ku sendiri telah mencubanya. 



Ephyra Event

Inteemor

Inteemor pula adalah minuman jus premium wanitan yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semualajadi yang terbukti berkualiti dari zaman - berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikkan, kesuburan dan kesihatan wanita persis gadis sunti. 



Ephyra Event

M2Flex

M2Flex adalah minuman kesihatan tambahan yang dirumuskan khas untuk lelaki. M2Flex dapat mengaktifkan otak dan otot serta sesuai diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti gym. Selain dapat menambahkan prestasi tenaga dan mental, minuman M2Flex ini dapat membina otot, membuang lemak dan meningkatkan komposisi badan kepada bentuk yang diidamkan setiap lelaki. Hmm ini sangat bagus untuk ku yang selalu ke Gym selepas waktu kerja hehe. 

Okay baiklah, kalian sendiri telah membaca beberapa fakta yang menarik tentang Ephyra ini dan ku sendiri telah mencuba karena rangkaian produk Ephyra ini adalah sangat sesuai digunakan oleh seisi keluarga. Harganya berpatutan serendah dari RM39 sehingga RM 197 dan dipasarkan di lebih 500 stokis seluruh Malaysia, Singapuran dan Brunei. Untuk maklumat lanjut atau membeli atas talian boleh terjah ke website http://www.oceanlife2u.com atau FB https://www.facebook.com/oceanlife2u


Ephyra Event


Ephyra Event


Ephyra Event

Comments (0)