Followers

GOPR1526

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur, 30 Julai 2015. Berkesempatan ke Royal Selangor Club untuk majlis pelancaran saluran WWE Network, SETANTA Sports HD dan Cricket HD di Astro dalam usaha membawakan liputan tanpa henti kepada peminat sukan di Malaysia. WWE Network dan SETANTA Sports HD sudah boleh dilanggan manakala Astro Cricket HD akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2015 ini. WWE Network boleh didapati dalam format SD (CH820) dan HD (CH840) pada hanya RM10.60 sebulan bagi pelanggan Pek Astro Sports.

Ia juga boleh dinikmati pelanggan NJOI pada harga RM15.90 untuk akses selama 3 hari dan RM31.80 untuk akses selama 30 hari. WWE Network menawarkan kesemua 12 acara bulanan khas WWE seperti BattleGround, SummerSlam, Survivor Series dan sebagainya dan sebagainya SECARA Langsung tanpa caj tambahan serta akses 24/7 untuk rancangan yang memaparkan tayangan perdana siri asal, perlawanan klasik, dokumentari, rancangan realiti, liputan eksklusif acara-acara khas dan kandungan video one demand setiap bulan, termasuk acara2 bulanan khas WWE yang lepas.


Astro


SETANTA Sports HD (CH 839) yang juga berharga RM 10.60 sebulan menyajikan barisan rancangan perlawanan ragbi terbaik dalam saluran berdefinasi tinggi. Para peminat ragbi boleh menikmati perlawanan ragbi bertaraf dunia seperti RBS 6 Nations, Rugby Championship, British & Irish Lions Australia Tour, Super Rugby, NRL dan pelbagai lagi perlawanan dan rancangan menarik.

Bukan setakat itu, adalah lagi Astro menawarkan seperti Cricket HD (Ch 838) yang boleh didapati dengan harga RM26.50 sebulan akan membawakan perlawanan kriket terbaik daripada seluruh dunia dalam saluran berdefinasi tinggi, termasuk liputan ke atas perlawanan-perlawanan kriket utama seperti ICC World T20, ICC Champions Trophy, ICC Women's World Cup, ICC World Cricket, dan League Championship. 

Lee Choong Khay, Ketua Bahagian Sukan Astro berkata" Buat kali pertamanya, para peminat WWE, rafbi dan kriket akan dapat menonton rancangan sukan kegemaran mereka dalam saluran berdefinisi tinggi yang bukan sahaja menawarkan perlawanan-perlawanan terbaik secara langsung malahan berita terkini dan rancangan asal pada kadar yang berpatutann. Maklum balas awal daripada komuniti peminat WWE, ragbi dan Kriket di Malaysia amat positif. Oleh itu, kami terus berusaha untuk menarik lagi ramai peminat bagi saluran-saluran ini."


GOPR1533 


Astro


Dengan pelancaran saluran sukan terbaru ini, Astro kini mempunyai 14 saluran sukan yang memberi liputan hebat sukan-sukan seperti bila sepak, tenis, badminton, hoki, sukan pemotoran, golf, ragbi, kriket,WWE dan banyak lagi. Kesemua saluran sukan tersebut juga boleh didapati pada platform Astro on the GO bagi membolehkan peminat sukan tempatan menonton rancangan sukan kegemaran mereka pada bila-bila masa. 

Dato Wira Amiruddin Embi, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia berkata, "SETANTA Sports HD akan memberikan peminat akses tanpa had kepada perlawanan ragbi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu yang akan dapat membantu dalam mendidik dan mempromosi sukan ini. Bukan itu sahaja, saluran ini juga diharap dapat mencetuskan minat dalam kalangan mereka yang berpotensi seterusnya memberi pendedahan kepada mereka yang berminat terhadap sukan ini kepada acara ragbi berprestij setiap hari. 

Mahinda Vallipura, Presiden Persatuan Kriket Malaysia berkata,"Kehadiran saluran kriket 24 jam di Malaysia ini akan mengorak langkah yang penting dalam pembangunan sukan kriket di Malaysia. Persatuan Kriket di Malaysia menyokong penuh usaha ini dan komited untuk bekerjasama dengan Astro dalam memupuk minat masyarakat terhadap sukan ini, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Astro atas visi mereka untuk membangunkan sukan di negara ini"



Astro


GOPR1536 


Astro


Bersempena pelancaran saluran sukan yang terbaru, Astro memperkenalkan pakej Sports Focus, yang merangkumi saluran SETANTA Sports HD, Cricket HD dan Golf HD pada harga istimewa sebanyak RM 37.10 sebulan. Sports Focus hanya boleh dinikmati oleh Pelanggan Pek Astro sahaja. Terima kasih atas jemputan. Kebetulan masa tu tengah puasa, rezeki dapat berbuka dengan menu buffet di Royal Selangor Club.Alhamdulillah hihi.

Comments (0)