Resort Seafood Restoran di Genting Highlands

GOPR1657 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berbalik kepada entry yang lepas, selepas aje kami menonton show Superstars of Magic 4 di Genting International Showroom. Masa yang dinantikan ialah makam malam. Kami di bawa ke sebuah Restoran Seafood yang terletak di Level 1 Resort Hotel yang beroperasi setiap hari dari pukul 12.00p, hingga 2.45pm untuk waktu makan tengah hari dan 6.00pm hingga 10.00pm untuk makan malam. Restoran Seafood ini boleh memuatkan seramai 256 orang.

Kalian boleh menikmati keseronokkan yang menyegarkan daripada membuat sendiri masakan yang anda inginkan di restoran Resort Seafood bersama rakan dan keluarga. Rasai pengalaman di Restoran Seafood yang luas, relaxing, masak bersama dengan yang tersayang sama ada cepat mahupun lambat. Penyediaan hotpot di atas meja ikut suka anda sendiri untuk memasak bagaimana di atas Genting Highlands ini.


GOPR1660


Okay baiklah, sebagaimana pengalaman ku sendiri memasak di Restoran Seafood ini dengan penyediaan pelbagai makanan Seafood yang boleh di masak adalah sangat menyeronokkan dan menyelerakan terutama bersama kawan-kawan yang lain. Mesti ade sahaja menu steamboat yang mereka pilih untuk dimakan. Ku join saja ikut mereka. Semuanya sedap-sedap belaka. Sup steamboat dengan pelbagai pilihan, tapi semestinya memilih yang halal untuk di makan. Terima kasih kepada Chef Lai Kok Yeow dan team beliau.

Sebanyak lebih kurang 20 jenis sos yang segar disediakan setiap hari. Daripada sos tiram, chili hijau, sos bbq, sos chili dan sebagainya mengikut kesedapan rasa lidah anda sendiri untuk rasa sos itu lebih 'Kick' lagi hehe. Tatkala kalian tidak boleh mengelak dari godaan makanan steamboat seperti daging, makanan laut, sayur-sayuran, cendawan, beberapa fish ball dan fish cake, lamb ribs,ikan dan mee yang di masukkan di dalam periuk steamboat. Ummph sedap.


GOPR1663


GOPR1662


GOPR1661


GOPR1664


Resort Seafood menu ditawarkan dari harga RM108 hingga RM638 nett antara 2 hingga 8 orang antara ahli atau bukan ahli. Kalau mahu ala carte pun boleh dan harganya oleh setiap item yang di minta. Selain itu, untuk membuat casual fine dining occasion di Resort Seafood pun boleh. Untuk sebarang pertanyaan boleh terus call di talian 03-61011118.

Steamboat adalah tempat semua tentang meneroka masak dalaman anda dan membiarkan persahabatan berkembang. Tidak ada tempat yang lebih baik untuk melakukan kedua-duanya hanya di Resort Seafood Genting Highlands.

No comments: