Pelancaran Website Travel Baru selamatbercuti.com

Selamat bercuti 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2015. ku berpeluang ke rumah terbuka SelamatBercuti.com di Stesen Bersepadu Selatan Kuala Lumpur. selamatbercuti.com baru baru ini telah melancarkan laman web terbaru mereka di alamat yang juga digunakan untuk jenama pakej percutian mereka iaitu selamatbercuti.com. Laman web terbaru ini kini lebih mesra pengguna dan komprehensif dengan pelbagai pakej menarik.

Menawarkan pelbagai pakej pelepasan harian, mingguan, dan bulanan pada harga yang sangat berpatutan ke destinasi destinasi yang menarik. Antara destinasi pilihan ialah seperti pakej ke Eropah (4 Negara dan 6 Negara), Turki, Korea Selatan (27 Tarikh untuk Musim Sejuk 2015), Indonesia, Vietnam, China, Australia dan banyak lagi.

Selain daripada itu, pakej tour sahaja (tanpa tiket penerbangan) juga merupakan kekuatan selamatbercuti.com. Menampilkan lebih daripada 250 pakej untuk kumpulan kecil dan besar, ianya sesuai untuk pelbagai jenis percutian bersama kawan dan keluarga, mengikut bilangan hari & destinasi percutian.

Semua pakej yang ditawarkan oleh selamatbercuti.com adalah pakej Muslim, dengan makanan halal disediakan sepanjang tempoh melancong. Mereka turut menawarkan peluang untuk sesiapa yang passionate tentang travel untuk menjadi sebahagian dari mereka dengan menyertai


Selamat bercuti


Selamat bercuti


Selamat bercuti 


Program Freelance Agent yang ditawarkan. Anda akan diberikan komisyen yang lumayan untuk setiap tetamu yang memilih selamatbercuti.com untuk mengatur perjalanan mereka. Sebagai contoh, freelance agent secara purata dapat mencari 15-20 peserta sebulan dan memberi pendapatan sampingan di antara RM750-RM1000 sebulan.

Untuk tempoh terhad sahaja, selamatbercuti.com juga mengadakan peraduan cabutan bertuah dia website. Anda hanya perlu tinggalkan nama, email dan nombor telefon di laman web dan anda berpeluang memenangi tiket penerbangan ke destinasi terpilih. Jom ramai-ramai terjah laman web selamatbercuti.com