Followers

Sunday, August 2, 2015

Passport ASEAN oleh Gaya Travel & RTM

IMG_4094

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Shah Alam, 28 Julai 2015, ku berkesempatan ke Open House Gaya Travel  yang diadakan di Ruang Shah Alam. Di kesempatan itu, Gaya Travel Nusantara atau lebih dikenali dengan sebagai Gaya Travel melancarkan program televisyen terbaru yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk 'Pasport ASEAN'. Usaha ini merupakan perkongsian pintar  antara Gaya Travel dan RTM selaku penyiar rasional, berserta AirAsia selaku syarikat penerbangan rasmi program tersebut. 

Selari dengan perlantikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2015, 'Passport ASEAN' membawa para penonton Malaysia bersama-sama menjelajah destinasi-destinasi tertentu sekitar ASEAN melalui 13 episode. Program ini telah pun ditayangkan di TV1 RTM setiap Ahad pada jam 9:30pm, bermula 27hb Julai lalu meliputi topik-topik berkenaan tarikan-tarikan pelancongan, budaya komuniti-komuniti ASEAN dan tempat-tempat penginapan di destinasi-destinasi tersebut. 

GOPR1493


IMG_4085 


GOPR1491


Hasrat pembikinan program ini adalah untuk mengembangkan minat masyarakat umum untuk melancong dalam rantau ASEAN sendiri serta menerima ASEAN sebagai satu pasaran besar tanpa batasan. 

Juhan Kamaruddin, Editor majalah Gaya Travel Magazine berkata : "Gaya Travel sering mencari pelbagai cara untuk meluaskan lagi capaian kami. Usahasama dengan RTM dan krew Pasport ASEAN memberikan pengalaman berharga dalam bekerjasama, membangunkan dan seterusnya menyiarkan kandungan video ke paparan skrin lantas melengkapkan platform Gaya Travel yang lain seperti percetakan dan dalam talian (online). Sebagai media pelancongan, kami lihat usaha ini sebagai langkah semulajadi bagi meneroka peluang-peluang baru untuk mencapai lebih ramai penonton."

Radzi Ruslan, Penerbit TV Pasport ASEAN menambah: "Tujuan 'Pasport ASEAN' adalah untuk memberikan informasi terkini tentang pengembaraan dalam rantau ini serta keunikan destinasi-destinasi terpilih daripada segi sosio-budaya dan ekonomi. Pelancaran 'Pasport ASEAN' ini juga adalah bersesuaian dengan perlantikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai Sekretariat ASEAN. Selain mempromosi destinasi-destinasi ASEAN, program televisyen ini juga akan berkongsi dengan para penonton tentang perkara-perkara yang sudahpun dicapai oleh pihak ASEAN. 


IMG_4087


IMG_4089


IMG_4091


IMG_4098


IMG_4113


Sempena Aidilfitri, pelancaran program 'Pasport ASEAN' turut diikuti oleh majlis 'Raya with Friends' kelolaan Gaya Travel, dihadiri lebih 250 para tetamu merangkumi wakil media, personaliti berpengaruh, pegawai kerajaan dan pemain industri pelancongan. Open House Gaya Travel yang sungguh meriah dengan pelbagai aktiviti dilakukan serta hadiah-hadiah cabutan bertuah yang sangat awesome ! Selamat Ulang Tahun yang ke 10 Gaya Travel, Terima Kasih Gaya Travel. Ruang event space Shah Alam awesome ! Garage51 by Coffe Societe sedap !

IMG_4114

Comments (0)