Followers

Friday, August 21, 2015

Keenakan Susu Kambing Segara Baraka

Baraka 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2015, Sabtu yang lalu ku berpeluang ke sesi perkongsian produk Susu Kambing Segera Baraka terletak di tempat santai Plaza Damas, Sri Hartamasa. Alhamdulillah dengan cuaca berangin dan mendung lagi membangkit suasana sejuk karena tidak terlalu panas boleh meneruskan program dengan jayanya hehe. Sebelum ke sana ku sendiri telah membuat ulang kaji sedikit tentang produk yang bakal diperkenalkan kepada kami dan merasainya sendiri rasa Susu Kambing Baraka ini. 

Okay baiklah, ku sendiri sebenarnya dibesarkan dari lahir dengan minum susu kambing, almaklumlah anak sulung dan pada masa itu Bonda muda dan tiada susu badan lagi. Semua sedia maklum bahawa susu kambing amat berkhasiat dan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Sememangnya susu kambing menawarkan jumlah kalsium yang tinggi dari susu biasa. Dengan pengambilan susu kambing yang teratur, akan dapat membantu mencegah kereputan tulang (osteoporosis), dapat membekalkan tahap tinggi protein dan asid amino dalam badan.


IMG_7357


Susu kambing adalah susu kurang lemak dan secara tidak lansung ianya akan dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengurangkan rasa lapar. Susu kambing mempunyai komponen molekul paling dekat dengan susu ibu dan ianya akan lebih mudah dicerna dan diserap di dalam badan manusia berbanding susu lembu. Okay patutlah Ayahanda belikan susu kambing untuk ku masa baby-baby dulu hehe.

Tapi persepsi orang diluar sana tentang susu kambing ialah ada sedikit bauan hamis. Ku sendiri tidak tahan dengan bauan kambing sehinggakan daging kambing yang special dipanggang pun ku tidak lalu nak makan hingga habis disebabkan bau kambing tak mandi ni haha. Hasil dari pemerhatian dan pengalaman dalam pembekalan barangan kesihatan, kelengkapan perubatan dan penyelidikan kepada hospital di seluruh negara telah mendorong Mozac Medicare Sdn. Bhd. untuk mengeluarkan produk berasaskan susu kambing dibawah penjenamaan BARAKA.


IMG_7371 (1)


IMG_7376


Kalau untuk pengetahuan kalian, Susu Kambing Baraka telah berada di pasaran sejak setahun yang lalu. Terdapat dalam bungkusan pek percubaan dan pek 650g. Ku sendiri mencuba beberapa pek Susu Kambing Segera ini, antaranya menjadi kegemaran ialah Susu Kambing Segera dengan Kolagen dan perisa coklat. Sedap, enak dan tiada bau hamis. Lagi-lagi apabila diberi sekali shaker dan kemudiannya letak dalam peti sejuk beberapa minit. Mesti sedap dapat minum susu kambing yang telah di shake dan dminum sejuk. Okay nak cuba buat kejap lagi hehe.

Bagi memberi rasa yang lebih enak dan mudah diminum oleh semua, Susu Kambing Baraka menyediakan perisa asli, Strawberi dan juga coklat. Susu kambing ini sesuai diminum oleh semua lapisan, dari peringkat kanak-kanak 2 tahun keatas, dewasa dan juga oleh orang-orang tua. Terdapat juga Susu kambing Baraka dengan campuran kolagen dapat membantu mengekalkan kecantikan semulajadi bagi keanjalan dan pertumbuhan kulit baru kulit secara semulajadi.


Baraka 


Baraka


Baraka


Ku rasa mesti ramai yang tertarik dengan produk Kolagen. Almaklumlah semua nak nampak muda dan cantik kan ? Kolagen secara amnya dapat memperlahankan proses penuaan dan menambah ketegangan pada kulit. Minuman strawberi dengan kolagen (Baraka Beauty Drink) pula di formulasikan bagi mereka yang sentiasa ingin kelihatan anggun, menawan luaran dan dalaman. Produk ini adalah pilihan yang terbaik bagi yang mahu mengurangkan berat badan kerana dengan pengambilan secara tidak lansung produk ini akan dapat membantu mengurangkan rasa lapar.

So jangan pandang rendah tentang kebaikkan susu kambing ini okay. Susu kambing secara tradisinya telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk menyuburkan dan menjana sistem saraf. Susu Kambing juga sangat padat dengan khasiat semulajadi kerana mempunyai mineral penting, vitamin B12, protein dan kalium dalam mengekalkan sistem pertahanan badan yang kuat dan berfungsi dengan betul.

Semua produk keluaran MOZAC Medicare Sdn. Bhd. adalah HALAL dan diperakui oleh Jakim. Semua produk keluaran syarikat juga telah disahkan oleh MeSTi dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan harga dari RM24.00 hingga RM30.00 bagi setiap pek percubaan yang mana pembelian hanya di atas talian sahaja manakala pek 650g dari harga RM55.00 hingga RM76.00 boleh dibeli di seluruh rangkaian pasaraya Giant, Cold Storage dan juga Mercanto diseluruh Semenanjung Malaysia, pasti Susu Kambing Baraka akan menjadi kegemaran bagi seisi keluarga anda

Facebook : http://www.facebook.com/barakashoppe
Instagram : @barakashoppe

  IMG_7415

Comments (1)

On August 21, 2015 at 10:52 PM , Uncle Zuan said... [Reply to comment]

patut la lagi besar dari aku. hai abang hehehe