Followers

GOPR1112 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau kalian masih ingat lagi ku pernah post entry fasal Serai Wangi yang dapat menghalau serangga-serangga perosak yang ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Setelah hampir sebulan ku menggunakan produk AFY Haniff Serai Wangi ini, sedikit sebanyak ku ingin menceritakan pelbagai pengalaman setelah menggunakan produk Serai Wangi ini. Masalah utama yang sering dihadapi ialah serangga perosak di dalam rumah. Almaklumlah kita pun mahu tinggal selesa dekat rumah kan ?



Afy Haniff Serai Wangi


Okay baiklah, produk yang pertama ku guna ialah Herbal Crockroaches Repellant yang berwarna merah mempunyai 6 biji. Ku menggunakannya di letakkan di belakang bonet kereta, karena situ mungki tempat lipas suka berkeliaran. Almaklumlah masa haritu gotong-royong angkut baju recycle dan tak perasan mungkin ada lipas yang mengikut dan membiak dalam kereta haha. Mestilah tidak selesa dengan kehadiran serangga perosak ini. 

Apabila letak sahaja salah satu biji Herbal Croackroaches Repellant ini secara naturalnya satu kereta kalian akan berbau harum Serai Wangi tapi takde lah kuat sangat baunya. Tapi yang paling ketara ialah kalian akan dapat lipas-lipas kecil akan berkeliaran keluar dari dashboard, ruang-ruang kecil kereta. Ini karena serangga perosak seperti lipas ini tidak tahan bau serai wangi dan ingin pergi jauh dari bauan ini. Dari situ dapat menghalau serangga perosak dan kereta kembali bersih tanpa hidupan lipas-lipas hehe. 


GOPR0981


Produk yang kedua pula ialah Pelita oleh Afy Haniff Serai Wangi yang hanya memerlukan bekas kaca ataupun apa2 bekas untuk letak air. Kemudian letakkan minyak pelita ini, jangan risau karena ianya disertakan sekali sumbu gabus terapung untuk menyalakan api. Ku menyalakan api yang telah diletakkan minyak pelita serai wangi ini hampir setiap malam diruang mana terdapat banyak serangga perosak seperti lipas selalu berkeliaran. 

Alhamdulillah dengan hampir penggunaan setiap hari dapat mengurangkan lipas yang berkeliaran di dalam rumah terutamanya di bahagian dapur yang selalu merosakkan makanan-makanan. Selalu apabila buka aje lampur dapat nampak begitu banyak lipas lari berkeliaran masuk untuk menyorok di celah-celah. Kali ini minta maaf la ye lipas tak dapat diselamatkan. Selamat tinggal serangga perosak terutamanya lipas.



Afy Haniff Serai Wangi


Produk seterusnya ialah Pewangi Serai Wangi yang boleh digantung di mana sahaja. Kali ini ku memilih pewangi serai wangi untuk digantung di dalam bilikku sendiri. Almaklumalh bilik ku ni selalu menjadi serangan nyamuk-nyamuk. Ini karena ku tinggal di kawasan yang banyak juga pokok-pokok tinggi menimbun di kawasan apartment 5 tingkat. Ku tinggal di tingkat 3, di bilik ku sahaja pokok sudah tinggi tumbuh di berhampiran tingkap di bilik ku. Dari situ ku rasa nyamuk boleh naik sehingga masuk dalam bilik dan rumah.

Almaklumlah rumah apabila malam menjelma akan menjadi sangat panas, mestilah nak buka tingkap bagi malam sejuk masuk dan dari situlah nyamuk masuk. Bermalam lah ku dengan nyamuk haha. Itulah sebabnya ku gantung betul2x di tepi tingkap di mana tempat masukknya nyamuk. Ternyata seekor nyamuk pun tak berani masuk dan gigit. Sekarang ini perlu berjaga-jaga dengan demam denggi yang sangat berleluasa sekarang.



Afy Haniff Serai Wangi


Herbal Rats Repellant ini memang perlu ada di setiap rumah untuk menghalau tikus-tikus yang setiap malam akan "bekerja" mengigit barang-barang dan makanan-makanan yang ada dirumah anda. Kadang kala tikus ini juga membawa penyakit merbahaya dan haruslah kita mengelakkan dari perkara-perkara yang tak diingini terjadi. Cukup mudah hanya letak satu atau dua biji herbal rats repellant ini mengikut kebesaran kawasan rumah anda dan dapat menghalau tikus dari datang dan membiak.



Afy Haniff Serai Wangi


Afy Haniff Serai Wangi


Produk yang terakhir ku guna dan mempunyai persamaan ialah Sprayer Serai Wangi dan Pekatan Herba Serai Wangi yang digunakan untuk membersihkan lantai, cermin tingkap  dan lain-lain. Tapi yang unikknya produk ini sangat mudah digunakan karena ianya tidak perlu dibilas kembali selepas menggunakannya. Bauan segar dapat mengelakkan dan menghalau serangga perosak daripada hadir di dalam rumah anda.

Kesimpulannya disini ku sangat berpuas hati menggunakan produk Afy Haniff Serai Wangi ini dan ku yakin mesti diantara kalian telah menggunakan produk ini dan tahu sejauh mana keberkesanan serai wangi. Almaklumlah apa yang berkaitan dengan lemongrass atau serai wangi ini pasti akan berkaitan dengan menghalau serangga perosak. Terima Kasih Afy Haniff Serai Wangi. Produk ini boleh didapati di senarai yang tertera di dalam gambar di bawah. 


Untitled

Comments (0)