Beraya bersama Tudia! Char Kuey Teow

GOPR1582 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Walaupun Syawal telah pun meninggalkan kita beberapa hari yang lalu, ku disini tetap juga mahu update story semasa beraya bersama Tudia! Char Kuey Teow yang dianjurkan oleh Hai Blogger. Terima kasih karena memberi peluang dapat bersama Tudia! Char Kuey Teow dan Hai Blogger ini hehe. Rasanya Char Kuey Teow ini menjadi menu kegemaran ramai bukan? Ku sendiri pergi open house yang lain ramai aje yang berbaris demi mendapatkan Char Kuey Teow mereka. Almaklumlah masak depan mata kan. Mestilah sedap di makan panas-panas.

Okay baiklah, menu Char Kuey Teow kali ini lain macam sedikit, bukan sedikit tapi banyak karena belum pernah lagi ku rasa menu Char Kuey Teow yang betul-betul sangat special. Selalunya Char Kuey Teow special hanya tambah udang atau telur mata, tapi kali ada tambahan sedikit iaitu Ketam besar fresh punya ! pertama kali ku merasa Char Kuey Teow yang sangat special ni. Makan dengan Ketam ! hehe


Tudia! Char Kuey Teow


Tudia! Char Kuey Teow ini berlokasi di Putra Height Subang sambil kita beraya bersama hai blogger! dapat la juga beraya bersama dengan blogger-blogger lain kan setelah selalu beraya bersama keluarga dan sanak-saudara. Kalau kalian lihat sendiri gambar Tudia ! Char Kuey Teow bersama ketam mesti sangat terliur ye. Lagi-lagi apabila dimakan masa lepas baru masak panas-panas. Jangan risau Ketam yang dihidangkan ini dah disiap kopek supaya untuk memudahkan makan. Kalau nak sampai menjilat jari pun boleh hehe.

Dengan rasa Char Kuey Teoy yang begitu enak ditambah pula ketam besar lagi menambah selera ku untuk merasa. Dengar kata Owner atau Tuan Rumah rahsia kesedapan Char Kuey Teow ini adalah sos kuah itu sendiri. Makin pekat makin sedap. Almaklumlah orang sekarang nak fikir untung aje dan tidak fikir kesedapan dan kepuasan makanan dengan menjimatkan kos tambah air dalam sos yang makin mencair. Tak sedaplah gitu hehe.


Tudia! Char Kuey Teow


Tudia! Char Kuey Teow


Walaupun suasana hujan renyai-renyai beraya bersama Tudia! Char Kuey Teow dan Hai Blogger. Tidak mematahkan semangat kami untuk sabar menunggu merasa Char Kuew Teow Ketam yang special ini. Selain dengan ketam, tudia! char kuey teoy menyediakan menu lain seperti Char Kuey Teow Sotong, udang dan Char Kuoy Teow goreng ye bagi mereka yang kurang menggemarkan masakan seafood ini.

Ditambah pula dengan kehadiran artis jemputan yang ku kenali ialah Sakura Band yang terkenal dengan lagu baru mereka Melepaskanmu. Memang ku, blogger dan peminat yang hadir menantikan kehadiran Sakura Band ini ke Tudia! Char Kuey Teow Putra Heights Subang. Sakura Band yang ku kenali lebih rapat semasa program ke Taiping. Tidak sombong dan begitu humble melayan telatah kami .


Tudia! Char Kuey Teow


Sakura Band mempersembahkan dua lagu pada masa itu antaranya lagu raya dan lagu popular mereka Melepaskanmu. Walaupun dalam keadaan hujan, Sakura Band tetap perform lagu dengan sempurna. Kami juga turut serta bernyanyi untuk memeriahkan suasana pada hari tersebut. Patutlah hujan lebat ada suara sumbang di situ haha.




Masa kami sedang bergembira beraya bersama Tudia! Char Kuey Teow dan Hai Blogger. Rupanya aktiviti kami dirakam oleh krew Reezqi Cinematography. Jom lihat video hasil shooting kami hehe.
Kalau mahu ke sana, Boleh guna Waze : Petron Putra Height. Alamat : Warong Bahagia Tudia! Char Kuey Teow

2 comments:

Mummy Julia said...

Wahhh sedapnya char kuew teow ketam!

Uncle Zuan said...

tudiaaaa tak ajak