Behind The Scene & Superstars of Magic 4

GOPR1646 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada beberapa minggu yang berkesempatan ke Genting Highland lagi untuk aktiviti Behind The Scene Tour dan Superstars of Magic 4. Behind the scene tour ini adalah salah satu aktiviti memaparkan bagaimana aktiviti operasi hotel yang dilakukan setiap hari untuk keselesaan kalian. Sebelum ini ku pernah menyertai aktiviti Behind The Scene tour ini. Kalian boleh tekan link ini --> Behind The Scene Tour untuk maklumat lebih lanjut. Kadang kala ada juga beberapa aktiviti yang berubah bergantung kepada pihak penganjur. Dapat Sijil Okey hehe


Okay baiklah, berbalik kepada cerita Superstars of Magic 4 ini yang telah bermula di Genting International Showroom dari 10th Julai 2015 sehingga 25th Oktober 2015 setiap hari Isnin hingga Jumaat (8pm) dan Sabtu (4pm & 8pm) serta Ahad (4pm). Superstars of Magic 4 ini merupakan tahun ke - 4 mereka mengadakan show di Genting Highland dengan berlainan magician. 7 ahli magic bertaraf dunia.


IMG_1580


Seperti tema tahun ini Magic of the East Meets West. Kali ini bukan hanya semata-mata magic, adalah juga diselitkan dengan magic dan teknologi. Magician yang pertama ialah Alana Moelmann yang merupakan generasi terbaru dalam bidang magic ini. Alana Moelmann melakukan magic dengan mengeluarkan tangan manusia hidup keluar daripada jaket beliau yang merupakan tangan beliau sendiri sebanyak 6 tangan ! macam mana tu ? 6 tangan keluar sekali hehe


IMG_1567


IMG_1553


Seterusnya ialah Jeff Lee dari Taiwan merupakan pemenang award celebrity yang pernah perform di television dan modern music. Jeff dengan sukacitanya menggembirakan penontonnya dengan cepat mengambil sesuatu daripada tv beliau.



IMG_1667


IMG_1687


Ted Kim dari Korea pula merupakan magician yang menggunakan LED projector teknologi dan mapping teknologi untuk membuat persembahan. Pada mula kalian pasti tidak akan perasan beliau menggunakan apa seperti contoh menukar warna baju dengan masa yang pantas. Beliau banyak menggunakan watak dalam video game music  yang terkenal seperti Super Mario Brothers. Tidak hairan lah Ted merupakan pemenang antara generasi termuda.



IMG_1620


IMG_1618


Rakan senegara Ted Kim iaitu One Gun merupakan magician yang terhangat di Korea. Beliau melakukan magik dengan menggunakan T-shirt. Kalian pasti akan terpukau dengan persembahan One Gun ini karena beliau akan menukar banyak kali pakaian berlainan warna begitu sekelip mata sahaja. Manalah dia dapat baju banyak tu kan ? Itulah namanya magik hihi.



IMG_1656


IMG_1639


IMG_1700


IMG_1591


IMG_1535


Ahli silap mata terkenal dari Amerika Syarikat  Joseph Gabriel dan Jay Mattioli, Joseph Gabriel yang terkenal dengan the Godfather of  Dove Magic. dan Jay Mattioli pula merupakan celebrity magician  dan merupakan finalist dalam rancangan top 10 America's Got Talent. Wow ! dan akhir sekali ialah Shawn Farquhar dari Canada.

Mari ramai-ramai naik ke Genting Highlands untuk menonton Superstars of Magic 4 di Genting International Showroom karena show sebegini tak pernah dipertontonkan lagi di Malaysia ye. Tiket boleh di dapat dari harga RM248 (VIP), RM148 (PS1, RM98 (PS 2) untuk dewasa sementara untuk kanak-kanak pula ialah dari RM98 (VIP), RM68 (PS1) dan RM48 (PS2). dapatkan tiket anda sekarang hehe.

No comments: