Petua Halau Serangga Perosak di Rumah

cockroach_ant 


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setiap kali bangun pagi dengan suasana segar udara, mestilah kita mahu suasana rumah yang tenang, bersih dan cantik. Tapi sebenarnya kita tidak tahu apa yang selama ini ada binatang kecil molek telah menumpang selama boleh di rumah kita hehe. Okay kalau kalian tahu apa yang ku maksudkan itu ialah Serangga Perosak seperti lipas, tikus, nyamuk mahupun semut. Itu semua serangga yang kadang boleh membawa penyakit.

Okay baiklah, ku sendiri menghadapi masalah seperti ini di rumah. Setiap malam aje mesti akan dengar bunyi tikus berkeliaran dan tak lupa juga lipas-lipas yang sangat suka berkeliaran di kawasan dapur setiap malam. Bila ku on aje lampu, berkeliaran lipas-lipas berlari menyorok dari ku. Takut kena sembur mati habis lah tu kan hehe. Dan tidak lupa juga nyamuk memang akan ada setiap malam di rumah ku. 

Ku tinggal di kawasan yang banyak juga pokok-pokok tinggi menimbun di kawasan apartment 5 tingkat. Ku tinggal di tingkat 3, di bilik ku sahaja pokok sudah tinggi tumbuh di berhampiran tingkap di bilik ku. Dari situ ku rasa nyamuk boleh naik sehingga masuk dalam bilik dan rumah. Almaklumlah rumah apabila malam menjelma akan menjadi sangat panas, mestilah nak buka tingkap bagi malam sejuk masuk dan dari situlah nyamuk masuk. Bermalam lah ku dengan nyamuk haha. 

Memang kadang kita akan betul rasa tidak selesa dengan kehadiran serangga perosak ini. Dah bermacam-macam perkara ku fikirkan bagaimana nak menghapuskan serangga perosak rumah ini selamanya. Almaklumlah kita pun mahu hidup aman selesa dan bersih di rumah sendiri kan. Petua orang dahulu untuk menghalau serangga perosak seperti tikus, nyamuk dan lipas ini adalah menggunakan tumbuhan herba serai wangi. 


GOPR1112


Ala serai wangi yang selalu di tanam di kawasan taman perumahan. Dulu masa tinggal dikawasan perumahan teres Ibu selalu tanam pokok serai sampai tumbuh memanjang di laman rumah. Kata Ibu banyak kegunaannya seperti dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala atau dari segi luarannya ianya dapat menghalau serangga perosak seperti tikus, lipas atau nyamuk yang membawa penyakit. Ini karena serangga perosak amat tidak suka bauan serai wangi.

Sekarang dengan zaman moden pelbagai produk Serai Wangi telah dikeluarkan untuk memudahkan kehidupan seharian kita untuk mengatasi masalah serangga perosak dan saya mendapat satu produk yang menjadi tarikan dengan menggunakan produk Afy Haniff. Produk Afy Haniff? nak tahu nantikan entry atau update Facebook dan Instagram tentang Serai Wangi ini. Harap menjadi dan menghalau segala serangga perosak dekat rumah tu supaya aman hehe.

2 comments:

ieza ashaari said...

Za guna juga serai wangi ni. Tapi macam belum cukup berkesan. Geram dengan semut !

Uncle Zuan said...

ok boleh try