First World Hotel miliki Tower Baru

IMG_3624


IMG_3631 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seperti mana yang kita tahu Resort World Genting mempunyai rekod merupakan Hotel terbesar dan terbanyak bilik hotel dan merupakan ranking kedua dunia selepas hotel di MGM Las Vegas. Kali ini tambah lagi satu tower dan merupakan tower yang ketiga di First World Hotel selepas Tower One dan Tower Two, kali ini Tower 2 Annex. Transformasi terbaru ini menawarkan dari penginapan yang selesa sehingga hiburan, makanan dan minuman. 

Perubahan besar kali ini yang dimulaka beberapa tahun dahulu telah dilihat sebagai hasil yang hebat seperti penginapan baru telah dibina dan restoran telah diubahsuai dengan lebih baru yang akan diperkenalkan yang menawarkan pengalaman menjamu selera yang menarik. Almaklumlah tidak lama lagi, kita semua sedang teruja untuk menunggu tibanya Twentieth Century Fox World Theme Park tidak lama lagi. Okay ku pun tidak sabar juga menanti.

Fasa satu untuk mengembangkan lagi bilik penginapan di First World Hotel sebanyak 412 bilik dan bakinya sebanyak 874 bilik disasarkan akan dibuka tidak lama lagi. Jumlah keseluruhan sebanyak 1,286 bilik. Itu baru sahaja tower yang baru dibina, kalau dicampur kesemua hampir 7,351 bilik hotel tersedia dan merupakan hotel yang terbesar di dunia okey. Ku sendiri kagum dengan bilik yang sebanyak itu untuk menampung pelancong yang datang ke Genting Highland.

Apabila tiba di Tower Annex 2A yang hanya bersebelahan dengan Tower 2 & 1 di First World Hotel. Anda akan merasai kelainan di tower yang sebelumnya dan kalian akan berasa kagum dengan suasana kontemporari di lobi, siap dengan 3D Television, chill music dan designer's featured wall. Itu baru lagi, kalau masuk ke dalam lagi terdapat Terminal 2 Cafe yang terletak di lobi tower baru dengan pelbagai menu makanan seperti roti, sup, snacks dan air minuman dari 7:30am hingga tengah malam. Tidak lupa wifi dan 48 waiting seat sebelum makan di cafe.


GOPR0913


GOPR0912


GOPR0911


GOPR0910


GOPR0909


GOPR0908


Di nobatkan sebagai hotel yang terbesar dan terdapat beribu bilik hotel untuk didiami. Resort World Genting mengambil inisiatif untuk mempercepatkan 'Check-In' tanpa perlu beratur di kaunter dengan menyediakan Self Check-in Kiosk. Gabungan Tower 1, Tower 2 dan Tower 2 Annex, ianya menjadi lebih mudah untuk Self Check-in kiosk. Terdapat 29 unit E-Kiosk disediakan antaranya 23 unit di Tower 1 lobby dan 6 lagi unit terletak di Tower 2 Annex lobby. Check-out E-Kiosk juga disediakan untuk menjadi perjalanan anda mudah. Terdapat 15 unit di Tower 1 & 2 dan 4 unit di Tower 2Annex.

Self Check-In sekarang menjadi lebih mudah tanpa perlu pergi ke kaunter. Pengunjung yang telah membuat bayaran awal untuk booking bilik hotel boleh terus ke E-Kiosk dengan menggunakan kad keahlian, mykad ataupun passport.


IMG_3619


Bilik elegent kesederhanaan menyambut kalian  di dalam bilik. Tower Annex terbaru ianya sangat lebih baik dari segi penggunaan ruang berbanding dengan bilik dua tower yang terdahulu di First World Hotel. Bilik yang di reka dengan pelbagai fungsi didatangi ruangan dalam percikan warna meriah bersemangat dan reka bentuk yang sangat unik untuk pengunjung supaya berasa tenang dan dapat berehat di bilik setelah seharian berjalan di Genting Highland.

Frosted lime green glass walls menjadi sebagai divider antara tandas, shower dan sinki dan diantaranya juga lantai kayu bewarna seakan pasir. Bilik terbaru di Tower 2 Annex didatangi dengan dua single bed atau double serta open hanging cupboard yang menyediakan ruangan penyimpanan yang terbaik. Tower 2 Annex keseluruhannya terdapat 1286 bilik yang menawarkan bilik terbaru dan nama baru yang diberi seperti XYZ Deluxe dan XYZ Triple. Saiz bilik-bilik ini ialah diantara 170.70 sq ft.Cuma perbezaannya antara dua bilik ini ialah kemudahan.

Okay baiklah, bilik XYZ Deluxe ialah antara bilik yang ku dapat bermalam semalaman. Bilik XYZ Deluxe menawarkan antara dua katil single dan satu katil queen, manakala XYZ Triple menawarkan bilik satu katil single dan satu katil queen. Bilik XYZ Triple ini sesuai untuk yang sudah berkeluarga ataupun lebih orang mahu menginap. Untuk refreshments, seperti biasa terdapat cerek elektrik dan coffee making facilities di bench atas.


GOPR0904


GOPR0889
XYZ Deluxe Room

GOPR0894 


GOPR0895 


GOPR0890 


GOPR0891 


GOPR0893 


GOPR0932
XYZ Triple Room

GOPR0925 
Superior Deluxe Room

GOPR0916
World Club Room


Antara bilik yang ku kunjungi untuk membuat room inspection ialah Standard, World Club Room, Superior Deluxe, XYZ Deluxe room, dan XYZ Triple room. Okay semua bilik baru-baru dan cantik-cantik belaka. Dan yang paling ku suka ialah, terdapat 32"flat screen television local channels, telefon, peti ais, pengering rambut dan ini yang paling penting ialah international soket. Setiap soket plug di dalam bilik didatangi dengan lubang USB Acces point untuk cas phone anda. Terbaiklah !

Di dalam bilik air pula didatangi dengan 3 in 1 liquid soap, shower cap, sanitary bag dan bar soap. First World Hotel ini merupakan hotel yang paling senang untuk ke Indoor Theme Park, Genting International Convention Centre, Horizon 50, Arena of Stars dan yang akan dibuka tidak lama lagi ialah Sky Avenue Mall dan Century Fox World Theme Park yang akan dibuka pada tahun 2016 nanti. Okay ku tidak sabar menanti pembukaan theme park baru ini.

Terima Kasih kepada Resort World Genting kerana menjemput ku untuk room reviem di tower baru Tower 2 Annex. Harga untuk bilik di First World Hotel ini dari RM 183 semalam sehingga RM 734. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com



1 comment:

aneff.marhfiz said...

untunglaaaaa travel blogger untunglaaaa untunglaaaaaaaa nnt kahwin dpt sponsor :P