AirAsia X Meluaskan Rangkaian Penerbangan Terus dari Kuala Lumpur ke Sapporo


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2015. Ku berkesempatan ke Press Conference AirAsia X untuk pengumuman laluan penerbangan terbaru oleh AirAsia X. AirAsia X peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh telah mengumumkan akan memulakan penerbangan terus 4x seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo bermula 1 Oktober 2015. Bersempena dengan ini, AirAsia X menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM99* sehala bagi tempat duduk ekonomi atau RM999* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed.

Promosi ini boleh didapati untuk tempahan melalui laman web bermula dari semalam sehingga 2 Ogos 2015 dan bagi tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Ogos 2016. Kesemua tambang promosi ini boleh ditempah menerusi laman web di airasia.com atau aplikasi AirAsia bagi iPhone dan peranti Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com. Okay memang tidak sabar untuk menempah melihat harga2 yang ditawarkan hehe.

IMG_4075


GOPR1470


Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Benyamin Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata"Kami amat teruja untuk mengembangkan rangkaian kami di Jepun dengan penerbangan terus ke Sapporo, Hokkaido ini ! Kami berbesar hati melihat rangkaian kami berkembang dengan kukuh kerana AirAsia X adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi penerbangan terus berjadual dari Kuala Lumpur ke destinasi bertaraf dunia ini!"

"AirAsia X telah membawa lebih dari 1.5 juta tetamu antara Jepun dan Malaysia. Kami yakin laluan ini akan lebih menarik lebih ramai pelancong Jepun dari Sapporo yang berminat untuk menerokai bandar-bandar dirantau ini. Laluan terus ini akan menarik minat mereka untuk mengunjungi Malaysia dan seterusnya menyambung ke pelbagai destinasi ASEAN dan lebih jauh lagi." tambah beliau. 

Okay ini suatu perkara yang menarik untuk lebih mengenali AirAsia X. Selain itu, tetamu juga boleh menikmati pilihan servis penerbangan sambungan (Fly-Thru) untuk menyambung penerbangan melalui mana-mana hab transit Kumpulan AirAsia dengan bagasi berdaftar masuk terus ke destinasi akhir tanpa perlu melalui imigresen di hab transit. Dengan pilihan perkhidmatan ini, perjalanan akan lebih lancar di antara semua Bandar-Bandar Asia dan Australia, seperti Indonesia, Singapura, dan Australia ke Sapporo melalui Kuala Lumpur, mendekatkan Bandar indah di Utara Jepun ini. 

Tidak lupa juga kepada Ahli AirAsia BIG boleh menebus penerbangan promosi dari 6,300 mata BIG dan mengumpul mata BIG dari tempahan penerbangan. Selain itu, AirAsiaGO juga menawarkan promosi hotel dari serendah RM1,019. Untuk maklumat lanjut sila layari airasiabig.com dan airasiagi.com

Sedikit sebanyak mengenai Sapporo Hokkaido ini, Sapporo mempunyai penduduk seramai 1.9 juta dan merupakan salah satu tempat yang terbaik di Jepun untuk dilawati sepanjang tahun yang terkenal dengan makanan laut yang segar, salji putih, dunia seni tempatan, kilang alkohol dan banyak lagi. Antara lima tempat utama yang mesti dikunjungi untuk mengalami Sapporo adalah termasuk Koyo atau menyaksikan warna-warni musim luruh semasa bulan Oktober, terutamanya di pergunungan Taman Negara Daisetsuzan, yang merupakan tempat terbaik bagi menikmati keindahan warna-warni musim luruh.

GOPR1476 


GOPR1475


Selain itu, bulan yang menarik untuk dikunjungi adalah pada musim sejuk, Festival Salji Sapporo yang terkenal dan meluncur ski di pusat peranginan bertaraf dunia Hokkaido. Pada musim panas pula, menikmati keindahan romantis bunga-bunga di taman bungan Furano-Beiei dimana Hokkaido penuh warna-warni dngan pelbagai jenis bunga mekar. Festival Lilac dan Yosakoi Soran di Odari Park merupakan tempat bagi pelancong menikmati festival music, majlis meminum teh di luar dan aktiviti mengumpul setem. 

Bagi menyediakan perkhidamatan yang lebih baik, AirAsia telah melaksanakan Kaunter Laluan Pantas untuk Premium Flatbed dan Premium Flex di mana mereka boleh membuat pemeriksaan imigresen di Kaunter Laluan Pantas di lapangan terbang KLIA2 semasa ketibaan dan pelepasan. Tidak perlu berbaris panjang dan nikmati perjalanan lancar terus ke pintu pelepasan. Terus mengikuti perkembangan promosi terkini AirAsia dan aktiviti lain melalui Twitter dan Facebook AirAsia. 


IMG_4080


Alhamdulillah nak dikatakan rezeki pada Sidang Media semalam, ku salah seorang bertuah memenangi cabutan bertuah tiket ke Sapporo Hokkaido. Alhamdulillah rezeki nak kahwin katanya. Baru sahaja terfikir ke mana mahu berbulan madu selepas kahwin. Terima Kasih AirAsia dan AirAsiaX. 

Jadual penerbangan bagi Kuala Lumpur Malaysia (KUL)- Sapporo-Chin Chitose, Japan (CTS)

(KUL-CTS) (D7 550) ( Berlepas 11.35pm) (Ketibaan 8.10am) (Kekerapan: Selasa, Sabtu, Khamis & Ahad)

(CTS-KUL) (D7 551) (Berlepas 9.20am) (Ketibaan 5.00pm) (Kekerapan: Isnin, Selasa, Jumaat & Ahad)

2 comments:

Mawardi Yunus said...

tahniah chuolls, happy oneymoon

Nur iela said...

wah..menariknya..gudluck eazy =)