Suasana Berbuka Romantik di Asmara Penchala

GOPR0788 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali ini ku ingin berkongso satu tempat berbuka puasa yang sangat indah, tenang dan romantiknya. Rasanya ramai yang tahu nama tempat ini sebelumnya Bora Asmara, nama terbaru sekarang ialah Asmara Penchala by Felda D'Saji. Felda D'Saji? Asmara Penchala kini diuruskan oleh Felda D'Saji mungkin ramai yang biasa makan-makanan D'Saji yang enak terutamanya D'Saji di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Kini boleh di dapati di Asmara Penchala Sungai Penchala. 

Lokasi Asmara Penchala ini terletak di Kg Sungai Penchala Damansara Kuala Lumpur tidak jauh daripada Highway LDP. Sampai sahaja di bangunan membeli belah One Utama atau The Curve ikut sahaja signboard Kg Sungai Penchala dan memerlukan U-turn terus sahaja sudah sampai di Asmara Penchala. Kalau tak tahu lagi ? betul-betul terletak di belakang Showroom kereta 'Porshe' seberang One Utama hehe. 

Ku pernah beberapa kali ke sini dan Alhamdulillah tak pernah sesat. Apabila tiba di Asmara Penchala ini ku perasan ada beberapa perubahan dari dahulu seperti tempat makan malam di gazebo luar yang dihias untuk sesiapa yang perlukan privasi ketika makan atau berbuka puasa. Tak lupa juga gazebo khas candle light dinner untuk anda mahu suasana romantik pada malam tersebut hehe. Pintu gerbang dan juga gong di sambut di hadapan pintu masuk dengan penuh romantik. 


GOPR0786


GOPR0785


GOPR0787


GOPR0790


GOPR0791


GOPR0792


GOPR0798


Di waktu malam suasananya amat berbeza dari siang, apabila malam suasana menjadi lebih tenang dan tempat cantik penuh romantik. Asmara Penchala ini berkonsepkan Melayu Tradisional dan makanan-makanan buffet ramadhan yang dihidangkan sangat istimewa lebih 70 jenis hidangan makanan yang dihidangkan. Almaklumlah Asmara Penchala by Felda D'Saji yang menghidangkan makanan ini. Mestilah sedap. 


GOPR0816

Sambal Hitam

Seperti contoh menu yang disukai ramai ialah Sambal Hitam Pahang, susah nak jumpa restoran lain sediakan sambal hitam ini. Menu lain seperti Nasi Beriani Gam, Daging Masak Blackpepper, Ayam Masak Merah, Udang Masak Merah, Telur Itik, Kuih - Muih dan lain-lain. Gerai-gerai makanan pun ada seperti Noodle Station, Ikan Bakar, dan yang paling best dekat sini ada khidmat Wafi Ais Krim Machine, lagi-lagi apabila berdekatan dengan Gerai Ais Batu Campur, memang ABC letak Ais Krim dipuncaknya. Hmmm sedap hehe. 


GOPR0793


GOPR0794


GOPR0815


GOPR0814


GOPR0813


GOPR0812


GOPR0811


GOPR0810


GOPR0809


GOPR0808


GOPR0806


GOPR0805


GOPR0804


GOPR0803


GOPR0802


GOPR0801


GOPR0800


Disini kalau anda mahukan kesejukkan dan keselesaan untuk menikmati makanan dengan ruang yang luas ada ruangan beraircond untuk anda. Dalam Asmara Penchala ini diserikan taman-taman yang menarik tambahan hiasan pokok yang menenangkan dan cantik. Terasa mahu lepak lama di situ menikmati makanan dengan tenang. Tak lupa surau yang besar dan selesa disediakan 


GOPR0797


GOPR0796


Kalau mahu membuat tempahan boleh call terus di No telefon 03-26988302 atau 016-2621500. Boleh terjah Fanpage Felda D'Saji (official) dan website http://www.ramadhanbuffet.com untuk tempahan. Asmara Penchala terletak di Lot 2933, Kg Sungai Penchala, Off Jalan Damansara 60000, Kuala Lumpur Malaysia. GPS Coordinate 3'9'35" N 101'37'16"E. Disini harga fixed untuk Buffet Ramadhan hanya RM 59.00 untuk dewasa dan RM 35.00 untuk kanak-kanak. Jom sambil berbuka puasa sambil menikmati ketenangan taman Asmara Penchala. 

LAYANS
(>_<)


GOPR0820


GOPR0823

No comments: