Followers

GOPR0188


GOPR0187 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali ini berpeluang merasa bufet makan malam di Chakri Palace Royal Thai Cuisine yang terletak di Suria KLCC Kuala Lumpur. Chakri KLCC yang menyediakan lebih 50 masakan asli Thailand dan termasuk makanan tempatan yang menjadi kegemaran oleh Chef Sollahudin Nutto yang semestinya memenuhi rasa kelaparan perut anda sehingga mahu tambah lagi !

Pertama kali menjejakkan kaki ke Chakri KLCC ini suasana di dalam restoran memang akan seolah-olah kita akan berada di Negara Thailand. Ini karena sebelum ini beberapa kali ku berpeluang ke Negara Gajah Putih Thailand. Memang suasananya seakan sama apabila berada di Chakri Palace tambahan dengan makanan, pelayannya dan lagu yang dipasang hehe. 

Okay baiklah disini Chakri Palace juga ada membuat Dinner Buffet untuk berbuka puasa sempena Ramadhan yang mulia akan tiba tidak lama lagi. Chakri Palace ini terdapat beberapa cawangan seperti di Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC dan Chakri XPRESS di Alamanda Putrajaya. Permulaan harga untuk Bufet Dinner Ramadhan bermula dari RM59.90 sehingga RM 89.90 range harganya. 

Tetapi untuk di Chakri Palace Suria KLCC untuk dewasa ialah RM 89.90+ kanak-kanak RM 45.90+ dan Group deal Buy 5 free 1. Makanan utama yang disediakan semestinya Tom-Yam  dan rasanya betul-betul asli dari Negara Thailand. Terdapa juga live action Thai hawker stalls seperti Ikan Bakar, Satay, Tom Yam dan Ais Kacang.

Ku takperlu bercerita panjang lagi, kalian boleh lihat menu makanan yang ku sempat tangkap dan muat naik. Memang semuanya enak belaka seperti makanan kegemaran ku ialah Som Tam dan Pulut Mangga. Ummph ! memang terliur. Terima Kasih Chakri Palace Royal Thai Cuisine dan Khai Artzfar menjemput ku kesini.


GOPR0183


GOPR0184


GOPR0185


GOPR0186


GOPR0189


GOPR0190


GOPR0191


GOPR0192


GOPR0195



LAYANS
(>_<)

Comments (0)