Masakan Nenda Ramadhan Restoran Rebung

GOPR0050


GOPR0048


GOPR0045


GOPR0046


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Memandangkan bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi, Restoran Rebung Dato' Chef Ismail Ahmad telah menyediakan juadah pelbagai pilihan "Masakan Nenda". Bagi mereka yang merindui atau teringin merasai masakan gaya kampung untuk berbuka puasa, jangan lepaskan peluang ini karena Restoran Rebung menyediakan juadah-juadah pelbagai aneka masakan Melayu sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Terima Kasih atas jemputan untuk ke merasa sendiri Masakan Nenda Restoran Rebung Chef Ismail ini yang terletak di Bangsar. Ternyata semuanya sedap dan enak belaka. Dengan harga untuk dewasa Rm75.00 plus seorang, manakala untuk kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun RM48.00 plus seorang. Pelanggan-pelanggan berpeluang untuk merasai makan yang boleh mengimbau kembali zaman dahulu sewaktu bersama nenek di kampung.


GOPR0049


GOPR0063


Restoran Rebung juga buat pertama kalinya bekerjasama dengan Menara Kuala Lumpur dimana Restoran Rebung menyediakan makanan selama 20 hari untuk pelanggan di Menara Kuala Lumpur merasai hidangan ala-ala kampung tradisional Melayu sambil menikmati tempat menarik di ketinggian Menara Kuala Lumpur yang tersergam indah di puncak langit tertinggi. 

Pemilihan menu untuk berbuka puasa adalah dari pelbagai hidangan utama diantaranya pelbagai pilihan nasi seperti nasi tomato, nasi minyak, nasi briyani, nasi kerabu disamping lauk pauk seperti daging salai, daging gulai kawah, ayam percik, ikan patin tempoyak, rebung perut, asam pedas dan banyak lagi hidangan juada berbuka di Restoran Rebung yang menarik dan untuk dinikmati bersama-sama. 


GOPR0065


GOPR0066


GOPR0067


GOPR0069


GOPR0072


GOPR0073


GOPR0074


Bukan itu sahaja hidangan yang terdapat di Restoran Rebung, terdapat juga hidangan menarik dan menyelerakan seperti rojak buah, murtabak, cucur bawang, roti jala dan sebagainya. Bagi pencuci mulut pula terdapat pulut durian, pengat pisangm, aneka bubur, badak berendam, dan kuih -muih tradsional yang menarik selera kalian untuk menikmati juadah tersebut walaupun berada di tengah-tengah bandaraya. 

Bagi memeriahkan lagi suasana semasa berbuka puasa, Restoran Rebung juga menyediakan tempahan biskut raya untuk dibawa balik ke kampung pada hari lebaran yang bakal menjelang tiba. Tidak lupa juga Restoran Rebung mengambil tempahan seperti Hempe Raya, Rendang Tok, Dodol dan Wajib Durian . Yang membuatkan ia lebih menarik lagi semua biskut raya disediakan sendiri oleh Dato' Chef Ismail bersama Chef Florence Tan sendiri. 


GOPR0077


GOPR0078


GOPR0079


GOPR0081


GOPR0057


Wow menarik bukan, apa lagi baru berbuka puasa di Restoran Rebung Chef Ismail di Bangsar. Ku sendiri akan pergi berbuka puasa di sana lagi karena masakan hidangan di Restoran Rebung ini memang sangat sedap. Kelebihan di sini juga ada menyediakan surau untuk solat dan anda tidak perlu gusar mencari surau dan selepas solat boleh sambung makan.

LAYANS
(>_<)

No comments: