Followers

Akar Kita Zapin 2015 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada awal bulan Mei 2015 ku berkesempatan bersama dengan media lain untuk Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 yang tempat perasmian dan permulaan jelajah ini bermula di AEON Mall Taiping Perak selaku penaja utama lokasi program ini. Pengembaraan kami bermula selama 3 hari 2 malam untuk Akar Kita Zapin 2015 ini. Banyak program menarik disamping aktiviti utamanya ialah Pertandingan Zapin .

Program Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 ini dianjurkan oleh Persatuan Tatih Seni Malaysia, Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta telah mendapat kerjasama dan tajaan penuh dari Seputra Persiaran Express - SPE selaku bas rasmi untuk Jelajah AEON Akar Kita Zapin 2015 ini. Tidak lupa juga media rasmi Mingguan Malaysia, radio internet Rasmi Kopstar.FM, konvoi merdeka oleh Perdana Group 1 Malaysia & Brotherhood Bikers Club.


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Perjalanan kami dari Kuala Lumpur amat mencabar karena mengambil masa lebih kurang 12 jam dari Kuala Lumpur ke Taiping karena tarikh kami bertolak pada cuti umum 1 Mei 2015 merupakan cuti hari bekerja. Memang di highway Utara Selatan penuh dengan kereta orang nak balik bercuti bersama keluarga. Ku terasa seperti balik raya pulak dengan kenderaan banyak dan waktu yang ambil begitu lama. Nasib bersama media dan artis di dalam bas yang begitu sporting dan meriah sepanjang perjalanan kami. 

Okay baiklah, Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 ini objektif utama jelajah ini diadakan adalah untuk mengimbau kembali budaya seni tradisional negara yang terdahulunya sangat terkenal oleh golongan anak zaman muda remaja dahulu dan mencungkil bakat-bakat anak muda . Terdapat 22 buah acara yang diselitkan dalam program Jelajah AEON Akar Kita Zapin 2015 ini . 


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Akar Kita Zapin 2015


Jelajah ini dimualakan dengan Pertandingan Zapin Mania selaku acara utama telah menyaksikan persaingan sengit diantara 4 kumpulan iaitu Tingkah Laksamana, Lasykar Tari, Lantera Mutiara dan Destar Lima dimana akhirnya Kumpulan Lasykar Tari memenangi pertandingan bagi Zon Utara. Kumpulan Destar Lima juga memenangi tempat kedua turut mara ke peringkat Kebangsaan bagi berentap bersama-sama dengan piliha zon Timur, Tengah dan juga Selatan. Tahniah buat pemenang.


Akar Kita Zapin 2015


Bagi setiap zon yang dimenangi akan berentap sesama sendiri di Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 diperingkat kebangsaan akan diadakan pada 14-15 Ogos 2015 di Aeon Mall Cheras Selatan Selangor dan di peringkat Nusantara akan diadakan di Aeon Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 21-23 Ogos 2015.

Hadiah pemenang Platinum, Emas, Perak dan Gangsa peringat Kebangsaan dan Nusantara akan menerima wang tunai RM8,000 ,  RM3, 000 dan RM1,500 serta trofi yang ditaja oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ku berasa sungguh excited apabila melihat bertarung antara kumpulan lain dengan pelbagai skil yang dipertaruhkan serta dapat melihat sendiri di depan mata. 

Okay baiklah, Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 ini seterusnya akan bertandang mungkin ke tempat anda seperti selepas ini akan ke :-

- AEON Mall Seri Manjung Perak 22-24 Mei 2015
- AEON Mall Rawang Selangor 5-7 Jun 2015
- AEON Mall Tebrau City Johor Bahru 24-26 Julai 2015
- AEON Mall Cheras Selatan Selangor 14-16 Ogos 2015
- AEON Mall AU2 Setiawangsa KL 21-23 Ogos 2015

LAYANS
(>_<)

Comments (1)

On June 22, 2015 at 6:48 AM , kaio said... [Reply to comment]

oh ini lah event zakar zakar kau pergi ni ye?
www.kaio.my