BREAKOUT Lebih Mencabar di NU Sentral

BREAKOUT


BREAKOUT 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sebelum ini ku pernah update entry tentang permainan Escape Breakout yang ternyata sangat real ye. Dan pada masa itu ku bermain di BREAKOUT Avenue K yang terletak betul-betul bersebelahan di Suria KLCC. Kali ini BREAKOUT melebarkan sayapnya lagi di NU Sentral KL Sentral Kuala Lumpur. Kali ini lebih banyak bilik permainan escape yang sangat mencabar minda kalian. Mahu tahu ? Jom ku sempat ke pembukaan cawangan terbaru BREAKOUT di NU Sentral Kuala Lumpur.

Perjalanan merentas masa dan rentetan zaman lampau bermula dengan pengalaman ‘Escaperience’ yang menakjubkan di cawangan terbaru BREAKOUT di NU Sentral. Bertempat di NU Sentral yang berhubung dengan pusat pengangkutan awam utama yakni KL SENTRAL, lokasi strategik ini menjadi pilihan BREAKOUT bagi cawangan kedua yang menawarkan keseronokan permainan ‘escape’ kepada peminat dan pengunjung


IMG_9529


DSC01804


Terdapat  tujuh tema dan jalan cerita terbaru yang istimewa lagi mengasyikkan. Bertiraikan keagungan penuh nafas surealisme permainan ‘escape’, BREAKOUT mengatur dan merancang tujuh reka bentuk permainan yang unik dan mencabar minda. Rekaan cawangan kedua BREAKOUT yang baru dibuka pada 10 May 2015 ini mencedok inspirasi dari pergerakan seni dan sains serta peristiwa-peristiwa sejarah terkemuka.

“BREAKOUT amat sesuai bagi peminat permainan ‘escape’ dan sebagai aktiviti keluarga serta orang ramai dari semua lapisan masyarakat. Kami yakin dengan semangat, kepakaran dan kemahiran kami dalam mencipta jalan cerita serta tema tersendiri yang pasti akan memberi pengunjung dan peminat kami pengalaman baru penuh peristiwa dan teka-teki. Mereka juga akan menikmati konsep berinovasi ini dengan aksi lakonan peranan atau ‘role-playing’ yang unik di BREAKOUT,” ujar Johnny Ong, Ketua Pegawai Operasi dan Bahagian Kreatif di BREAKOUT.


image2


image3


IMG_9512


Materia_Medica2


IMG_9522


Terbitkan gaya Star Trek anda di Terraform di mana anda dan krew terpaksa memilih di antara hasil kajian di planet Marikh atau kemungkinan kepupusan kaum manusia di Bumi. Atau kembalikan cahaya ke dunia sambil menyelami detik-detik gelap hidup Nikola Tesla, seorang pencipta sistem bekalan elektrik pertama dari Amerika-Serbia di dalam The Testament of Tesla.

Jika anda inginkan aksi yang mencabar, sebuah misteri menunggu anda di dalam kapal Dreadnought atau daftarkan diri sebagai salah satu ahli Nuevo Union dalam usaha menyelamatkan karya-karya seni warisan menerusi The War for Rembrandt. Ataupun melakonkan peranan sebagai seorang peneroka bermuslihat yang ingin mengetahui rahsia di sebalik campuran ubat mujarab seorang tabib terkenal di Materia Medica.


BREAKOUT


BREAKOUT


Peminat magik dan misteri juga akan dikejutkan dengan rahsia mistik The Secret of Hocus atau rentasi zaman dan waktu untuk mentafsirkan misteri peninggalan turun temurun dalam Perpetual. “Anda bakal menerokai pengalaman yang lain daripada yang lain permainan ‘escape’ yang dibawakan secara realistik dan pasti akan memukau minda anda!” kongsi Leo Ka Wai, Ketua Pegawai Pemasaran dan Bahagian Perhubungan Awam BREAKOUT.

Beliau menyatakan bahawa permainan ini adalah landasan yang ideal bagi seisi keluarga, sahabat handai ataupun rakan sekerja untuk mengeratkan jalinan silaturahim antara satu sama lain. Tambahan lagi, permainan beraksi ini amat sesuai untuk semua terutamanya mereka yang gemar cabaran minda dan berfikiran analitis. Kunjungi BREAKOUT Nu Sentral di Tingkat 4 (bersebelahan Celebrity Fitness) hari ini! TENTANG BREAKOUT.



No comments: