Followers

plaza_premium_shop 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali ini entry untuk berkongsi kisah untuk sempat ku bermalam di Plaza Premium Lounger bertempat di Kuala Lumpur International Airport 2 sebelum keesokkan harini ku berlepas ke Hatyai Thailand bersama AirAsia untuk pesta Songkran pada April yang lalu. Plaza Premium Lounge rasanya sudah lama ditubuhkan di setiap Lapangan Terbang Antarabangsa di seluruh negara dan yang menjadi kebanggaan apabila Plaza Premium Lounge ini pertama di buka di Malaysia dan Hong Kong.

Ilham untuk membuka Plaza Premium Lounge ini adalah dari CEO nya sendiri Mr Song Hoi See apabila beliau mendapati di setiap Lapangan Terbang Antarabangsa tiada lounge yang istimewa dan selesa untuk berehat sebelum mengejar flight yang seterusnya dalam beberapa jam lagi. Dari situ beliau mencuba mencipta satu lounge yang selesa dan boleh menginap beberapa jam sebelum berlepas dan boleh berehat sambil menjalankan tugasan anda seperti biasa.


IMG_1336 


IMG_1347 


IMG_1346 


IMG_1345 


IMG_1344


Dengan lebih daripada 16 tahun pengalaman yang tiada tandingan. Plaza Premium Lounge menawarkan perkhidmatan istimewa premium airport services dan Mr Song telah membawa Plaza Premium Lounge Management Limited ini menjadi penanda aras bagi perkhidmatan nilai tambah di Lapangan Terbang. Perkhidmatan syarikat kini terdiri daripada mereka bentuk, mengendali dan menguruskan Plaza Premium Lounge, hotel transit, private relaxing suites,  meet & greet services, dining concept dan perkhidmatan limosin.

Plaza Premium Lounge yang unik ini juga termasuk hotel transit dengan bilik-bilik peribadi untuk membolehkan para tetamu untuk berehat dan bersantai di Kuala Lumpur International Airport 2 sementara menunggu penerbangan yang seterusnya atau mahu saja - saja bersantai di Plaza Premium Lounge KLIA2. Plaza Premium Lounge mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia untuk memberikan pengalaman lebih lancar dan selesa. Lokasi yang terbaru berada di Gateway @KLIA2 termasuk shopping center.


IMG_1335


IMG_1366


Terima Kasih Plaza Premium Lounge KLIA2 menerima kunjungan kami termasuk blogger Khai Artzar karena menjemput untuk bermalam satu malam di Plaza Premium Loung KLIA2. Kebetulan juga pada keesokkan harini kami berlepas dari Lapangan Terbang yang sama hehe. Dengan Plaza Premium Lounge ini pelancong dapat menikmati masa mereka dengan cekap di Lapangan Terbang karena mereka menyediakan tempat duduk yang selesa dan pelbagai makanan dan minuman untuk dinikmati di ruang tamu.

Selain itu terdapat juga stesen kerja yang dilengkapi dengan Wi-Fi berkelajuan tinggi dan perkhidmatan percetakkan. Plaza Premium Lounge juga menawarkan pengendalian bagasi dan perkhidmatan dobi kepada pengunjung yang memerlukan seperti menyediakan rumah terdekat sedangkan rumah kalian sendiri jauh dari Lapangan Terbang. Bagi pelancong yang memerlukan tempat untuk berehat secara express, mereka telah menawarkan tempat rehat peribadi yang sangat selesa.

Ku sendiri telah mencubanya satu malam sebelum berlepas pada keesokkan harinya. Ku sangat menikmati waktu rehat di bilik suite Plaza Premium Lounge, walaupun kecil tapi ianya amat selesa termasuk dengan bilik mandi. Ibarat berada di sebuah hotel besar yang sebenar. Plaza Premium Lounge di KLIA 2 ini jika anda tercari-cari. Ianya terletak di Level 2, Gateway @KLIA2. Berkesempatan disitu kami telah diajak sendiri untuk merasai hidangan makan malam di The Green Market KLIA2 yang terletak tidak jauh dari Plaza Premium Lounge.


IMG_1334


IMG_1331


The Green Market merupakan satu restoran modern yang menyediakan makanan Jepun yang sedap dan pada harga yang berpatutan sepanjang hari set menu serta set ala-carte. Di gambar makanan yang sempat ku muat naik adalah makanan-makanan sedap yang sempat ku rasa di The Green Market ini. Ternyata semua makanan - makanan di sini sedap belaka. Terletak di ruang legar awam bangunan terminal utama, The Green Market ini disesuaikan untuk memenuhi kehendak pelancong dan menawarkan makanan yang sihat.


IMG_1332


IMG_1330


IMG_1329


Masakan Jepun dan Korea disediakan dengan menumpukan kepada kesegaran. Sayur-sayuran yang disediakan ditanam oleh petani tempatan dari Cameron Highlands, untuk memastikan pelanggan mendapat kualiti segar , sayur-sayuran yang tinggi dan mampan.Tetamu boleh menikmati terkemuka Jepun dan Korea masakan kami dan juga ayam panggang dari The Green Market. Senarai jus segar dihidangkan setiap hari , membawa konsep yang popular perlahan - jus ke lapangan terbang untuk kali pertama.


IMG_1315


IMG_1328


IMG_1327


IMG_1323


IMG_1322


IMG_1319


IMG_1318


IMG_1324


Tak kisahlah jika ramai yang sedang menunggu untuk penerbangan seterusnya untuk merasa makanan yang sihat dan berkualiti yang di sediakan oleh The Green Market. The Green Market ini diuruskan oleh Plaza Premium Lounge itu sendiri. Terima Kasih atas jemputan Plaza Premium Loung dan Khai Artzfar hehe. LAYANS

Comments (1)

On September 2, 2015 at 11:04 PM , Anonymous said... [Reply to comment]

From your experience, are the staffs strict in the number of occupants in each room? Thx