Piza Signature Series Terbaru di Pizza Hut

IMG_1984 

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Pada beberapa minggu yang lalu, ku berpeluang minum petang bersama Nad Zainal dan Chef Nik Michael untuk memperkenalkan rangkaian pizza berkualiti chef dalam promosi terbarunya - Pizza Hut Signature Series. Produk yang mendapat sokongan dari Chef Selebriti, Nik Michael ini akan dijual pada harga pengenalan yang amat berpatutan iaitu RM 12.00 bersih setiap satu untuk perkhidmatan restoran makan di restoran mahupun bawa pulang.

"Untuk Kualiti Hebat, Pada Harga Jimat!" begitulah slogan Signature Series ini menampilkan piza-piza enak yang telah diberikan sentuhan chef, termasuk piza berbentuk segi empat yang diuli dengan tangan dengan rasa menawan. Pizza Hut ini juga menampilkan gabungan tiga keju istimewa untuk rangkaian Signature Series ini iaitu keju cheddar, provolone dan mozarella. Hhmmm siapa tak suka cheese kan ? Semuanya suka okey.


IMG_1978


IMG_1977


IMG_1976


IMG_1975


IMG_1974


Dengan nama-nama unik seperti Barbecue Bang, Fisherman's catch, Seriously Sriracha, Pepperoni Perfetto, dan Italian Primo, peminat setia Pizaa Hut mereka akan dijanjikan dengan kelazatan yang semestinya menawan selera. Signature Series ini juga merupakan rangkaian pizza eksklusif daripada Pizza Hut  dan dicipta dengan citarasa tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Dengan kerak nipis diuli dengan tangan, dan inti bahan yang berkualiti premium hanya harga RM 12.00 !

Kata Pengurus Kanan Besar, Sewaktu mereka mencipta rangkaian piza ini, objektif adalah untuk memastikan pelanggan mereka berpeluang menikmati piza berkualiti pada harga yang amat berpatutan. Signature Series ini dari Pizza Hut ini boleh di dapati untuk perkhidmatan makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran bermula dari 17 April 2015 sementara stok masih ada. Sehingga notis selanjutnya .


IMG_2040


IMG_2045


Yang terbaiknya ku dengar, pelanggan kini boleh makan di restoran Pizza Hut dengan selesa tanpa perlu membayar tambahan 10% untuk caj perkhidmatan. Jadi jangan lepaskan peluang kalian untuk menikmati sajian hebat lagi jimat harini ! Beruntung juga semasa petang itu bersama dengan Chef Nik Michael dan Nad Zainal. Ku dapat sertai game, Gamenya kami semua kena reka cipta rekaan pizza tersendiri hehe. Ku punya mesti hancur punya. Tapi dapat voucher lagi dari mereka. Terima Kasih.

Tidak lupa juga harus ber selfie bersama selebriti yang datang pada masa itu semestinya Nad Zainal dan Chef Nik Michael memeriahkan suasana pada petang itu.   


IMG_2021


IMG_2023


IMG_2030

1 comment:

PPKI TOK LELA said...

aigoooo
harus cuba jap lagi huii!