'Memori Selera Desa’ Buffet Spread at Soi23

IMG_3627


IMG_3626 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekarang pejam celik dah kita nak masuk ke bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah rezeki tidak putus-putus untuk menerima jemputan Food Review. Kali ini menerima jemputan yang pertama tapi kali kedua bagi ku di Hotel Pacific Regency Kuala Lumpur. Memori Selera Desa Buffet di Soi 23. Soi 23 menawarkan pelbagai makanan Tradisional Melayu diilhamkan oleh Chef Zairul dari kenangan masakkan ibunya sendiri. Wow mesti menarik. Korang akan terliur melihat menu-menu disini.

 Dengan lebih seratus pilihan sajian makanan berbuka yang dihidangkan dihadapan anda. Seperti makanan original menu Malaysia Gulai Telur Itik, Belimbing Buluh, Gulai Pisang Muda, Tenggiri Gulai Bendi dan Ayam Masak Lemak Dauk Cekur merupakan antara yang akan dihidangkan sebagai antara buffet menu berbuka puasa di Soi23. Tidak lupa juga makanan ruji harian kita nasi putih kukus panas disertai dengan ulam-ulaman yang akan membuatkan hidangan anda sempurna. 

Di dalam semangat dalam perkongsian masakan, Chef Zairul turut menyediakan menu-menu resipi exclusive setiap hari Jumaat di Pacific Regency Hotel Facebook dan akan dipostkan secara public dan mungkin kalian boleh cuba masak sendiri di rumah . Boleh terus pergi ke link https://www.facebook.com/prhskl ini.


IMG_3621


IMG_3614


IMG_3613


IMG_3612


IMG_3610


IMG_3607


Sepanjang ku berada disitu, berkesempatan untuk merasa kesemua menu menu Memori Selera Desa di Soi 23 ini. Biasalah kalau pantang nampak makanan kegemaran dan menyelerakan pula tu. Sehinggakan ku sendiri tidak puas untuk merasa karena kesedapan menu-menu tersebut. Menu yang paling special disitu semestinya daging kambing yang nampak begitu menyelerakan. Selepas ini harus datang lagi ke Soi 23 Pacific Regency Hotel Kuala Lumpur ini.

Bufet " Memori Selera Desa " ini boleh didapat dengan harga RM103 bagi setiap orang dewasa dan warga emas atau kanak-kanak dapat menikmati harga hanya RM59 seorang sepanjang bulan Jun ini. Marilah merebut peluang dan mencuba sesuatu yang berbeza ketika menjamu selera di Soi 23 Pacific Regency Hotel ini yang hanya bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur. Untuk tempahan boleh hubungi 03-23327777 ext 6807 atau email kepada fnbadmin@pacific-regency.com .

So marilah kita menikmati gambar-gambar menu menu makanan Bufet "Memori Selera Desa" yang telah ku muat naik ini. Sangat banyak ya makanan-makanan di situ semuanya nampak sedap dan menyelerakan.


IMG_3604


IMG_3603


IMG_3597


IMG_3596


IMG_3595


IMG_3594


IMG_3593


IMG_3592



IMG_3590



No comments: