Followers

Tuesday, May 5, 2015

Crazy Charade Games !



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah penat balik dari Tropical Charters dengan sempat merasa Jacuzzi laut, sempat lah juga ku berehat mandi dan tukar baju. Pada malam pertama di Ombak Villa Langkawi, Chill & Unwind aktiviti. Temanya pada malam itu ialah All White ! Gigih lah juga bila dapat intenary dari Erik mencari baju putih dekat butik haha, Almaklumlah ku takde baju seluar putih langsung.

Malam pertama dan malam kedua melakukan aktiviti yang di Amai Bistro, cuma pada malam pertama sangat meriah ye ditambah lagi dengan light dinner kiranya terus dengan supper hehe. Hidangan pada malam itu ku sangat suka antaranya Mee Goreng mamak, Shrimp Fritter dan bubur pulut hitam. Beberapa kali juga tambah sebab sedap ye walaupun sudah kekenyangan masa aktiviti petang tadi Sunset Cruise Dinner Tropical Charters.











Best juga lepak di Amai Bistro dengan suasana yang open berangin betul berada di tepi laut dan berhadapan di Villa kami. Jalan kaki sekejap dah sampai. Amai Bistro ini memang sesuai untuk buat private function dengan jemputan minima dalam 50pax ataupun saja datang lepak untuk menikmati angin malam tepi laut. Sangat menenangkan sebab memang kawasan Ombak Villa memang ada privasi.

Okay baiklah, nak bercerita tentang game yang kami main dua malam berturut-turut dan bak kata Kak NeenaAnuar ini entry 18SX okay hehe. Game yang diberi nama Charade Games ! Mulanya ku agak keliru permainan pasal ape ya. Okay dah tahu selepas tanya dengan Arvin hehe, rupanya games kena teka perkataan melalui perbuatan. Ada faham ?

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sejujurnya ku tak beberapa pandai dalam bab nak menunjukkan perbuatan bagi mendapat jawapan. Yela kena buat pelbagai gaya supaya ahli kumpulan kami berjaya menekanya hehe. Ianya sebenarnya satu game yan menyeronokkan dan membuat minda anda berfikir lebih mendalam.















Ada beberapa kategori yang terlibat, permulaan harus meneka daripada Tajuk Filem yang pernah ditayangkan di Malaysia ataupun Filem yang korang pernah menonton. Kami dalam satu kumpulan semuanya berpakat untuk bagi tajuk filem yang sukar supaya group lain sukar untuk menekanya. Bila tamat sahaja masa dan tidak dapat meneka, kumpulan itu kalah dan kami menang hehe.

Setiap kumpulan berjaya meneka tajuk filem akan mendapat satu coklat. Coklat ? pun jadilah, oh ya Langkawi sangat popular ya dengan coklat murah. Orang semata - mata datang ke Pulau Langkawi untuk membeli coklat hehe. Pelbagai aksi dan adegan yang dibuat untuk bagi hint atau klu supaya dapat teka apa yang sepatutnya di teka.

Serius memang sukar kadang kala ku tak tahu nak buat gaya macam mana supaya ahli kumpulan ku dapat teka apa tajuk Filem tersebut haha. Ada juga yang handal meneka, untunglah dapat nonton banyak filem hehe. Pengalaman yang tak dapat dilupakan dan merupakan pengalaman baru bagiku dalam bermain permainan ini. Next time masih boleh lagi asah bakat hehe dan semuanya Sporting belaka.

Sempatlah juga ketip-ketip gambar apa yang sedang berlaku pada masa itu, memang kelakar dan menyeronokkan, habis kecoh satu Amai Bistro nasiblah tak ganggu tetamu lain hehe. Tetapi pada malam itu Datuk ChefWan tak dapat menyertai karena tidak sihat dan demam. Semoga cepat sembuh Datuk Chef Wan. Rindu nak tengok Chef Wan bergelak jenaka lagi hehe.

Aktiviti Charade Games memang tidak boleh dilupakan, aktiviti malam tersebut habis hampir tengah malam. Masing-masing sudah keletihan dan esoknya penuh dengan aktiviti yang baru dan tak sabar rasanya ku nak keliling Langkawi hehe. Mahu tahu ke mana? nantikan


Comments (0)