Followers

Saturday, May 30, 2015

Citarasa Ramadhan Hotel Puri Pujangga

Puri Pujangga 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Food review kali ini pula di Hotel Puri Pujangga UKM Bangi. Ku tak pernah terlintas ada Hotel dalam UKM Bangi ini karena dahulunya dalam tahun 2008 - 2010 ku selalu ke sini untuk menghantar adik kesayangan belajar di Kolej Ibrahim Yaakob UKM Bangi. Biasalah adik perempuan sorang sangat manja nak minta tolong abang dia hantar balik. Tapi sekarang pandai dia berdikari bekerja di perantauan luar negara. Semestinya ingin kembali ke Puri Pujangga bawa adik untuk meraikan Ramadhan dengan berbuka di Hotel Puri Pujangga. 

Pastinya kalian meraikan Ramadhan pada tahun ini bersama insan yang tersayang dengan variasi juadah berbuka puasa yang pasti membuka selera kalian. Sekali gus ianya dihidangkan dalam pelbagai citarasa masakan Melayu dan bermacam-macam lagi. Kali ini ku berpeluang untuk merasakan sendiri menu-menu hidangan di Hotel Puri Pujangga yang akan dibuka untuk berbuka puasa nanti. Terima kasih kepada yang sudi menjemput. 


IMG_3629


Puri Pujangga


Puri Pujangga


IMG_3652


IMG_3650



IMG_3649


Okay baiklah. Tema 'Citarasa Ramadhan' menepati konsep kepelbagaian jenis makanan yang dipersembahkan bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung. Kali ini Hotel Puri Pujangga bermula dari 20 Jun 2015 ini sehingga 15 Julai 2015 mengikut tarikh sebulan kita berpuasa, Begonia Coffee House menawarkan harga RM70 nett untuk seorang dewasa dan Rm35 nett seorang untuk kanak-kanak berusia dari 6 hingga ke 12 tahun. Kanak-kanak di bawah 6 tahun ke bawah adalah percuma. Harga pun sangat berpatutan untuk berbuka puasa di Hotel hehe. 

Promosi Early Bird dengan harga RM60 nett seorang mula di jual bermula dari 31 Mei 2015 hingga 18 Jun 2015. Voucher hanya boleh di tunaikan untuk tarikh bermula dari 20 Jun 2015 hingga 3 Julai 2015. Makanan yang dihidangkan secara bufet mula dibuka dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam. So apa ditunggu lagi untuk merebut membeli voucher Promosi early bird atau menghubungi Ms Khaila Khalid di talian 03-89274128 atau melawat website http://www.puripujangga.com.my.

Bufet Ramadhan ini menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Pecal Kampung, Rojak Tauhu Bakar, Sengkuang Calit, Sup Soto Madura, Roti John, Murtabak, Mee Mamak Puri, Satay, Ikan Bakar, Seafood Parcel, Mee Kari, Mee Rebus, Nasi Beriyani Gam Ayam, Ayam Percik Kelantan, Daging Salai Kuah Lemak, Sotong Paprik Ala Thai, Ikan Tenggiri Goreng Acar, Asam Pedas, Daging Tetel, Keli Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng Cencaluk, dan yang paling utama ialah Kambing Panggang dan bermacam-macam lagi.

Wahh begitu banyak menu-menu makanan bufet berbuka puasa di Hotel Puri Pujangga. Ini belum termasuk Juada manisan seperti Ais Krim Goyang, cendol, pelbagai jenis potongan kek, kuih muih Melayu, Chocolate Bread Butter Pudding, Pelbagai jenis Puding dan Jeli, French Pastries serta bubur. Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah seperti Sirap Selasih, Limau Asam Boi, Bandung Soya, Katira, Teh Tarik dan Nescafe Tarik.


IMG_3645


IMG_3638


IMG_3636


IMG_3655


Itu baru menu-menu yang lazat diperkatakan, belum lagi kalian lihat gambar2 yang ku tangkap dan upload di entry ini. Agak-agak terliur tak ? hehe So sila jangan jemu dengan gambar makanan yang telah dimuat naik di entry ini ya hehe. Selain itu, makanan menu hidangan ini berada di stall - stall concept dan terdapat hampir 8 stall concept berlainan menu makanan. Pastinya kalian tidak tahu mahu memilih makanan mana untuk makan dahulu hehe.

Kepelbagaian hidangan dimeriahkan lagi dengan seleksi buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan, pisang emas dan buah dokong. Hanya yang terbaik untuk pengunjung Hotel Puri Pujangga ini yang terletak di dalam kampus induk Universiti Kebanggsaan Malaysia Bangi. Tidak lupa juga surau lelaki dan perempuan disediakan disamping ruang letak parking kenderaan percuma di sediakan untuk semua pengunjung.  

Comments (0)