IMG_3660 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah dalam satu minggu ini ku banyak menerima jemputan ke Food Review. Kali ini ku menggantikan diri ke event ini. Kali ini merasa Nasi Ayam Berempah di U-Cafe. U-Cafe yang terletaknya di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju. U-Cafe adalah restoran yang ke dua dibuka dan Restoran pertama terletak di Sungei Wang Plaza. Ku pun perasan juga U-Cafe ini karena selalu ke Wangsa Walk untuk menonton wayang.

Okay baiklah, U-Cafe sekarang sedang mempromosikan "Rempah Chicken Rice" dengan hanya Rm3.00 sahaja untuk pada waktu dari 12 tengah hari sehingga 2 petang. Okay lah tu kan kena pada time kite sedang rehat untuk makan tengah hari. Menu ini sekali di datangi bukan nasi biasa ya. Ianya Nasi Kukus bersama rempah Ayam. Ku cuba sendiri Nasi Ayam berempah ini memang sedap dan bagiku ianya sangat berbaloi bila di rasa. 


IMG_3659


IMG_3663


U cafe


IMG_3668



IMG_3662



IMG_3670



Nasib baik tak tambah Nasi Ayam Berempah ini kali kedua sebab sedap sangat karena selepas sahaja kami dihidangkan dengan Rempah Chicken Rice ini, ada menu ala carte yang di sediakan khas untuk kami merasa sendiri kesedapan menu makanan mereka. Sehingga kami sendiri tidak menang perut untuk merasa menu mereka. Serius ku cakap setiap satu menu hidangan mereka sangat sedap dan menyelerakan pada harga yang berpatutan. 

Permulaan kami dihidangkan dengan Nasi Ayam Berempah disertakan dengan menu tambahan Sup Daging, Ikan Masak Asam, Ayam Goreng Rempah, Daging Masak Lada Hitam, Kerabu Taugeh dan Lemon Plum. Itu baru satu pusingan sahaja menu, belum tiba menu lain lagi hehe. Seperti Contoh menu yang dihidangkan dari pelbagai jenis kumpulan makanan seperti Spaghetti, Western, Rice & From The 'Wok'. Ku tak dapat nak menyenaraikan semua menu makanan karena terlalu banyak dan sedap sampai tak ingat. 

Tapi ku ada muat naik gambar - gambar makanan yang dihidangkan kepada kami. Agak-agak apabila ke U-Cafe nanti kalau tidak tahu untuk order yang mana satu boleh rujuk blog ku ni dengan gambarnya sekali hehe. Mesti pelayan U-Cafe tahu menu makanan manakah yang menjadi pilihan kalian untuk merasa nanti hehe. Tapi cadangan ku sendiri hampir kesemua menu makanan U-Cafe mereka ini sangat sedap ya hehe. Tak rugi mencuba.


IMG_3673



IMG_3674



IMG_3685


IMG_3688



IMG_3689



U cafe



U cafe



U cafe



U cafe



U cafe



Sedikit sebanyak mengenai U-Cafe ini berkonsepkan fusion cafe that blends all encompassing popular Malaysian dishes yang datang dari pelbagai kaum dan budaya dalam negara. Selain ianya menjadi kebiasaan dengan Restoran Malay, Indian atau Chinese. U-Cafe enire mix and touched of Malaysian cuisine that are only unique and exclusive also blends all encompassin menu atau dishes untuk dikongsi bersama oleh semua. 
Puri Pujangga 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Food review kali ini pula di Hotel Puri Pujangga UKM Bangi. Ku tak pernah terlintas ada Hotel dalam UKM Bangi ini karena dahulunya dalam tahun 2008 - 2010 ku selalu ke sini untuk menghantar adik kesayangan belajar di Kolej Ibrahim Yaakob UKM Bangi. Biasalah adik perempuan sorang sangat manja nak minta tolong abang dia hantar balik. Tapi sekarang pandai dia berdikari bekerja di perantauan luar negara. Semestinya ingin kembali ke Puri Pujangga bawa adik untuk meraikan Ramadhan dengan berbuka di Hotel Puri Pujangga. 

Pastinya kalian meraikan Ramadhan pada tahun ini bersama insan yang tersayang dengan variasi juadah berbuka puasa yang pasti membuka selera kalian. Sekali gus ianya dihidangkan dalam pelbagai citarasa masakan Melayu dan bermacam-macam lagi. Kali ini ku berpeluang untuk merasakan sendiri menu-menu hidangan di Hotel Puri Pujangga yang akan dibuka untuk berbuka puasa nanti. Terima kasih kepada yang sudi menjemput. 


IMG_3629


Puri Pujangga


Puri Pujangga


IMG_3652


IMG_3650



IMG_3649


Okay baiklah. Tema 'Citarasa Ramadhan' menepati konsep kepelbagaian jenis makanan yang dipersembahkan bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung. Kali ini Hotel Puri Pujangga bermula dari 20 Jun 2015 ini sehingga 15 Julai 2015 mengikut tarikh sebulan kita berpuasa, Begonia Coffee House menawarkan harga RM70 nett untuk seorang dewasa dan Rm35 nett seorang untuk kanak-kanak berusia dari 6 hingga ke 12 tahun. Kanak-kanak di bawah 6 tahun ke bawah adalah percuma. Harga pun sangat berpatutan untuk berbuka puasa di Hotel hehe. 

Promosi Early Bird dengan harga RM60 nett seorang mula di jual bermula dari 31 Mei 2015 hingga 18 Jun 2015. Voucher hanya boleh di tunaikan untuk tarikh bermula dari 20 Jun 2015 hingga 3 Julai 2015. Makanan yang dihidangkan secara bufet mula dibuka dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam. So apa ditunggu lagi untuk merebut membeli voucher Promosi early bird atau menghubungi Ms Khaila Khalid di talian 03-89274128 atau melawat website http://www.puripujangga.com.my.

Bufet Ramadhan ini menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Pecal Kampung, Rojak Tauhu Bakar, Sengkuang Calit, Sup Soto Madura, Roti John, Murtabak, Mee Mamak Puri, Satay, Ikan Bakar, Seafood Parcel, Mee Kari, Mee Rebus, Nasi Beriyani Gam Ayam, Ayam Percik Kelantan, Daging Salai Kuah Lemak, Sotong Paprik Ala Thai, Ikan Tenggiri Goreng Acar, Asam Pedas, Daging Tetel, Keli Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng Cencaluk, dan yang paling utama ialah Kambing Panggang dan bermacam-macam lagi.

Wahh begitu banyak menu-menu makanan bufet berbuka puasa di Hotel Puri Pujangga. Ini belum termasuk Juada manisan seperti Ais Krim Goyang, cendol, pelbagai jenis potongan kek, kuih muih Melayu, Chocolate Bread Butter Pudding, Pelbagai jenis Puding dan Jeli, French Pastries serta bubur. Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah seperti Sirap Selasih, Limau Asam Boi, Bandung Soya, Katira, Teh Tarik dan Nescafe Tarik.


IMG_3645


IMG_3638


IMG_3636


IMG_3655


Itu baru menu-menu yang lazat diperkatakan, belum lagi kalian lihat gambar2 yang ku tangkap dan upload di entry ini. Agak-agak terliur tak ? hehe So sila jangan jemu dengan gambar makanan yang telah dimuat naik di entry ini ya hehe. Selain itu, makanan menu hidangan ini berada di stall - stall concept dan terdapat hampir 8 stall concept berlainan menu makanan. Pastinya kalian tidak tahu mahu memilih makanan mana untuk makan dahulu hehe.

Kepelbagaian hidangan dimeriahkan lagi dengan seleksi buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan, pisang emas dan buah dokong. Hanya yang terbaik untuk pengunjung Hotel Puri Pujangga ini yang terletak di dalam kampus induk Universiti Kebanggsaan Malaysia Bangi. Tidak lupa juga surau lelaki dan perempuan disediakan disamping ruang letak parking kenderaan percuma di sediakan untuk semua pengunjung.  
IMG_3627


IMG_3626 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekarang pejam celik dah kita nak masuk ke bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah rezeki tidak putus-putus untuk menerima jemputan Food Review. Kali ini menerima jemputan yang pertama tapi kali kedua bagi ku di Hotel Pacific Regency Kuala Lumpur. Memori Selera Desa Buffet di Soi 23. Soi 23 menawarkan pelbagai makanan Tradisional Melayu diilhamkan oleh Chef Zairul dari kenangan masakkan ibunya sendiri. Wow mesti menarik. Korang akan terliur melihat menu-menu disini.

 Dengan lebih seratus pilihan sajian makanan berbuka yang dihidangkan dihadapan anda. Seperti makanan original menu Malaysia Gulai Telur Itik, Belimbing Buluh, Gulai Pisang Muda, Tenggiri Gulai Bendi dan Ayam Masak Lemak Dauk Cekur merupakan antara yang akan dihidangkan sebagai antara buffet menu berbuka puasa di Soi23. Tidak lupa juga makanan ruji harian kita nasi putih kukus panas disertai dengan ulam-ulaman yang akan membuatkan hidangan anda sempurna. 

Di dalam semangat dalam perkongsian masakan, Chef Zairul turut menyediakan menu-menu resipi exclusive setiap hari Jumaat di Pacific Regency Hotel Facebook dan akan dipostkan secara public dan mungkin kalian boleh cuba masak sendiri di rumah . Boleh terus pergi ke link https://www.facebook.com/prhskl ini.


IMG_3621


IMG_3614


IMG_3613


IMG_3612


IMG_3610


IMG_3607


Sepanjang ku berada disitu, berkesempatan untuk merasa kesemua menu menu Memori Selera Desa di Soi 23 ini. Biasalah kalau pantang nampak makanan kegemaran dan menyelerakan pula tu. Sehinggakan ku sendiri tidak puas untuk merasa karena kesedapan menu-menu tersebut. Menu yang paling special disitu semestinya daging kambing yang nampak begitu menyelerakan. Selepas ini harus datang lagi ke Soi 23 Pacific Regency Hotel Kuala Lumpur ini.

Bufet " Memori Selera Desa " ini boleh didapat dengan harga RM103 bagi setiap orang dewasa dan warga emas atau kanak-kanak dapat menikmati harga hanya RM59 seorang sepanjang bulan Jun ini. Marilah merebut peluang dan mencuba sesuatu yang berbeza ketika menjamu selera di Soi 23 Pacific Regency Hotel ini yang hanya bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur. Untuk tempahan boleh hubungi 03-23327777 ext 6807 atau email kepada fnbadmin@pacific-regency.com .

So marilah kita menikmati gambar-gambar menu menu makanan Bufet "Memori Selera Desa" yang telah ku muat naik ini. Sangat banyak ya makanan-makanan di situ semuanya nampak sedap dan menyelerakan.


IMG_3604


IMG_3603


IMG_3597


IMG_3596


IMG_3595


IMG_3594


IMG_3593


IMG_3592



IMG_3590



IMG_1386


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah pada 10 April 2015 ku diberi peluang sekali lagi terbang bersama AirAsia ke Hatyai Thailand bersama beberapa blogger lain. Kiranya ini trip AirAsia Bloggers Community (AABC)  lah ni, terima kasih AirAsia menjemput. Sebelum ini pada entry yang lalu ku terbang bersama AirAsia AABC ke Kunming China dan sekarang ke Hatyai Thailand. Kalian mesti tahu kalau ke Hatyai Thailand aktiviti apakah yang akan berlangsung, lagi-lagi apabila sudah masuk hampir pertengahan bulan April ini. 

Kami empat blogger Khai Artzfar, Shannon dan Jessying termasuk seorang PR AirAsia yang hot Ashman Mahfudz hehe memulakan trip kami selama 3 hari 2 malam ke Hatyai Thailand untuk aktiviti Songkran di sana. Trip ke Hatyai Thailand kali ini merupakan trip ku yang ke dua karena sebelum ini ku pernah ke Hatyai bersama - sama dengan rakan melalui jalan darat. Kali ini melalui jalan udara. Jimat beberapa jam perjalanan dan tak beberapa penat sangat apa bila sampai ke destinasi.

Tiba di destinasi Hatyai International Airport dan kami diambil oleh driver hotel terus ke Hotel kami Buri Sriphu Boutique Hotel salah satu hotel yang best di Hatyai. Ruangan bilik yang selesa, best dan tak sabar untuk bermalam selama 2 malam di Buri Sriphu Boutique Hotel. Kolam renangnya yang begitu menenangkan kadang malas nak keluar dari hotel hehe. Tiba di bilik hotel, buka aje television, kebanyakkan channel menceritakan tentang perayaan tahunan mereka iaitu Songkran Festival. Itu ajelah ayat yang ku paham dekat tv dalam bahasa Thai hehe.  


IMG_1410


IMG_1411


IMG_1401


IMG_1399


Okay baiklah, rasanya salah diantara kalian tidak tahu apa maksud itu Songkran.Tahun Baru Thai (Bahasa Thai: สงกรานต์ Songkran, dari istilah Sanskrit sankrānti "pergerakan astrologi") disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand, seiringan dengan sambutan Tahun Baru bagi kebanyakan takwim tradisional yang dipakai di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Asalnya, tarikh perayaan ditentukan berdasarkan perhitungan astrologi, tetapi sekarang ditetapkan tarikh dalam takwim.

Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand, di penghujung musim kemarau. Mulanya, Tahun Baru Thai merupakan awal tahun di Thailand. Pada tahun 1888, tarikh tahun baru dialih ke 1 April dan pada tahun 1940, 1 Januari pula menjadi tarikh tahun baru rasmi. Semenjak itu, sambutan tahun baru Thai masih dijadikan cuti umum.Nyata sekali perayaan Songkran diterajui adat menyimbah air. Orang ramai merayau-rayau di jalanan dengan membawa baldi berisi air atau pistol air, atau berdiri di tepi jalan sambil memegang hos lalu mecurahkan air ke arah orang lain.

Adat menyimbah air asalnya merupakan cara memberi hormat kepada orang lain dengan menangkap air "bertuah" yang sudah dicurahkan Bagi golongan muda pula, oleh sebab bulan April merupakan bulan terhangat di Thailand (suhunya boleh mencecah 40°C), perayaan ini dijadikan hari berseronok dengan menyimbahkan air ke arah orang lain, sehingga timbulnya gejala seperti berlawan air dan menyimbah air ke arah orang yang memandu kenderaan. Sebenarnya kegiatan ini tidak semestinya dijadikan keutamaan dalam sambutan tahun baru. Sewajarnya, Songkran dijadikan masa untuk menziarahi dan membalas budi orang-orang tua dan sanak saudara.

Okay baru tau ? Tapi sebenarnya dari dulu lagi ku teringin nak pergi dan sertai aktiviti sebegini, main simbah-simbah air dekat orang yang lalu lalang. Kalau di Malaysia mahu kena marah balik ni hehe. Alhamdulillah dapat juga buat aktiviti ini dan siap dapat water gun lagi dari Ashman AirAsia hehe. Thanks ! Sambutan katanya meriah pada waktu malam karena ramai yang akan keluar untuk menyambut. Kami ke Bandar Hatyai karena disitu telah disediakan satu stage khas dari AirAsia Untuk Songkran Festival ini. 

IMG_1695


IMG_1700 


IMG_1642





IMG_1644


Wow ! AirAsia juga turut serta untuk Songkran Festival ini dengan stage yang begitu gempak disertai dengan pancutan air - air yang semestinya mengena kepada sesiapa yang melalui depan stage itu hehe. Tak lupa juga dengan muzik-muzik yang kuat lagi menghiburkan sambil menyimbah air kepada rakan sebelah. Memang pada malam itu sangat happening habis ! Ku habis kebasahan satu badan termasuk beg yang ku bawa ke hulu hilir. Nasib baik tak basah isi dalam beg itu hehe. Oh ya, waktu di Thailand satu jam awal daripada Malaysia.

Ianya merupakan suatu pengalaman yang menarik bagi ku, tiba-tiba sedang jalan di mana-mana pun di area Bandar Hatyai ade je manusia yang akan simbah kau dengan air haha. Yang tak boleh tahan apabila air yang dicurah atau disimbah itu dia masukkan air sejuk yang teramat, mestilah akan terkejut beku badan apabila terkena haha. Haish macam-macam taktik sekarang nak simbah orang, nasib baiklah waktu Songkran ye.


IMG_1682


Lagi satu apabila sedang berjalan adalah gadis-gadis mahupun lelaki tetiba akan calit bedak sejuk dekat muka kau haha. Terkejut rasanya apabila ada orang calit bedak sejuk dekat muka. Rasanya dia akan calit bedak sejuk dekat muka yang mana dia berkenan sahaja. Ku di antara salah seorang yang bertuah dapat calitan bedak sejuk itu dari gadis mahupun lelaki haha. Sekadar mahu melihat perayaan dan budaya orang di sana tak salah. Jauh perjalanan luas pemikiran.

Aktiviti Songkran Festival bersama AirAsia bermula pada hari kedua malam dan sebelum itu kami banyak aktiviti free & easy dan kami telah decide untuk jalan-jalan di town Hatyai ini. Antaranya kami haruslah mencari restoran makanan halal di sini dan tidak susah untuk mencari karena rata-rata di sini ada banyak restoran halal muslim. Kami ke Klonghae Floating Market. Dulu masa ku ke sini, floating market ini agak kotor dan tidak semeriah ini. Sekarang ada penambah baikkan dari dulu dan sangat selesa untuk ke sini.


IMG_1496


IMG_1480


IMG_1476 


IMG_1578



Klonghae Floating Market ini menjual pelbagai juadah makanan di atas sampan atas air di tepi tebing. Bagiku ia adalah satu market yang sangat unik. Selain daripada itu, ada pentas akan menghiburkan akan dengan alunan lagu-lagu mereka dan ku sendiri tidak paham haha. Benda yang harus anda cuba di Floating Market ini ialah Ais Krim dia. Kata salah seorang follower ku di Fb. Kami di sini sehingga malam sebelum balik ke Hotel untuk berehat.

Hari kedua ialah hari mulanya Songkran Festival, tetapi malam baru pergi. Di siang hari destinasi pertama kami ke Hatyai Cable Car, sebelum itu akan melalui temple mereka dan dahulu pun ku pernah ke sini. Memory bersama rakan-rakan. Selepas itu semuanya eksited untuk melihat mermaid di tepi pantai. Hatyai popular dengan Mermaid. Ianya terletak di Pantai Songkla dan agak jauh sedikit dari Bandar Hatyai.


IMG_1608


IMG_1571


IMG_1580


Tak jauh dari situ, kami ke Tang Kuan Hill, Tang Kuan Hill ini kalau kalian naik dapat lihat bandar Songkhla dari view city mahupun laut. Agak tinggi juga tapi apa yang menarik ialah apabila hendak menaiki Tang Kuan Hill ini harus menaiki lift elevetor yang menyenget seperti naik lift. Unikkan ?
Ingatkan kena daki sendiri, rupanya menaiki lift hehe. Itu ajelah aktiviti kami dihujung minggu selain aktiviti utama kita main air di Bandar Hatyai hehe.


IMG_1616


IMG_1594


IMG_1613


Terima Kasih AirAsia atas Media Fam trip ini dan juga AirAsia Bloggers Community dan harap dapat sertai aktiviti seperti ini lagi di masa hadapan hehe. 


IMG_1723