Followers

Wednesday, April 29, 2015

Sunset Cruise Dinner

IMG_8851


DSC_0135


DSC_0137 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Di waktu selepas menikmati hidangan makan tengah hari, dapatlah juga rest and easy sebelum memulakan aktiviti pertama di petang hari. Aktivitinya ialah Tropical Charters Langkawi, pada mula ku keliru apakah aktiviti yang di adakan nanti. Rupanya menaiki bot dan lalu keliling laut sambil melihat matahari terbenam, dinner dan mandi laut hehe. So package kami ialah Sunset Dinner Cruise. Terima Kasih LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi & Erik Talent

Sunset Cruises di Langkawi atau Tropical Charters Langkawi beroperasi selamat 7 malam seminggu dan ianya selalu mendapat sambutan kepada pengunjung untuk melihat matahari terbenam sambil menikmati on board BBQ Dinner feast bersama ayam, udang, ikan, daging lembu dan termasuk campuran sayur sayuran serta salad. Okay juga tu ibarat dinner ala cruise di atas kapal. Ianya suatu pengalaman yang baru bagi ku. 

Perjalanan mengambil masa dalam 20 ke 30 minit untuk ke Awana Porto Malai sana dari Ombak Villa Langkawi bersama Datuk Chef Wan. Tropical Charters Langkawi ini akan bertolak dari pukul 5 petang dan akan kembali semula dalam 8 malam selepas matahari terbenam. Memang menakjubkan dapat lihat sunset di tepi laut dengan mata sendiri. Bukan itu aje, pelayan-pelayan Tropical Carters ini tidak jemu melayan anda sepanjang petang itu, mahu minum apa? cakap aje hehe. 



DSC_0140


DSC_0145


DSC_0147


DSC_0152


DSC_0153


DSC_0173


DSC_0181


DSC_0195


DSC_0192


DSC_0197


DSC_0154


DSC_0165



The Salt Water Jacuzzi net atau pun mandi dengan air laut ibarat Jakuzzi di atas jaring ialah suatu tempat yang menarik untuk berehat dan biarkan air laut Langkawi membasahi badan anda. Haa jaring akan dipasang di belakang cruise setelah beberapa minit berlepas. Ku memang harus memberanikan diri untuk mencuba. Dengan satu terjunan dari hadapan cruise terus berenang ke jaring tersebut, memang mahu buat lagi !

Berehat di atas jaring tambahan alunan air laut memang terasa seperti Jakuzzi, tapi kena beranikan dirilah dan jangan risau diri anda takkan hayut karena ada penyelamat cruise akan memerhatikan anda. Di jaring tersebut, ku ingin mencuba satu pelampung kecil yang tersangkut dan terhayut jauh dari Tropical Charters tapi mesti ada sangkut dengan tali. Tak pasal-pasal ku hanyut dekat tengah-tengah lautan haha. Sempat juga Datuk Chef Wan snap gambar ku tengah berjakuzzi hehe.



IMG_8902



DSC_0190

Trip ini akan membawa anda melalui dan melihat hampir 99 pulau yang terdapat di sekitar Pulau Langkawi ini sebelum ke arah barat untuk melihat matahari terbenam. Ku dan rakan-rakan yang diantara yang bertuah melihat the most beautiful sunset di Langkawi, besar kuasa Tuhan. Apabila anda mahu menaiki Tropical Charter Langkawi ini jangan lupa bawa baju seluar renang, tuala dan semestinya kamera ! 

Tropical Charters Langkawi ini beroperasi setiap hari pukul 5pm hingga 8pm, satu boarding pass untuk dewasa ialah RM260 dan RM130 untuk kanak-kanak. Ianya termasuk Free Flow bars dan BBQ Dinner. Kanak-kanak di bawah 3 tahun masuk adalah percuma dan kanak-kanak diantara 4 hingga 12 tahun separuh harga. Untuk maklumat lanjut boleh ke --> http://tropicalcharters.com.my/cruises/sunset-cruise/

DSC_0217


DSC_0207



Comments (2)

On April 29, 2015 at 8:51 PM , Eka Tikah said... [Reply to comment]

wahh bestnya. bilalah dpt bercuti mcm ni. hee

 
On December 2, 2016 at 9:25 PM , Mieza S said... [Reply to comment]

jalan - jalan sini singgah baca pengalaman Sunset Cruise Dinner. menarik. macam best