Followers

IMG_8786 


 
 Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Januari 2015 yang lalu ku berpeluang untuk pergi ke percutian 3 hari 2 malam Media Tour bersama Datuk Chef Wan dan Ombak Villa Langkawi partnership with Erik Talent Management. Langkawi ? mesti diantara kalian semua pernah menjejakkan kaki ke Langkawi kan? Percaya atau tidak ini kali pertama ku menjejakkan kaki ke Langkawi.

Terima kasih Erik Talent Management karena memilih ku sebagai salah seorang blogger untuk menyertai Percutian 3 hari 2 malam media tour bersama Datuk Chefwan pulak tu kan di Ombak Villa Langkawi. Berlepas ke Langkawi pada 16 Jan 2015, agak agak siapa blogger yang lain akan sertai ke Langkawi ni sebab dorang da masuk dalam group whatsapp. Semuanya ku tak kenal haha.

Tapi apa salahnya berkenalan dengan rakan-rakan baru. Ku tiba agak lewat sedikit ke KLIA2 almaklumlah rumah di tengah-tengah KL agak jammed walaupun dah keluar awal dari rumah. Salah seorang staff Erik Talent Management, Jasmine asyik call bertanya di mana hehe. Alhamdulillah sempat sampai di KLIA2 dan check in terus luggage.



IMG_8833


Pertama kali berjumpa mereka ini antaranya dari 2 blogger dari Malaysia dan lain-lain adalah staff Erik Talent Management. Mula-mula ada rasa agak kekok, tapi lama-lama dah mesra macam jumpa kawan yang dah lama kenal hehe. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke KLIA2 mengambil masa dalam 1 jam perjalanan. Kejap aje tu, pejam celik minum air satu cawan dah nak mendarat ke Langkawi International Aiport.

Keluar sahaja daripada perut kapal terbang Malindo Air, pertama kali naik Malindo Air, selesa juga siap ada TV lagi hehe. Okay sambung balik tadi, keluar sahaja dari perut kapal terbang dan jejak kan kaki di bumi Langkawi ini. Perasaan betapa gembira dan excitednye pertama kali sampai di Langkawi untuk journey selama 3 hari 2 malam di sini.


4ab947c62a4b475d38922270fcc97fae


IMG_8843


a5c33a5b22a21bbe334de7f6e18f86a2


Sesampai di Langkawi International Airport, sementara tunggu luggage masing masing sampai dan Datuk Chef Wan sampai, sempat lagi kami selfie dengan kesemuanya, 2 lagi blogger dari Singapore akan tiba petang nanti dan tak sabar nak mulakan aktiviti pertama kami. Ketibaan kami disambut oleh staff2 Ombak Villa Langkawi dengan minumannya yang sangat menyegarkan .

Melihat banner digantung untuk event special khas buat kami bersama Datuk Chef Wan, ku terasa diri ini sangat istimewa dan dilayan seperti tetamu VIP, gitu hehe. Bukan selalu dapat merasa pengalaman-pengalaman berharga seperti ini kan bukan ? Ketibaan Datuk Chef Wan di Lobby Ombak Villa Langkawi membuatkan kami begitu teruja.


b25e67bc29674cbe9afe4df4d082bbe1 


IMG_8811


IMG_8849


Walaupun beliau tak beberapa sihat, tetap juga melayan karenah karenah kami yang suka bergambar ini. Bergambar ataupun selfie adalah perkara biasa bagi kami sebagai seorang blogger ataupun influencer hehe. Suka melihat telatah Datuk Chef Wan ketika melayan karenah kami. Ku memang dari dulu suka menonton rancangan masakan beliau dan tak sangka akan bercuti sekali bersama beliau hehe.

Aktiviti mula pun petang, kami sampai di Ombak Villa Langkawi pun tengah hari, waktu masih awal lagi sebelum aktiviti petang. So ku diberi satu private villa untuk menginap sepanjang 3 hari 2 malam ini. Pertama kali lihat villa ini memang terus jatuh hati, suka dengan suasana yang begitu menenangkan dan cantik. Biliknya apatahlagi, memang sangat cantik.


IMG_8832


IMG_9055


Sempat juga photoshoot gambar bilik, kalian memang takkan percaya melihat villa dia. Ku pulak tinggal sorang aje dalam bilik tu, memang heaven lah kan hehe. Nak tahu ? tunggu next entry pula yah.

LAYANS
(>_<)

Comments (0)