Malay Set Lunch Bayu Restaurant

DSC_0099


DSC_0091


DSC_0090 


 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dalam kelekaan menikmati Ombak Villa Suite ini, selepas habis berphotoshoot dengan bilik sendiri kan hehe. Lapar pula perut rasanya, kali ini kami ke Bayu Restoran yang betul2x terletak di bersebelah Reception Lobby untuk menikmati makan tengah hari bersama Datuk Chef Wan, staff dan bloggers yang terlibat. Bab makanan ini memang tak boleh tolak. Ada aje nak merasa masakan chef-chef di sini hehe. 

Bayu Restoran ini agak besar karena ianya termasuk Indoor dan Outdoor dan boleh memuatkan dalam 130 pax satu-satu masa. Kalian yang berkunjung boleh lah pilih nak menikmati hidangan di luar mahupun di dalam restoran. Rasanya bagi ku di luar lagi best dapat menikmati suasana makan dengan pantai angin menderu datang. Oh bestnya hehe. 


DSC_0097


DSC_0117


DSC_0111


Okay baiklah, tiba masanya untuk menikmati Malay Set Lunch yang disediakan oleh Bayu Restoran. Kalau bagiku sendiri, agak takut juga nak masak dan bagi Datuk Chef Wan sendiri merasa makanan kita, entah ok ke atau tidak hehe. Tetapi Datuk Chef Wan memuji masakan Chef di sini. Ku sendiri merasa memang sedap hehe. 

Antara menu hidangan ialah Soto Ayam, Nasi Putih, Kari Kambing, Ayam Goreng berempah, Udang Goreng Pedas, Daging Goreng Halia, Sayur Campur Goreng dan Ikan Siakap Kukus ala Cina. Dan yang pedas sedap rasa mestilah kena ada Sambal belacan dan ulam ulaman. Tidak lupa juga pencuci mulut seperti buah buahan tempatan, kopi dan teh. 


DSC_0107


DSC_0112


DSC_0105


DSC_0104


DSC_0103


DSC_0101


DSC_0100


DSC_0131


Seperti yang kalian baca, gambarnya wajib kena snap nak bagi korang meleleh air liur tengok betapa sedapnya rasa hehe. Dalam masa menikmati hidangan makanan tengah hari, sempat lah juga Datuk Chef Wan bercerita serba sedikit tentang diri beliau dan kami juga sempat memperkenalkan diri kepada beliau. 


DSC_0126

LAYANS
(>_<)

No comments: