Kemewahan Seroja Suite Ombak Villa Langkawi

DSC_0060 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Kalian sudah lihat bukan di entry yang lalu keanggunan Ombak Villa Suite yang menakjubkan. Itu baru satu jenis suite. Di Ombak Villa Langkawi by Langkawi Lagoon ada tiga jenis bilik mengikut pilihan pengunjung yang paling jadi pilihan ialah Ombak Suite, lagi duanya ialah Seroja Suite dan Villa Seri Kasturi Suite. Entry ni nak ceritakan Seroja Suite di mana Datuk Chef Wan menginap di situ dan kami berpeluang ke Suite beliau. 

Apabila sampai ke Seroja Suite hanya belakang dari Ombak Suite, first impression ialah wow! begitu menarik dan mewah. Hiasan dalamannya yang cukup cantik dan elegance, perabot yang disusun dan didekorasinya pasti mengikut citarasa kepada sesiapa yang menetap di sini. Rasa macam tidak mahu balik pun ada hehe. Seroja Suite ini berkeluasan 2131sqft dan hanya mempunya dua suite sahaja. Siapa cepat dia dapat kan hehe. 


DSC_0062


DSC_0072


DSC_0063


DSC_0079



Seroja Suite ini menghadap laut melalui balkoni dan mempunya private Lanai, bukak aje pintu di Seroja Suite terus akan menghadap laut dan ia didatangi dengan Private Butler. Mewah bukan ? hehe. Okay baiklah, Suite ini dilengkapi dengan kemudahan bilik yang sangat maksima dengan mempunyai Jakuzzi di bilik tidur Utama, mempunyai tempat menunggu, dapur, tempat makan dan ruang tamu.

Bedding pula di Seroja Suite ini mempunya dua saiz king katil, wow saiz king katil tu memang sangat besar ye. Korang boleh lihat gambar Seroja Suite yang dimuat naik sempat ku shoot beberapa keping gambar. Confirm korang sangat terpukau dengan Seroja Suite ini. Rate untuk Seroja Suite ini dalam RM5,000 per suite .



DSC_0071


DSC_0070


DSC_0064


DSC_0065


DSC_0066


DSC_0067


DSC_0068



Berbalik ke Ombak Villa Langkawi By Langkawi Lagoon. Total cost development lebih kurang RM48 million. Keunikan yang terdapat di Ombak Villa ini adalah Bayu Restoran dan Infinity swimming pool (half olympic size) didatangi bersama pool bar yang berdekatan dengan pantai halaman terbuka. Serius kolam dia memang cantik, seakan kolam tersebut bersambung dengan pantai dan sangat sesuai untuk private function.

Fasiliti lain yang terdapat di Ombak Villa ini ialah seperti Gym, guest service dan business center yang berhubung dengan reception lobby untuk memudahkan lagi kepada tetamu. Ada lagi satu kemudahan iaitu Amai Bistro (akan bercerita di entry seterusnya) sesuai kepada sesiapa yang inginkan ketenangan melihat pemandangan Laut Andaman.


DSC_0073


DSC_0074



Tak habis-habis lagi cerita pasal Ombak Villa ni, karena ku kagum dengan Villanya, interior design yang tampak mewah dan ku sangat suka. Sesiapa yang berkemampuan boleh lah bercuti ke sini lagi - lagi yang baru kahwin untuk berbulan madu. Okay baiklah, dah bercerita pasal hotel resort kan ? Next apa aktiviti yang kami buat di sini hehe. Yang utama mestilah lihat Datuk Chef Wan memasak. Tunggu. 

P/s: visit http://eriktalent.com/ &
http://www.langkawilagoonresort.com/rooms-suites/ombak-villa/ombak-suite

1 comment:

yoorin melacolea said...

mak aiii.. cantikknyaaa..tenang je nak bercuti kalau gini..taknak keluar bilik laa..hehe