Followers

ILuminati show 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 18 April 2015 ku berpeluang lagi ke Resort World Genting untuk pertunjukkan persembahan yang terbaru dibuat oleh Resort World Genting. Pertunjukkan lampu dalam gelap, muzik dan beraksi tari menari telah tiba di Resort World Genting dari 3 April 2015 hingga 28 June 2015. Sempena menyambut sambutan ke 50 tahun Genting Highland yang akan bermula dari pukul 8:30pm di tempat biasa Genting International Showroom. 

Jika kalian belum pernah dengar atau nonton, ILuminate ini telah dicipta oleh Miral Kotb berdasarkan pengalaman beliau dalam menggabungkan tarian dengan teknologi canggih. Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau memulakan dengan suits yang dilengkapi lampu yang dikawal secara wireless dan membawa penari di kawasan gelap dengan lampu-lampu berada di suits mereka dan membawa penonton ke dalam dunia lain mengalami pengalaman yang begitu menakjubkan.


ILuminati show


ILuminati show


ILuminati show


ILuminati show


ILuminati show


Kalau kalian rasa macam pernah nampak persembahan ini tapi di mana ya, mereka sebenarnya pernah keluar di kaca television mereka ini asalnya dari rancangan realiti TV America's Got Talent di mana mereka menang di tempat ke tiga dan dinobat sebagai 'the best new act in America. Sejak daripada itu mereka sentiasa membuat persembahan dengan artis-artis terkenal seperti The Black Eyed Peas dan Christina Aguilera.

ILuminate telah muncul dibeberapa rancangan Tv popular seperti X-Factor, Dancing with the Stars, The Ellen DeGeneres Show dan Good Morning America serta tidak lupa juga dalam Billboard Music Awards dan America Music Awards. Wow begitu besar nama mereka ini. Akhirnya terima kasih kepada Resort World Genting telah membawa ILuminate ini live di Malaysia. Ku rasa sangat teruja untuk menonton persembahan mereka.


ILuminati show


ILuminati show


ILuminati show


ILuminati show


Persembahan ini mengambil masa dalam 75 minit dengan tajuk 'Artistes of Light'. Okay semasa persembahan berlangsung, keadaan pentas dan tempat penonton adalah sangat gelap okay baru lah menjadi persembahan mereka. Ku teruja dengan ILuminate karena persembahan gabungan seni, muzik choreography dan yang paling penting ialah ketepatan lampu mengikut masa tarian dan lagu. Kalau permulaan mesti dengar macam agak susahkan ? Bagi mereka? simple hehe

Tapi mestilah dah buat banyak kali latihan bukan. Persembahan ini sesuai atas semua peringkat umur. Terima Kasih Resort World Genting atas jemputan. Tiket dijual dari RM198(VIP), RM138 (PS1) dan RM88(PS2) untuk dewasa. Bagi kanak-kanak pula dari RM98(VIP), RM68(PS1) dan RM48 (PS2). Untuk maklumat lanjut kalian boleh lah terjah di website Genting www.rwgenting.com 

LAYANS
(>_<)

Comments (0)