Followers

IMG_1825


IMG_1838 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Berhenti sekejap bercerita percutian marathon ku ke Langkawi hehe. Pada 18th April 2015 lalu ku berkesempatan ke EnerZ Indoor Extreme Park yang terletak di Subang Jaya. Rupanya lokasi ini berdekatan dengan Mydin USJ. Selalu shopping situ kadang perasan tempat apalah ini kan. Rupanya EnerZ Indoor Extreme Park. EnerZ Indoor Extreme Park ini merupakan yang pertama di Asia mempunyai indoor extreme park dan sports arena.

Berpeluang pada masa itu EnerZ Indoor Extreme Park memperkenalkan buat kali pertam GST Challenge. Ha bukan GST itu ya, ini GST bermaksud Gut Builder - Sky Ropes - Trampolines challenge. Ini target kepada semua umur rakyat Malaysia yang mementingkan fitness dan menggalakan mereka lebih aktif, mengamalkan gaya hidup sihat. GST ini menampilkan gambar atau video untuk mencabar rakan mereka untuk terlibat dalam cabaran ini di EnerZ Extreme Park.


IMG_1830


IMG_1821


IMG_1882



Senang sahaja, kalian hanya muat naik gambar atau video cabaran apa yang kalian hendak mencabar rakan-rakan di luar sana. Pertamanya perlu memilih antara tiga aktiviti yang terdapat di EnerZ Extreme Park. Yang pertama Gut Builder, ke dua Sky Ropes dan terakhir sekali trampolines dengan memuat naik bersama hashtag #EnerzHereICome, #EnerzGSTChallenge dan #EnerzWhoDaresMe. Kan siapa yang tercabar itu boleh menyahut cabaran.


IMG_1826


Managing Director of the EnerZ Extreme Park, Mr Alvin Tey berharap ini mencipta suatu ikatan reaksi tindakan untuk menyahut cabaran, memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk menjadi lebih kepada Energetic Lifestyle.Ini karena kesihatan dan kesejahteraan terus menjadi kebimbangan utama bagi kita di Malaysia , usaha lebih gigih untuk perlu dibuat untuk mendekati semua lapisan masyarakat , menggalakkan satu perubahan dalam minda ditetapkan dan memberi inspirasi kepada tindakan untuk memimpin yang lebih sihat dan aktif gaya hidup.


IMG_1833


Jangan terkejut ya, ku pun terkejut tiba-tiba Malaysia Model terkenal Amber Chia turun dari Sky Ropes sebanyak dua kali dan beliau berkata ini kali pertama beliau turun dari Sky Ropes ibarat seperti flying fox tu ha. Best juga karena ku pernah merasa dan betapa gayatnya bila naik dan terus turun. Beliau juga menyahut cabaran untuk sertai cabaran Trampoline. Dari dulu ku teringin nak bermain dengan Trampoline ini. Alhamdulillah hajat tercapai.

Jangan buat tak tahu ya, kalau kalian main trampoline ini juga boleh membakar kalori dan silap-silap boleh kurus okay. Ku sendiri bermain tak sampai 15 minit pun sudah berpeluh satu badan hehe. Di dalam EnerZ Media Tour sini, sempat juga beberapa jurulatih dari Enerz Extreme Park itu sendiri mendemostrasi pelbagai cara dan gaya yang anda boleh lakukan di set GST ini. dan yang paling best di sini mestila melompat seperti kanak-kanak riang di atas Trampoline hehe.


IMG_1828


IMG_1840


IMG_1843


IMG_1863


IMG_1845


Enerz Indoor Extreme Park yang berkeluasan 80,000 square feet ini menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk di setiap peringkat umur. Antara aktiviti yang di highlight di sini ialah semestinya trampolines, sky ropes, dodge ball, foam pits, badminton courts, martial arts dan fitness class. Menarik tu, semuanya berada di atas satu bumbung. Tambahan pula Enerz ini membantu dalam tetamu untuk membuat parti, corporate events, product launches dan team building events.

Untuk maklumat lanjut kalian tentang EnerZ Extreme Park ini boleh layari http://www.enerz.my untuk mengetahu detail of their facilities, aktiviti dan servis.

Comments (0)