Followers

Thursday, April 2, 2015

AABC Hangout #UnlockTheFunAABC

Aabc hangout 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Sabtu 28/3/2015 yang lalu, ku berkesempatan menyertai AirAsia Bloggers Community Unlock The Fun @ AABC Hangout. Dah lama rasanya untuk tahun ini AirAsia tidak buat Hangout sebegini. Kali ini aktiviti diadakan di ESCAPE Room Times Square Kuala Lumpur. ESCAPE ? mesti korang pernah dengar bukan? Ku banyak kali tahu pasal ESCAPE Room ini hehe. 

Sebab sebelum ini ku pernah bermain di ESCAPE Room yang sama tapi berlainan bilik. Takda rezeki nak main bilik yang sama. Kalau tidak mesti dah menang dah hehe. Seperti biasa ESCAPE Room ini untuk anda menyelesaikan teka teki dalam masa 45 minit sebelum tamat untuk anda keluar dari bilik teka teki tersebut. Mencabar bukan ?


Aabc hangout



Aabc hangout



Untitled



Inilah aktiviti yang kami semua AABC lakukan, kami dibahagikan kepada 18 kumpulan. Dalam 18 kumpulan ini hanya ada 3 atau 4 orang paling maksima. Ku diantara kumpulan 12 dan dapat kenal blogger lain dengan lebih rapat. Terutamanya Lan Careno dan Jason hehe, salam perkenalan. Tetapi team 1 hingga 9 dahulu masuk karena tak cukup bilik kan.

Kami yang sementara menunggu 45 minit itu habis, dapat mengisi masa dengan game game yang ada disediakan. Tak lah bosan kan ? Akhirnya 45 minit telah tamat, ku mendapat cabutan untuk bilik ESCAPE Malaysia. Escape Malaysia ? dengan macam best kan, tapi ianya satu game yang sangat mencabar. Perlu berkomunikasi dengan orang bilik sebelah untuk mendapatkan klu-klu. 



Aabc hangout



Aabc hangout



Tapi bukan rezeki menyebelahi nasib kami, betul2x tepat masa nak habis barulah dapat selesaikan klu-klu yang terdapat dalam bilik tersebut. Itupun setelah mendapat bantuan daripada staff-staff yang bertugas hehe. Maksudnya kita kena lebih banyak mencari klu dan berfikir barulah dapat menyelesaikannya hehe. Barulah paham kerja detektif yang bergitu payah .

Alhamdulillah kami tidak balik dengan tangan kosong, dapat juga beberapa goodies bag dari AirAsia. Yeay dapat lagi baju AABC yang seakan-akan baju seorang juruterbang AirAsia hehe. Kalau si gadis dapat baju merah ala-ala pramugari AirAsia hehe. Terima kasih AirAsia karena menjemput ke aktiviti seperti begini. Harap berjumpa di lain hari. 



Untitled



LAYANS
(>_<)

Comments (3)

On April 2, 2015 at 3:28 PM , careno said... [Reply to comment]

Enjoy that day... nasib kite jer kurang mng kann... hehehe...

 
On April 4, 2015 at 7:15 AM , Miera Nadhirah Tan said... [Reply to comment]

Best nyer.... jom pergi Escape room lagi.... hehehe

 
On April 4, 2015 at 11:50 PM , Mat Remos said... [Reply to comment]

untungla menang sorak. eh