Sajian Lazat KFC Zinger Rice Wrap

Kfc Zinger Rice Wrap 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Pada 19 Mac 2015 yang lalu ku berpeluang ke KFC Zinger Rice Wrap Blogger Party di KFC Pavilion Kuala Lumpur. Ini adalah salah satu pengenalan untuk produk terbaru keluaran KFC iaitu Zinger Rice Wrap yang lebih kurang seakan Twister Wrap, cuma tambahan ada nasi dalam wrap tersebut. Boleh kenyang tu kalau sekali makan bila bila masa dan di mana juga korang berada hehe.

Okay baiklah, KFC Malaysia sekarang menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelanggan mereka yang sentiasa menginginkan produk makanan terbaru dan cara makan yang lebih baik untuk menikmati hidangan mereka. KFC memperkenalkan KFC Zinger Rice Wrap, sajian lazat dan seimbang yang enak dimakan dengan harga yang sungguh menjimatkan hanya RM4.90 (ala Carte).


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Produk terbaru ini adalah sajian seimbang dan juga merupakan antara hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan nasi sebagai inti. Diinspirasikan oleh pelanggan-pelanggan yang menggemari hidangan sihat, ringkas serta menyelerakan. KFC mengolah makanan ruji rakyat Malaysia dan mencipta Zinger Rice Wrap yang sesuai dengan gaya hidup kalian yang sentiasa sibuk.

Percubaan pertama ku merasa sendiri KFC Zinger Rice Wrap ini adalah terbaik, sekali makan dah berasa kenyang. KFC Zinger Rice Wrap baru ini adalah gabungan kepingan Zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inchi yang enak berintikan nasi Colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau dan mengandungi semua zat yang diperlukan dalam setiap hidangan.

So tiada alasan lagi kalian tak sempat makan akibat sibuk dengan kerja masing-masing hehe. Hidangan KFC Zinger Rice Wrap ini selain dari menu ala carte yang berharga sangat berpatutan hanya RM4.90. Boleh juga dapatkan set kombo yang mengandungi kentang goreng (regular) dan minuman Mountain Dew (regular) pada harga hanya RM7.80 ( berbeza mengikut lokasi)


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Selepas aje majlis memperkenalkan KFC Zinger Rice Wrap, aktiviti yang di nanti iaitu menikmati sendiri hidangan KFC Zinger Rice Wrap serta menu-menu lain dari KFC seperti ayam goreng, kentang, nuggets dan pencuci mulut yang sangat enak. Ku memang suka makan di KFC karena Ayam Gorengnya sejak dari kecil lagi menjadi tempat kegemaran.


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Untitled


Selepas aje menikmati hidangan, bermulalah permainan-permainan yang menyeronokkan antara antara blogger. Seperti contoh, wrap rakan anda dengan tisu hehe dan yang paling best ialah passing barang kotak hadiah dan apabila muzik berhenti, orang yang terakhir perlu melakukan task yang tercatit dekat kotak hadiah tersebut. Memang mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak.

Nak jadikan cerita, Alhamdulillah pada malam Jumaat yang penuh keberkatan, ku menang hadiah utama untuk permainan passing kotak hadiah dan tanpa perlu membuat sebarang task hehe. Dapat menang hadiah tumbler KFC yang eksklusif, baucer membeli belah sebanyak RM 200! Alhamdulillah, Tambahan juga bauce KFC bernilai RM100.


Kfc Zinger Rice Wrap 


Kfc Zinger Rice Wrap


Kfc Zinger Rice Wrap


Terima Kasih KFC Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd untuk jemputan kali ini KFC Zinger Rice Wrap Blogger Party. Harap ketemukan di lain majlis.

LAYANS
(>_<)

No comments: