Followers

Pucabu 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jumaat 27 Februari 2015, ku berpeluang sekali lagi menonton teater tradisional di Istana Budaya. Teater Tradisional Mek Mulung (MM) "Putera Cahaya Bulan" yang akan diadakan di Istana Budaya Kuala Lumpur selama 2 hari ini pada 28hb Februari 2015 hingga 1 Mac 2015. Pada 28hb Februari 2015 waktu tayangan pada pukul 8:30pm dan pada 1hb Mac 2015 iaitu pada pukul 3:00 pm.

Mek Mulung sebagai sebuah teater tradisional yang telah diiktiraf sebagai warisan negeri Kedah, maka Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN dengan kerjasama Grup Teater AKRAB serta Istana Budaya yang menggalas amanah di panggung sari, Istana Budaya sesuatu komitmen yang tidak sia-sia. Pementasan Mek Mulung ini merupakan adalah satu usaha pemuliharaan dan pembangunan kesenian tradisional negara. 


Pucabu


Pucabu


Pucabu


Persembahan Mek Mulung dimulakan dengan struktur utamanya iaitu Pembukaan Lagu Bertimpuh yang dimulakan dengan Arja Lee dan disusuli pula oleh Shamsun Nadia selaku Puteri Nang Mara. Penonton dibuai dengan melodi puitis yang diceritakan oleh Shamsun Nadia menerusi dengan lagunya yang mengisahkan bagaimana seorang Puteri bersiap mendandan dirinya sebelum keluar ke Istana.

Garapan melodi dan lirik yang puitis menggunakan dialek Kedah lama ini memang meruntun perasaan penonton. Puteri Nang Mara turut ditemani dayang-dayang Istana seramai 43 orang yag terdiri daripada gabungan kumpulan Kesenian JKKN Kedah, Ibu Pejabat dan JKKN Kuala Lumpur. Elemen kekaguman turut disuntik untuk persembahan MM di IB.


Pucabu


Pucabu


Paparan visual dan multimedia, pencahayaan dan mekanisme pentas digunakan secara minima namun memberi impak kuat bagu meruntun perasaan penonton tanpa disedari juga sesuai dengan kronologi serta plot ceritanya. Muzik tradisional juga dimain secara LIVE begitu juga lontaran vokal beserta nyanyian dua orang watak utamanya iaitu Arja Lee dan Shamsun Nadia. Tidak lupa juga Izreen Azminda dan Hairi Safwan juga terlibat

Korang boleh datang seperti tarikh yang ku umumkan di atas dengan harga tiket dari RM23 hingga RM83. Pic kredit to Todak Merah.