Pengembaraan Ke Krabi Thailand - Part 1

Krabi Part 1

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Pada penghujung Januari lalu Alhamdulillah nak dikatakan rezeki datang ku berpeluang ke Krabi Thailand. Di tempat yang dimana salah satu checklist tempat yang ku ingin pergi. Yela selalu tengok orang pergi sana dapat lihat laut biru, pulau dia, snorkeling, memang best. Terima kasih kepada Demy Travel and Tours Sdn Bhd & http://www.pakejkrabi.com & http://www.droship.im yang menjayakan percutian ke Krabi ini.

HARI PERTAMA, Okay baiklah, disini ku ingin menceritakan serba banyak ya journey ku ke Krabi, tempat mana yang menarik kami pergi di Krabi. Bermula pada malam Khamis yang lalu kami bergerak satu kereta bersama En Mohd Rasul ( terima kasih karena menjemput dan pinjam GoPro hehe ) dan Mawi dari Kuala Lumpur ke Padang Besar Perlis. Ambil masa lebih kurang 6 jam ke sana dan sampai pada Pagi Jumaat.


Krabi Part 1


Pertama kali sampai di Padang Besar Perlis, di situ jumpa rakan - rakan yang lain untuk sama-sama ke Krabi. Semuanya ku tak beberapa kenal, almaklumlah kena biasakan diri barulah best nak join trip hehe. Semua berjaya dalam business masing-masing Alhamdulillah murah rezeki. Pagi Jumaat yang penuh keberkatan kami bergerak ke Krabi menaiki Van mewah Thailand yang sangat selesa okeh. 

Jangan risau, apabila anda pergi melalui package ini, semua ditanggung. Tawakal kami tinggal kereta di Padang Besar, Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku. Kami bergerak ke sana melalui jalan darat, selalunya naik flight kan? Tapi apa salahnya jika kalian mempunyai lebih masa nak ikut jalan darat, lihat culture masyarakat Thailand mereka macam mana, best sebenarnya walaupun kepenatan sedikit. 

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6jam dan hampir 400km perjalanan darat. Takpe, setiapa perjalanan banyak hentian rehatnya. Nak beli simcard AIS pun boleh, tak beli pun tak mengapa, wifi berada di mana mana terutamanya di hotel hehe. Alhamdulillah setelah 6 jam perjalanan sampai juga di Krabi terus check di Ascot Hotel untuk satu malam, 2 malam seterusnya tukar hotel Baan Pulaoon di seberang sahaja. Dua2nya selesa.


Krabi Part 1


Krabi Part 1


Krabi Part 1


Ketika berjalan - jalan petang, kami satu bilik lapar, keluar mencari makan yang boleh dimakan sebelum dinner nanti. Kami mencuba kebab dan mango shake, total 100 baht, not bad. Sedap ! Setibanya dinner, kami dibawa makan ke restoran A-Hud Seafood. Makanan seafood sini tiptop ! Sedap dan harga berpatutan dan jangan risau, disini anda boleh cari banyak makanan halal dan moga pandai memilih kedai ya. 


Krabi Part 1


Krabi Part 1


Krabi Part 1


Di Thailand, waktu mereka sejam awak daripada Malaysia. Sesetengah smart phone akan sendiri berubah waktunya apabila tiba di kawasan timezone yang tertentu. Yang penting korang harus menepati masa supaya tak terlepas nak ke tempat-tempat menarik di Krabi. Selepas Dinner tadi, kami terus ke Krabi Town. Di situ terdapat banyak cenderahati yang boleh di bawah balik. Seperti berada di Uptown hehe.


Krabi Part 1


Krabi Part 1


p/s: Tunggu Part kedua Krabi
Thanks to
Demy Travel and Tours Sdn Bhd
http://www.pakejkrabi.com
http://www.droship.im

LAYANS
(>_<)

3 comments:

noradyani ab rahman said...

Jauh perjalanan luas pemandangan..nice sharing! T.q =)

danishdamiadaris.blogspot.com

Maria Hasun said...

Seronoknya, krabi

akubiomed said...

Teringin hendak berkonvoi ke Krabi dengan menaiki motorsikal kuasa tinggi.