Followers

Monday, February 9, 2015

Pengembaraan Ke 4 Island Krabi - Part 2

Krabi Part 2


Krabi Part 2 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

HARI KEDUA, hari yang ditunggu-tunggu, memang satu hari ini penuh dengan aktiviti. So siapkan pakaian mandi anda untuk satu hari, tuala, baju tukar atau losyen elak sunburn ( tapi burn jugak muka ni haha ). Menaiki bot yang disewa untuk cukup kami seramai 11 orang naik dari Pantai Ao Nang. Ini kiranya dipanggil 4 Island Trip, setiap satu pulau akan singgah untuk anda melihat kecantikkannya, pastinya terpukau okay hehe.


TUP ISLAND & CHICKEN ISLAND

Tempat pertama yang kami berhenti di Pulau Tup, disini anda sudah nampak betapa jernihnya air, cantiknya suasana dan anda boleh berjalan kaki ke pulau seberang. Tapi kami dan berkesempatan nak berjalan kaki ke pulau sebelah karena air pasang dan tak nampak jalan pasir itu. Tapi sangat cantik, anda boleh siap bermandi manda dengan air yang cetak tapi ada dalam juga, berhati hati okay. Kemudian kita akan ke pulau yang seterusnya.

Pulau seterusnya, bot membawa kami melihat pemandangan sebuah pulau yang sangat menarik iaitu Chicken Island. Kenapa ia dipanggil Chicken Island? Karena pulau tersebut berbentuk seperti seekor ayam dengan kepala pulau kelihat seperti kepala ayam hehe. Kami berhenti di satu spot untuk bergambar dengan berlatar belakang kan Chicken Island. Cantik dan jarang dapat kita lihat pulau sebegini.


Krabi Part 2


Krabi Part 2


SNORKELING

Aktiviti snorkeling merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilakukan ketika kalian berada di Krabi. Memang ku rindu aktiviti snorkeling ni, last snorkeling pun masa bercuti di Pulau Perhentian. Boat kami berhenti di salah satu tempat untuk snorkeling, air lautnya canti, banyak ikan keliling, siap berebut nak kami bagi makan pada ikan ikan. Percubaan terjun tanpa pakai life jacket amat memenatkan. Lebih pakai life jacket, lebih rileks untuk bersnorkeling.

Perhatian ya, siapa yang tak tahu berenang tu wajib pakai life jacket, yang tahu berenang pun kena pakai, mana lah tahu malang tidak berbau. Hampir 40 minit kami bersnorkeling, lihat ikan ikan, akhirnya naik ke darat juga. Sekali kebanyakkan dari kami kaki terluka, dasar air laut Krabi ni ada batu batu tajam, so sila lah berhati-hati bila nak terpijak batu tu. Pedih okay hehe.


Krabi Part 2


Krabi Part 2


PODA ISLAND

Tempat perhentian yang ketiga kami berhenti setelah berseronok snorkeling tadi ialah ke Poda Island Krabi. Disini memang jadi tumpuan ramai pengunjung dan sinilah ramai kawan kawan ku selalu pergi dan ambil gambar disini. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ku kesini. Poda Island yang berlatar belakangkan pulau yang berada di tengah-tengah lautan. Air yang jernih, dan masih ada ikan berlalu pergi di celah celah kaki.

Kelihatan batu besar di tengah-tengah ini memang dah tahu itu ialah Poda Island. Cuma kalian jangan terkeliru dengan James Bond Island okay hehe. Disini ramai pelancong suka bersidai ditepi pantai dan ada beberapa gerai makanan menjual disini. Apabila anda naik package ke 4 Island ini, akan disediakan sekali makanan tengah hari. Tapi selalunya kenyang, karena terjun laut asyik tertelan air laut aje hehe.


Krabi Part 2


Krabi Part 2


Krabi Part 2


PHRA NANG CAVE BEACH

Untuk destinasi pulau yang terakhir kami ke Phra Nang Cave Beach. Macam biasa turun di sini semua lautnya hijau kebiruan dan tarikan yang terdapat di Phra Nang Cave Beach ialah terdapat banyak deretan kedai-kedai makanan di atas bot. Makanan yang dijual di atas bot lah gitu. Memang terdapat banyak bot2 yang berniaga disini. Seperti kata, pandai pilih anda bijak hehe. Alhamdulillah sepanjang trip satu untuk 4 Island ini cuaca amat baik dan terang tiada hujan.

Dalam sedang jalan sampai ke penghujung pantai, terdapat satu gua yang terkenal dengan lagendanya. Lagenda tersebut dikatakan, nelayan-nelayan yang meletakkan kayu-kayu atau arca -arca yang berbentuk seperti kemaluan lelaki ini sebelum keluar mencari ikan akan mendapat nasib yang baik. Hmmm ku sekejap aje di gua itu, lepas itu terus berenang kembali ke bot hehe.


Krabi Part 2


Aktiviti seperti ini hamper memakan satu hari juga daripada pukul 10 pagi waktu tempatan sehingga pukul 4 petang. Lama juga tu kan, bila pulang ke hotel macam biasa lihat cermin memang akan ada kesan belang belang di badan hehe. Kalau dah berendam dalam air laut tu memang tak boleh nak buat apalah kan. Redha hihi.

p/s: Banyak pula gambar selfie, tapi nampak kan pemandangan belakang tu hehe. GoPro by Enmohdrasul. Boleh Baca Part 1 ke Krabi ---> Pengembaraan ke Krabi Thailand Part 1

Thanks to Demy Travel and Tours Sdn Bhd
details boleh ke -->http://www.pakejkrabi.com
http://www.droship.im
LAYANS
(>_<)

Comments (2)

On February 9, 2015 at 7:54 PM , shukran TQ said... [Reply to comment]

wow bestnye!!.. #visit and follow my blog on shukranzahari.blogspot.com . ....Happy blogging

 
On February 10, 2015 at 10:35 AM , Maria Hasun said... [Reply to comment]

Jumpa abg rasul hari tu. . burn gila muka dia. . hehe